Program Bual Bicara Permata Pintar Negara
![]() |
Panel pertama sambut Datin Rosmah. Gila tak gabra? |
28 Mei 2009 memang cipta sejarah pada usia tiga bulan saya jadi penulis (saya debut masa bulan Feb). Tapi memang tarikh paling menggabrakan jugaklah. Aiseyman... Budak innocent ini perlu berhujah bukan setakat depan 500 pelajar bijak-bijak belaka, bahkan depan isteri Perdana Menteri kita!
Saya sebenarnya diundang ke Bual Bicara Program Permata Pintar Negara bersama YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Jadi, boleh kira program ni sangatlah berskala eksklusif ya. Saya yang hanya budak kampung rasa kekok dan rendah dirilah sangat... =P
Masakan tak? Kalangan 500 orang pelajar dari sekolah-sekolah terpilih itu bukan sekolah calang-calang. Sekolah kluster! Contohnya, SBP Tengku Kursyiah, SMS Muzaffar Syah dan macam-macam lagi.
Dan pengacaranya juga personaliti TV, Auntie Wardina Safiyyah. Dan panel-panelnya pula sangatlah 'berkuasa tinggi':
- Zakwan Zainuddin, MEng (Hons) in Chemical Engineering pada umur 20 tahun! Juga penuntut PhD di University of Cambridge. Sangat senang bila berbual dengan Abang Zakwan ni. Abang Zakwan ada beri komen tentang saya kat sini.
- Jayaram Gopinath Nagaraj Pengurus Interaktif AMP yang sangat berkaliber dalam bidang penyiaran macam Era.FM, THR.FM, Hitz.FM juga seorang bro yang cool, sporting dan sempoi
- Rina Ayob, kakak yang sangat cemerlang dalam psikologi pada usia sangat muda, mudah tersenyum, penenang dan... OMG. Speechless.. Kak Rina duduk sebelah saya waktu di atas pentas. Dengan beliaulah saya kerap berbual hilangkan rasa gabra. Baca sikit pencapaian kebanggaan Malaysia kat sini.
- Syaheenaz Abdul Halim yang merupakan pemilik kucing bernama Coco yang pertama di Malaysia yang mempunyai insurans di bawah pelan insurans Malaysia.
- Rachel Quek
In case you people doesn't believe me, you can Google it. =)
![]() |
Tetamu-tetamu kehormat. Sikit kekecohan di belakang tu ketika para panel (termasuk saya) duduk di tempat tersedia. |
![]() |
Tekun... |
![]() |
Abaikan keskemaan saya. G-U-G-U-P |
![]() |
Salah seorang pelajar bertanya dalam sesi soal jawab |
Tak boleh lupa bila ada pelajar dalam sesi joal jawab tegar-tegar dera saya depan khalayak, 'saya teringin mendengar saudara Hasif menyampaikan puisi karyanya'. PERGH! Ada juga soalan?
TENANG... TENANG... Jawablah jugak.
![]() |
Detik bersejarah dalam hari bersejarah... |
Disebabkan itulah, waktu berfotograf dengan Datin Rosmah, sekali lagi saya yang innocent ini kena baca petikan puisi dalam novel debut saya, Bagaikan Mimpi. Waktu tu, korang akan rasa korang macam artis terkenal walaupun setakat tumpang glamor orang popular. Almaklumlah, lebih lima puluh kamera di hadapan kami dalam gambar kat atas ni!
Semasa sidang media, saya ada sekali. Ketika turun, seorang pensyarah UKM beritahu saya perlu berada di atas sebab panel lain semua dah kena serbu oleh para pelajar. Saya perlu pula bertemu dengan beberapa wartawan dari pelbagai media massa dan shooting foto seketika. WARGH! MALU!!
![]() | |
Datin Rosmah ketika mahu meninggalkan jamuan makan. Saya nun di belakang. |
Datin Rosmah kalau di dada akhbar sebenarnya jauh berbeza dengan realitinya. Maksud saya, jarang Datin Rosmah tersenyum dalam setiap gambar di akhbar. Kebanyakannya serius sahaja. Tapi hakikatnya, Datin Rosmah sangat ramah betul ni!
Contohnya, usai majlis makan-makan, sebelum pergi, sekali lagi saya dapat bertemu dengan Datin Rosmah dalam suasana lebih tertutup (tanpa jurufoto-jurufoto). Sempat lagi bertanya kalau saya ada susur galur penulis dalam darah saya. Bila saya katakan tak ada, Datin Rosmah sarankan saya cari sampai dapat siapa-siapa dalam keturunan saya yang ada darah penulis.
Wah! Memang tak boleh lupa! Dalam beberapa foto di dada akhbar, akhirnya saya jugak dapat buat Datin Rosmah tergelak dalam gambarnya. =)
Dari situ, makin banyak akhbar yang siarkan berita majlis itu dengan saya ada sekali. Haha.. Bolehlah anda selak-selak kat sini dan kat sini.
*Entri ni sebenarnya entri remake untuk entri ni sebab yang tu tak detail. Jadi, bolehlah korang anggap ini sebagai entri kepam.
Sekian.
0 komen
Tinggalkan komen di sini.