Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

4:03:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Semalam (28 Mac) tamatlah sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Agak mengecewakan sebab saya tidak dapat hadir pada hari terakhir kerana jadual yang terikat atas faktor pelajaran.

Begitupun, saya bersyukur tahun ini saya dapat bertemu bukan sahaja dengan lebih ramai rakan-rakan penulis, bahkan dapat bertemu dengan pembaca.
Malah, bukan setakat pembaca baharu yang datang membeli buku dan bertemu saya, bahkan pembaca yang sebelum ini hanya berborak di ruangan chit-chat, Facebook, e-mel dan sebagainya juga dapat bertemu saya... Alhamdulillah...

Baru sehari tamat, saya dah rasa rindu pada pesta buku ni. Apa boleh buat... Kenalah tunggu setahun lagi.
Buat warga KarnaDya, para penulis dan semua pembaca yang singgah bertemu saya, terima kasih tidak terhingga!

Buat pengunjung blog yang begitu menanti-nantikan gambar-gambar sepanjang saya kat sana, inilah dia...

Penglipur Lara Moden Malaysia, Auntie Aina Emir (kiri) dan penulis Ini Buku Seram, Abang Resmanshah (kanan) dan saya (tengah).

Saya diapit penulis popular, Auntie Mimie Afinie (kiri) dan penulis novel remaja popular KarnaDya, Auntie Dewi Sukma.
Bersama Laura Caldwell (tengah), penulis tersohor Amerika dan penulis Gelagat Si Kembar, Kak Farissa Hany.

Tahun depan, saya tekad nak letak gambar bersama pembaca-pembaca di blog ini! Insya-Allah...

p/s: Konsep KarnaDya kali ini cukup meriah dengan tema KarnaDya Walk (Jalan KarnaDya)!

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.