Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Keputusan PMR

6:49:00 PTG Hasif Hamsyari 9 Comments Category :


Assalamualaikum...
Belumpun hilang ketidakpercayaan saya dengan anugerah Novelis Remaja Pilihan 2010, sekarang bertambah lagi ketidakpercayaan saya dengan keputusan PMR yang saya dapat tengah hari tadi. What the best news ever! 8A!

Sejujurnya, pada awal peperiksaan memang target 8A. Tapi dua tiga hari sebelum tarikh pengisytiharan pengumuman  PMR, tiba-tiba rasa tak yakin boleh dapat 8A. Sejak malam tadi, saya dah buat macam-macam untuk tenangkan hati. 

Pagi tadi, saya tak dapat duduk diam. Nak terkencinglah, nak itulah, nak inilah. Kekagetan saya dikesan mak saya jugak. Bila mak saya suruh keluarkan beberapa duit syiling, saya terketar-ketar! Dan mak saya pun kata, "Kasik mak. Biar mak ambil sendiri."

@_@ Gabra punya pasal kan? 

Dahlah result keluar sikit punya lewat. Kata pukul 10. Akhirnya dapat jam 12.30 tengah hari. Tapi tak boleh salahkan sesiapa. Itulah namanya proses bagi sesuatu yang rasmi. Ada banyak ragam berlaku sebelum keputusan diumumkan. Bila keputusan sampai dan dianalisa di pejabat, waktu itu dah bocor beberapa orang dapat 8A. Masing-masing dah takut dan ada yang menangis! 
ALHAMDULILLAH... Saya sangat susah nak percaya dengan keputusan ni sebab saya rasa macam tak boleh dapat aje. Serius! 

Macam yang saya katakan, saya tak sanggup mengecewakan hati orang-orang di sekeliling saya lagi-lagi mak dan abah saya. Apatah lagi bagi mereka yang memberikan harapan yang tinggi dan doa yang ikhlas mengiringi saya. 

Dengan berkat doa mereka inilah saya berjaya mendapat keputusan ini. Justeru, terima kasih! Buat cikgu-cikgu yang mendidik saya, terima kasih... Buat geng satu kepala, wah... sangat menakjubkan! Hafiz - Apek (sepupu merangkap kawan paling rapat), Iffan, Dinie dan Hamzah. Semua 8A! Memang mantaplah! Juga die-hard fan of Korean's Entertainments (K-Pop), Mimie dan Aina, tahniah dan keputusan korang juga adalah anugerah buat aku. Aku tumpang bangga!

23 pelajar 8A SMK Seri Tanjong, 20 daripada kelas 3 RK 1, tahniah weyh! Aku bangga ada kau orang. Kita kini akan dikenang sebagai BATCH PALING SUKSES PMR sepanjang kewujudan sekolah tu. Kenangan manis kita dipasak kukuh di SMKST dengan kejayaan ini! TAHNIAH!

Kepada semua pelajar cemerlang PMR di seluruh Malaysia, tahniah saya ucapkan. Yang lain-lain juga. Tahniah!

Peluk cium untuk mak dan abah. Manisnya kata-kata mereka menjadi penguat semangat saya. Terima kasih... Dengan berkat restu mak abah, Hasif berjaya jugak hari ni. Ini hadiah untuk mak dan abah!

Dengan semua yang berlaku, saya rasa tahun ini adalah tahun yang terbaik dalam hidup saya. Buat satu tempoh yang belum dipastikan, saya dengan gembira mahu menunaikan nazar saya - berpuasa 8 hari BERTURUT-TURUT! Insya-Allah...

RELATED POSTS

9 komen

  1. tahniah ehh...teruskan kejayaan awak...^_^

    BalasPadam
  2. tq babe..name aq pon ade!! xsngke..:) btw taniah....

    BalasPadam
  3. Hai!Congrats!!Hasil usaha awak juga..:)

    BalasPadam
  4. Hai!Congrats!!Hasil usaha awak juga..:)

    BalasPadam
  5. tahniah hasif! mari berkongsi kegembiraan...!!!
    saya pun cemerlang juga! tahniah sekali lagi hasif!

    BalasPadam
  6. Terima kasih, semua! tahniah juga pada yg cemerlang PMR.. =)

    BalasPadam
  7. Tahniah Abg Hasif... semoga untuk yang seterusnya pun dapat A penuh

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.