Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Saya peserta PLKN Siri 10/2013!

9:47:00 PTG Hasif Hamsyari 6 Comments Category :

Like... Seriously?! Korang tak dapat bayangkan bagaimana berdebar jantung aku tunggu 15888 balas mesej aku. Bila aku dapat tahu daripada kawan aku yang senarai peserta PLKN dan keluar, dalam kereta nak balik tu jugak aku mesej.

Waktu tulah aku diam. Semua kena diam. Sebab aku perlukan ketenangan maksima. But the end. Aku macam tergamam.

Tahniah, 950302-**-**** terpilih menyertai PLKN Siri 10/2013. Tempat akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.

Reaksi aku bila dapat keputusan tu, macam ni:


Nak pergi ke tak nak????

Aku target nak tolak tapi buat bazir duit je pulak. Kenapa nak tolak? Sebab mesej tu spoiler perancangan aku untuk tahun depan yang dah terbengkalai. Begitu jugak dengan beberapa pihak syarikat dan orang tertentu yang dah rancang program untuk aktiviti aku tahun depan!

Tapi, dalam masa yang sama, aku sebenarnya teruja jugak. Aku dah lama mengidam nak main tembak-tembak. Maksud aku, dengan benda yang realistik. Yang kalau aku tertembak orang, orang tu boleh mati betul-betul. Bukan buat-buat pengsan lepas tu hidup balik macam adik-adik aku selalu main.

Pasal berdikari, basuh baju sendiri contohnya, tak ada masalah kot. Boleh belajar. Kawan-kawan pun insya-ALLAH tak ada hal. Even kalau korang kenal aku, aku sebenarnya sangat setiakawan. Sebabkan semangat setiakawan yang tinggi nilah aku tolak mentah-mentah tawaran asrama yang aku dapat sejak darjah enam. Demand gitu. HAHAHA

Bila lagi aku boleh dapat peluang macam ni, iya tak? Pasal 10% dapat masuk 'U' ke apa entah tu semua nombor 5, 6, 7,8 punya cerita. Pengalaman adalah segalanya.

Kepada yang belum semak, boleh je semak online kat sini atau melalui mesej. 

Taip PLKN SEMAK No. K/P dan hantar ke 15888

Konfem, esok kat sekolah mesti kecoh pasal PLKN. Konfem.

RELATED POSTS

6 komen

  1. Ee kalau boleh taknak dapat, tak minat sgt. hehe. Tp batch '96 wajib pergi, is it true? hehhh, tensionnya gwaaa T__T

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/08/firecrackers-consumer-be-consider-please.html

    BalasPadam
  2. plkn seronok...kalo pergi sememangnya x nak balik...:)

    BalasPadam
  3. alahai . muka . Good luck ye . saya tak dapat ! yeay . hehe

    BalasPadam
  4. plkn sronok sngat ^_^
    saya pun dpt plkn kat slangor.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.