Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Farewell Party 5 Sains 1

11:54:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Assalamualaikum, semua!

Lama sungguh tak tulis entri kat sini. Almaklum, hampir sebulan kot kena tahan dengan lembaga. Maksud aku, Lembaga Peperiksaan. hehe. Jadi, entri baru ni menandakan aku dah merdeka. Bukan setakat daripada penjajahan Lembaga Peperiksaan dalam hidup aku, bahkan merdeka sebagai seorang pelajar sekolah. Aiseyman! =P

27 November lepas jadi tarikh bersejarah buat aku. Akhirnya, 11 tahun tempuh alam persekolahan, tamat gak! Lepas ni dah tak pakai baju sekolah, lepas segala jawatan dan tak adalah masa nak duduk lama-lama kat sekolah tu borak-borak dengan kawan-kawan atau para cikgu. T.T

Lepas ni kena fikir sambung studi, kerja, kahwin (!) dan PLKN. Adoyai. Bak kata ketua pengawas peperiksaan kat sekolah aku, langkah je keluar daripada dewan peperiksaan, kitorang semua dah jadi orang dewasa. Aku tak percaya. =.=

Kalau korang nak tau, bagaimana dengan peperiksaan SPM aku, aku pun tak berani nak cakap apa-apa. Tawakal ajelah sekarang ni. Kalau nak tau aku happy ke tak dah habis SPM ni, aku di tengah-tengah. Antara gembira akhirnya zaman persekolahan dan habis dan sedih sebab perkara yang sama. HUWARGH!!

Pada malam 27 November, kelas aku adakan farewell party. BBQ! Terima kasih kat Cikgu Rosiah Haron yang sangat caring pada kitorang, anak murid kelas jagaannya. Dan suami. Dan Shahrul dan beberapa orang gadis yang jadi 'pembakar semangat' ayam, ikan cencaru, jagung, sosej untuk dimakan oleh kitorang. Haha.

Manusia hurung makanan

Jejaka-jejaka 5 Sains 1
Orang kuat. Paling kiri cikgu tingkatan aku, Cikgu Rosiah Haron.
Bola malam
[banyak lagi gambar kat SINI dan Facebook]

Farewell party mungkin tak tepat kot. Sebab aku percaya, dan walaupun tak tahu bila, aku tetap percaya, kitorang akan bersatu dalam suasana harmoni camgini lagi suatu hari nanti. Insya-ALLAH. ^^

Akhir kata, aku sangat bersyukur sebab dapat memiliki pengalaman sebagai seorang pelajar yang terindah sepanjang 11 tahun tu. Aku dah cukup puas sebagai pelajar dan bangga dengan apa yang aku miliki. Tapi semua tu tak bermakna tanpa sokongan orang sekeliling aku yang bersilih ganti.

Terlampau banyak sangat pihak yang aku teringin tujukan terima kasih. Kata Nama Khas tak boleh, Kata Nama Am pun jadilah. Haha. Terima kasih kepada setiap para pendidik aku. Terima kasih atas jasa dan susah payah mengajarkan aku, dan minta halal segala apa yang diajar. Terima kasih kepada kawan-kawan aku, tempat aku kongsi suka dan duka. Yang jadi tulang belakang dalam setiap kejayaan aku, dan jadikan hidup aku ceria selalu. Kepada semua pihak yang dah banyak bantu aku tak kisahlah dalam akademik mahupun koku, terima kasih atas segalanya.

Dan terima kasih kepada sekolah aku. Menjadi sejarah dan kebangaan aku yang tak berbelah bahagi. Alhamdulillah Ya ALLAH, atas kesempatan yang Engkau berikan untuk aku mengharungi kehidupan alam persekolahan semanis KOPI MANIS ini. hehe

I LOVE YOU, GUYS. Sob... Sob... (feeling Ajari Aku - Anuar Zain)

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.