Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 5

7:24:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :


Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff



Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

<<< Klik untuk baca DIARI WIRA - 4


TERHARU

Dalam perjalanan, abah banyak bertanya tentang macam-macam perkara dalam kem. Walaupun aku penat, aku cuba menjawab soalan abah panjang-panjang.

Dalam pada itu, aku cuba main tarik tali dengan abah apabila aku mengatakan ada sesuatu yang akan sampai ke rumah kami. Padahal hanyalah sepucuk surat sahaja, aku belajar dalam modul pekerti pagi tadi.

Kata cikgu, surat luahan isi hati pelatih-pelatih menggunakan mel-Rakyat ini akan dihantar terus ke rumah masing-masing. Setitis dua air mata aku tumpah atas surat itu. Sebab terlalu rindu.

Bila aku sampai rumah, aku peluk cium mak dan kakak aku. Bergenang air mata di kolam mata emak bila menceritakan kepada Along tentang mesej yang aku kirim kepada emak minggu lepas.

Angah tak nak McD atau KFC tapi Angah nak masakan mak.

Aku pun jadi terharu bila melihat keadaan mak macam tu.

PERSIAPAN TEMUDUGA

Aku melihat perubahan rumah aku yang dah siap kena renovate. Cantik. Banyak betul aku terlepas di rumah aku sepanjang dekat sebulan ni.

Aku tak ada persiapan yang rapi untuk dilakukan untuk temuduga esok. Hanya bergantung harap pada maklumat di internet saja. Alhamdulillah... Pada aku, sangat membantu. Membaca pengalaman orang lain yang ditemuduga juga satu bonus tambahan untuk persiapan aku.


Malam itu, aku mencoretkan status pertama aku selepas menyertai PLKN di Facebook. Termasuk mengharapkan doa daripada rakan-rakan Facebook supaya aku dapat melakukan yang terbaik sepanjang temuduga itu nanti.

Sabtu, 27 April

7.32 pagi, aku bergerak ke UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Ini kali kedua aku ke sini. Yang pertama ketika dalam rangka lawatan Program Memperkasa Tokoh NILAM Melaka tahun lepas.

Kalau dulu aku menjadi tetamu istimewa yang dibawa melihat dan melawat serta bermesyuarat di perpustakaan UiTM ini, kali ini aku datang atas tiket calon temuduga.

Kebetulan, Asma, kawan sekelas aku tahun lepas di SMK Seri Tanjong turut ditawarkan Asasi TESL juga. Kami dapat Panel 3. Nama aku ditanda di nombor enam, manakala dia di nombor 13.

Memang tertekan dengan Ujian Bertulis. Bahagian objektif 15 soalan susah bukan main. Aku lebih berharap pada bahagian esei.

Dan aku bertemu dengan calon lelaki namanya Afiq, di giliran keempat. Untuk Panel 3 sesi pagi ini, hanya aku dan dia sahaja calon lelaki. Agak cemburu sebab rambutnya lebat, kulitnya cerah. Sedangkan aku yang masih dalam tahanan Khidmat Negara dahlah botak, kulit gelap pulak tu.

Kalau dulu, akulah yang paling cerah antara calon-calon lelaki lain yang ada. (Nah, baldi untuk muntah). Hahaha. Apapun, dia memang seorang peramah dan seronok kalau dapat mengenalinya lebih dekat lagi sebab dia menjalani kem ala tentera juga sekarang ini. Aku tak berapa pasti tapi menurutnya, kalau di PLKN pelatihnya hanya tembak saja Colt M16 tu, tapi di tempat Afiq mereka sendirilah yang kena masukkan sendiri peluru. Malah masuk dalam hutan pun dibekalkan senjata itu. Khuatir terserempak harimau.

Jadi masa temuduga, aku rasa taklah gemuruh sangat. Aku rasa, soalan paling asas mestilah ‘Tell me about yourself’.

