Ramadan in UiTM Lendu
![]() |
the room n me |
Like seriously, inilah kali pertama dalam sejarah aku berpuasa jauh daripada famili aku. Kalau dulu selalu kat rumah, kali ni dalam bilik asrama dekat universiti which kind of a memorable moment yang diidam-idamkan sejak sekolah rendah. Iyalah, nak jugak merasa berjauhan dengan keluarga untuk berdikari, walaupun rindu tu menggila dan sebak tak terhingga tak boleh digambar dengan kata-kata. Fahamlah, aku memang sukakan sesuatu yang baru dan mencabar walaupun berpuasa di universiti ni taklah mencabar mana pun sebenarnya melainkan kena berebut beli makanan. Hampeh tol.
Kolej akulah kolej paling dekat dengan masjid yang membuatkan kitorang mudah gila nak tunaikan terawih. Tapi aku setuju jugak dengan kata-kata imam: Alhamdulillah ramai malam ni. Tapi kita tengoklah dua tiga minggu lagi. It's kind of cliche but true isn't it? Humbly saying, aku sendiri kadang-kadang memang tak penuh terawih for various reasons. Tambah-tambah dekat u ni. Dengan assignment, test etc.
1st sahur, aku makan maggi
2nd sahur lagi tak boleh blah. Aku order nasi tomato untuk sahur yang mana abang tu janji akan hantar depan pintu bilik. Lambat sangat, maka makan maggi lagi. Sebolehnya aku memang nak elak makan maggi atas sebab studi. Dah lepas pukul 5 kawan bilik sebelah cakap diorang dah kasik tapi agaknya terskip bilik aku. Terpaksalah turun dan tuntut dan makan. Kenyang gila sampai 1.28 petang (waktu aku tulis ni) pun tak lapar lagi. -.-
Begitulah yang berlaku setakat ni. Aku rasa penting untuk aku kongsi kat blog ni sebab ni kan kira memori yang berharga jugak untuk aku yang tak pernah masuk sekolah asrama - lebih tepat lagi, tak pernah sambut 1st Ramadan dengan orang lain selain famili.
Jadi korang pulak macam mana? Oh, lupa nak ucap. Salam Ramadan semua. Moga berkat dan nikmat Ramadan melimpah-limpah untuk kita semua. :)
0 komen
Tinggalkan komen di sini.