Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Terima kasih, Auntie Lily Haslina Nasir!

8:06:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Ini ialah versi komen penuh Auntie Lily Haslina Nasir dari page Kata Mereka Tentang Hasif.
________________________

Assalamualaikum, semua...

Hihi. Punyalah 'kejam' saya ni bila dah lama tak update blog. Haha... Agak busy ya sejak masuk Form 4 ni? Ya. Betul. Tekanan. Stres. T-T Sob... Sob... Itu bukan air mata. Itu hingus. Haha.

Tapi, bila saya semak kotak e-mel saya semalam, saya rasa cukup terubat. Saya terima e-mel daripada Auntie Lily Haslina Nasir! Nama Auntie Lily jangan bawak main. Beliau antara penulis yang sangat terkenal di Malaysia. Boleh dikatakan karya-karyanya akan berada di rak-rak buku setiap perpustakaan baik awam mahupun swasta, mahupun di setiap sekolah!



Auntie Lily sudah dikira penulis prolifik. Sampai tak terkira jumlah koleksi karyanya. Kalau disebutkan satu persatu, satu entri belum tentu cukup. Jadi, antara karya-karya Auntie Lily yang paling ngetop ialah Aku Ada Kamu, Di Langit Cinta, Menunggu Cinta Tuhan, Akukah Cinderella Itu, Projek Fesyen Ain Maisarah (bersama Novelis Idola Remaja Malaysia, Kak Ain Maisarah), Aku, Dia dan Drama Queen, Aku, Dia dan Coklat dan Aku Bukan Superstar.

Inilah mesej daripada Auntie Lily untuk saya. Tentang pendapatnya dan nasihatnya yang sangat bernilai kalahkan timbunan permata. Sangat bermakna.

Salam, Hasif.

Okay, tak mahu cakap banyak-banyak...
Pertama, Hasif kalau mahu menulis dan terus menulis, nasihat Auntie Lily, akademik harus berada di carta yang teratas dalam hidup ya! Kalau boleh biar jadi penulis yang berilmu, berdisiplin dan paling penting sentiasa merendah diri. Jangan sesekali pandang rendah pada penulis baru kalau satu hari kelak Hasif sudah bergelar penulis hebat negara.

Apa yang auntie boleh katakan Hasif memang berbakat besar. Biar masih di bangku sekolah, Hasif sudah menunjukkan sesuatu yang sangat luar biasa! Amat membanggakan Auntie Lily, Hasif anak Melaka!  Sangat jarang anak muda lelaki yang masih di bangku sekolah minat berkarya secara serius. Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Sekali lagi pesan Auntie Lily, jangan lupa untuk terus mencari pengalaman agar karya terus mantap. Pengalaman boleh diterokai sama ada melalui pembacaan, pengamatan atau apa saja. Dan, kalau sesekali diri dikritik jangan cepat melenting. Penulis yang bagus bagi auntie harus tahan diuji, dikritik kerana kita menulis bukan untuk mengharapkan pujian semata-mata.


Selamat dan doa dari Auntie Lily!


Regards,
Auntie Lily Haslina Nasir
http://lilyhaslinanasir.blogspot.com
facebook: lily haslina nasir
Terima kasih, auntie. Saya akan ambil kata-kata beliau itu sebagai pedoman untuk saya sebagai seorang pendatang baru untuk menjadi seorang penulis yang dikagumi dan disenangi. Insya-Allah.  

RELATED POSTS

2 komen

Tinggalkan komen di sini.