My name is Muhammad Hasif bin Mohd Jelani, born on 2nd of March 1995 and live in Malim. I used to have a fairer skin, but right now I’m still in the National Service.

LOL. Aku betul-betul cakap benda tu. Saja menceriakan suasana.

Keseluruhannya, temuduga itu seronok. Aku tidak lupa menggunakan senjata utama aku – novel-novel yang aku tulis. Pada kala beginilah aku perlu mencari kelainan supaya peluang itu lebih cerah. Tak kisahlah dalam apa jua temuduga sekalipun, nasihat yang paling kerap aku terima ialah penemuduga mencari kelainan atau x-factor untuk memilih calon.

Soalan lain bersangkut paut dengan apa yang aku kongsikan dengan mereka. Dan pastilah akan ditanya, kenapa pilih TESL.

Besar harapan aku, Mei ini aku akan dapat berita gembira mengenai temuduga hari ini. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.

Sejenak aku terfikir, apalah yang tengah berlaku dekat kem sekarang ini. Kalau diikutkan, hari ini ada perlawanan separuh akhir untuk menentukan juara pertandingan bola tampar. Kalau minggu lepas Bravo dah kalahkan Delta, manakala Charlie sudah kalahkan Alfa, maka minggu ini Bravo dan Charlie akan berentap untuk kedudukan juara, manakala Alfa dan Delta akan hanya akur merebut kedudukan ketiga atau keempat.


Pasti kecoh Padang Kawad B sekarang ini.

KENAL JUGA?

Semalam, lepas aku mencoretkan status pertama itu, aku mencoretkan status kedua. Sedikit cerita mengenai keadaan aku di kem sana dengan jaminan bahawa tidak akan ada sesiapa yang mengenali Hasif Hamsyari yang botak dan berkulit gelap.



Tapi telahan aku silap!

Ketika temuduga itu, ada seorang calon, panel yang sama dengan aku, Panel 3, di giliran kelapan yang tiba-tiba bertanyakan soalan ‘Awak novelis kan?’ ketika duduk di kerusi menunggu, sebelah aku.

Kalau kenalan Facebook yang aku jumpa di Kem PLKN Nasuha ialah Hani Suhaila, maka di temuduga ini pula, juga kenalan Facebook bernama Azian.

Dengan Hani Suhaila.
Malu betul. Dengan keadaan botak dan kulit gelap ini. Rasa nak lari je. Sedangkan dalam bilik temuduga dah masuk orang nombor lima. Dan aku seterusnya.

BALIK KAMPUNG

Habis temuduga, aku ke Kampung Gelam, kampung aku yang tercinta. Di sinilah suatu ketika dahulu aku bersekolah; SK Kampung Gelam dan SMK Seri Tanjong. Sebab kebetulan melalui laluan sama ke rumah aku, maka abah cadangkan aku singgah sana. Dapatlah lepas rindu pada Nenek Salmah. Nenek sendiri akui, dah hitam dah cucu dia paling cerah ini. Konon. Haha.

Bila aku cerita kena pumping atas tar jalan yang panas, di bawah matahari yang galak menyinar, nenek aku back-up aku. “Kalau nenek jumpa, memang kena belangkung.” Aku gelak saja sebab nenek aku pun tidak tahu banyak sangat tentang PLKN ni.

Maka aku sebagai Wira Muhammad Hasif telah menjelaskan yang latihan itu memang normal dalam PLKN ini sebab jurulatih-jurulatihnya pula adalah daripada bekas-bekas tentera, yang pernah kena latihan lebih teruk daripada itu. Aiseyh.

Malam itu, aku mula memindahkan catatan pengalaman yang selama ini aku tulis atas kertas pada laptop aku. Dengan judul, Diari Wira. Yang korang sedang baca sekarang ni. Masa sekarang, 8.57 malam.

RELATED POSTS

2 komen

  1. PLKN? Best sebenarnya kalau dapat terpilih. Tapi apakah daya aku tak dapat pergi. Coretan yang menarik bro! Nice Sharing!

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.