Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 2

12:23:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


 Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff


Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

<<< Klik untuk baca DIARI WIRA - 1 

Isnin, 1 April

Isu kembar terus berlanjutan, lagi-lagi ramai yang melihat aku dan Amirul macam tak boleh dipisahkan. Dan mengenai muka aku yang botak lagi sepet, membuatkan bangsa aku sendiri (Melayu) sanggup memanggil aku 'apek' masa sarapan.

Hari ini hari jadi adik aku yang kedua. Hanif Aiman namanya. Aku tak lupa sampaikan ucapan hari jadi melalui pesanan ringkas kepada emak aku. Waktu tu aku tengah bosan tunggu pelatih baharu sampai.

TRAGEDI IKAN JAKET

Aku baru hendak puji bahawa masakan-masakan di sini memang sedap dan enak-enak belaka. Betul-betul bukan macam yang dibayangkan sebelum sampai ke kem ini. Tapi hari ini ketika makan tengah hari, aku cukup tidak boleh terima dengan apa yang dah berlaku. Kejap. Bukan aku seorang, bahkan semua pelatih lain juga!

-------------
TIPS! Sangat dinasihatkan supaya jangan skip makan. Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan kudapan malam (supper) itu semua penting untuk beri korang tenaga sebab almaklum, nama pun PLKN, mestilah guna banyak tenaga!
-------------------------------------------------------------------------

Kenapa? Sebab ikan yang dihidangkan masih lagi bersisik! Untuk makcik kantin, aku harap sangat supaya lebih rajinkan diri untuk buang sisik ikan. Tolonglah hargai tender yang diberikan dan lakukan tugas untuk menjaga pemakanan kami sepanjang kami di sini.

Petang itu, ketika pelatih baharu mula masuk dorm aku, masih bertanya sama ada aku ini Cina atau Melayu dan spontan tanya, aku kembar Mirul ke. Aku dah nampak masa depan aku dekat sini. Konfem akan lebih ramai yang akan tanya dua soalan itu selepas ini. Jangkaan aku, mungkin dalam 10 hari lagi. Atau kurang. Atau lebih.

Sedikit teguran untuk pihak berkenaan, tolonglah buat sesuatu dengan kocek seluar sukan. Untuk pelatih seperti kami yang masih baharu dengan pakaian ini, sudah banyak dah aku tengok yang terjatuhkan dompet dan telefon bimbit. Sedikit cadangan, apakata tambahkan zip?

-------------
TIPS! Ada je kawan-kawan yang alah pada makanan tertentu. Vegetarian pun ada. Jadi kalau anda dalam kategori begitu, maklumkan pada jurulatih ketika mula-mula sampai (pendaftaran). Pemakanan anda sesungguhnya sangat diambilberat oleh mereka. Don't worry. 
-------------------------------------------------------------------------


KELIRU

Apa yang aku nak ceritakan ini memang agak menyedihkan bagi aku yang memang memiliki taraf Melayu seperti yang ditulis dalam kad pengenalan aku.

Begini. Setiap hari Isnin, perbarisan dan perhimpunan rasmi diadakan, pastilah akan ada slot untuk berdoa bagi yang Muslim. Maka, adalah beberapa orang Cina yang terkejut tengok aku tadah tangan ketika doa dibacakan. Bagi mereka yang beragama selain Islam, mereka perlu tunduk dan bertafakur.
Sudahnya, selepas perbarisan adalah yang tanya dan katakan pada aku, "Saya ingat kamu Cina."

Aku cuma gelak. Dalam hati aku mengeluh begini: =.=' sebab penat dah mendengar soalan klise dan mengulang jawapan yang sama. Sabarlah. Bukan salah dia orang pun bila beranggapan begitu.

Jumaat, 5 April

Ini kali pertama aku singgah ke Masjid IKBN, Pagoh dan harus aku nyatakan bahawa masjidnya memang sangat cantik, kemas lagi bersih. Selain cantik, kemas dan bersih, suara bilal masjid ini juga sangat lunak melaungkan azan. Sangat menyentuh perasaan!

PARADOKS

Aku belajar banyak perkara hari ini. Pertama, seseorang yang pendiam, nampak bijak dan nampak segak tak semestinya bijak dalam semua hal - termasuk hal-hal keagamaan. Baru aku boleh buat konklusi bahawasanya, yang menjadikan seseorang itu lebih pandai adalah apabila dia membuat keputusan menjadikan dirinya lebih baik dan lebih pandai. Jadi untuk seseorang yang aku kenali di kem ini, aku berikan tabik spring!

Kedua, seseorang yang selalu terkenal dengan imej gangster atau ketua mafia dan taiko selain terkenal sebagai 'ikon' bilik disiplin, tak semestinya tak pandai ilmu agama. Aku dapat mengetahuinya ketika mana selepas solat Maghrib, ustaz dan beberapa orang guru melakukan kaji selidik untuk mencari pelatih-pelatih beragama Islam yang tidak pandai menunaikan solat, tidak pandai membaca al-Quran atau bacaan-bacaan dalam solat.

Aku sendiri dapat roomate yang agak jiwa taiko dan aku tidak boleh nafikan yang pada awal aku masuk ke dalam dorm itu, aku agak bimbang. Tapi sekarang, aku makin senang dengan dia orang. Benarlah kata orang, don't judge a book by its cover. Hakikatnya hari ini, dia orang baik gila dengan aku.

Esok hari Sabtu. Lusa mak aku akan datang. Kalau dulu aku selalu ternanti-nantikan tarikh 21 Jun (tarikh jangkaan kami akan tamat latihan), tapi perlahan-lahan benda tu berubah. Aku mula selesa dengan keadaan di sini. Cuma tak adalah sampai wujud perasaan tak nak balik rumah. Hahaha.

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.