Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jelajah: SK Kem Terendak 1

6:26:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,


14 Julai 2010 (Rabu), saya telah diundang sebagai perasmi Program Bulan Membaca SK Terendak 1 1 bagi tahun 2010. Ini adalah satu penghormatan sebenarnya kerana saya dilantik sebagai perasmi. Terasa kerdil sungguh. Haha. Apatah lagi, kebanyakan murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak askar!
Sangat seronok sebenarnya memberi ucapan di hadapan murid-murid sekolah rendah sebab mereka sangat tekun mendengar. Bahkan, mereka sangat responsif.

Saya berharap moga-moga mereka juga seronok mendengar ucapan saya. Haha. Selamat sukses untuk mereka yang bakal menduduki UPSR! Insya-ALLAH, panjang umur kita jumpa lagi.

Selain memberikan ucapan, saya juga digesa guru-guru sekolah ini untuk membacakan puisi sebagaimana yang pernah saya bacakan di hadapan Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari. Haha. Demi tak mahu mengecewakan, saya turutkan jua. Lagipun, guru-guru SK Kem Terendak 1 sangat
ramah belaka!

Terima kasih kepada pihak pentadbir SKKT1 khususnya Guru Besar, Tuan Md Yusoff bin Baba atas kepercayaan dan undangan yang diberikan. Begitu juga Cikgu Marzatul Norhafizah yang telah menguruskan undangan saya. Begitu jugak mak dan abah yang menemani saya kali ni.


Alhamdulillah, majlis pada hari itu berakhir dengan jayanya. Saya meluangkan masa menikmati sarapan sambil bermesra dengan guru-guru SKKT1 sebelum bergegas ke sekolah saya semula.

MAHU SAYA KE SEKOLAH / UNIVERSITI / MAJLIS ANDA?
Setiap urusan mestilah melalui perantaraan guru perpustakaan (sekolah) dan ahli jawatankuasa berkaitan (selain sekolah). Emelkan surat dan butiran
ke hasifhamsyari@yahoo.com

Antara aktiviti yang boleh dibincang: bengkel penulisan, perkongsian pengalaman novelis muda dan Tokoh NILAM, sesi soal jawab, pelancaran majlis, jualan buku dan sesi autograf dan bergambar.  

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.