DIARI WIRA - 6
Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff
Pilih Bab Pilihan:
<<< Klik untuk baca DIARI WIRA -5
Ahad, 28 April
Tibalah hari yang tidak dinanti-nantikan. Aku banyak berehat menghabiskan sisa-sisa cuti aku dekat rumah ini sampailah pukul dua petang. Mulalah perjalanan aku ke Kem PLKN Nasuha itu dengan ditemani emak, abah dan kakak aku yang juga akan dihantar pulang ke kampus perguruannya sejurus selepas menghantar aku.
Aku tidur di sepanjang perjalanan. Kantuk menggila betul. Sedar-sedar kereta sudah terparkir depan pintu masuk kem. Lemah semangat.
Memandangkan hari ini hari Ahad, jadi ramai betul famili yang datang nak tengok pelatih-pelatih dekat sini. Kes aku kira istimewa sikit. Usai urusan dekat pejabat, tibalah masa spot-check beg. Iyalah, bimbang ada pelatih yang ambil kesempatan bawa barang terlarang.
Cikgu Ramadan yakin aku tidak akan membawa barang terlarang. Melampau betul aku ini. Haha. Alhamdulillah, aku tidak persiakan keyakinan dia itu kepada aku. Aku memang tak berani cari nahas dekat tempat orang. Somehow nerd jugaklah... For good reason.
Tak adalah sedih sangat hendak berpisah lagi dengan famili aku. Sebab lusa aku dah jumpa balik. Iya, cuti semester untuk semua pelatih PLKN seluruh Malaysia! Ini pasti detik paling nostalgik dalam hidup setiap pelatih. Fulamak ayat. Nostalgiklah sangat.
------------------------------------------------------
TIPS!
Ahad selalunya penuh dengan kekosongan waktu. Jadi, dinasihatkan bawalah bahan bacaan sama ada novel, buku-buku kerohanian atau apa sahaja untuk dibaca. Al-Quran dan Yassin pun boleh. Dapat pahala sampingan selain berkhidmat untuk negara.
Ahad selalunya penuh dengan kekosongan waktu. Jadi, dinasihatkan bawalah bahan bacaan sama ada novel, buku-buku kerohanian atau apa sahaja untuk dibaca. Al-Quran dan Yassin pun boleh. Dapat pahala sampingan selain berkhidmat untuk negara.
-----------------------------------------
KEJANGGALAN
Apabila sahaja aku melangkah masuk dalam bilik dorm aku, aku rasa pelik dan aneh. Tak tahulah kenapa. Tapi untuk merasakan kejanggalan dalam tempoh sesingkat dua hari adalah tidak wajar. Kot?
Entahlah.
Masa nak naik tangga saja pun, Muresh yang sedang bergayut dengan telefon pun seru nama aku. Masuk bilik lagilah. Efy yang tengah kumpulkan nombor telefon dan nama-nama Facebook pun seru nama aku. Rasa terharu kejap. ‘Orang Tua’ Bob pulak tengah berkemban dengan tuala biru PLKN. Dia memang selalu macam tu.
Aku tanyakan, macam mana dengan bola tampar? Bravo menang ke tidak? Efy cakap semalam hujan. Pertandingan ditangguhkan.
Tiba-tiba masa kemas barang dan rilek-rilek, Bob buka cerita. Ada sesuatu yang sudah berlaku kepada ahli beberapa dorm budak Bravo kecuali aku dan Wan pagi tadi. Aku memanglah tidak terlibat sebab balik untuk temuduga. Wan pulak sebab masa kejadian, dia sedang leka melayan famili.
Jadi spekulasi yang Bob buat ialah, “Habislah kau malam ni, Hasif. Ada cikgu nak jumpa kau dengan Wan. Jumpa dan terimalah nasib kau nanti,” dan beransur ke tandas selepas menyarung selipar dengan senyuman nakal dia yang selalunya tak pernah gagal buat aku gelak.
Rata-rata mengelak untuk beritahu cerita sebenar.
Aku cuba dapatkan ‘abang kembar’ aku, Mirul yang menurut Muresh sedang 'buang hajat' dekat tandas. Bila aku pergi tandas, Mirul rupanya tengah bergayut dengan telefon jugak, sama macam Muresh. Oleh sebab aku mengganggu perbualan dia, maka dia pun minta supaya aku bersabar.
Bukannya aku tak boleh bersabar. Tapi kalau hal melibatkan jurulatih, JANGAN MINTAK!
Makanya, aku tanya pada Mok. Moklah yang telah mendedahkan segalanya. Dan untuk mendapatkan satu cerita yang konkrit lagi muktamad, maka aku mengambil daripada banyak sumber, termasuk daripada Muresh mahupun Mirul.
ERK!!
Alkisah, seorang cikgu telah serbu dorm 31 dan 32 untuk membuat lawatan kerja. Amaran awal dikeluarkan seawal jam sembilan pagi. Pada pukul 12 tengah hari, dia akan singgah dan memantau keadaan dorm-dorm ini.
Maka berhempas pulaslah masing-masing membersihkan dorm, secantik dan sekemas yang boleh.
Tapi aku sudah boleh mengagak dengan cara kerja jurulatih ini. Bagi dia, kau sesempurna mana pun, kelemahan itulah yang akan tetap ternampak di matanya. Kalau sudah dia nampak, maksudnya MEMANG KAU DAH MINTAK.
Maka untuk Dorm 32, Muresh kata, segalanya bermula dengan almari Mok yang dikatakan kurang kemas. Akibatnya, dengan menggunakan sebiji gula-gula Efy, semua ahli dorm terpaksa ‘bercium mulut’ atau mereka lebih popular gunakan istilah ‘comolot’.
Fahamkan? Maksudnya, dimulakan dengan Efy menghisap gula-gula itu, dia harus memindahkan gula-gula guna mulut ke mulut orang seterusnya dan diulangi sampai orang terakhir.
Lebih sadis, semua ahli Dorm 32 kena menyalin ketiga-tiga pakaian yang disediakan pihak PLKN (iaitu pakaian celoreng, pakaian sukan dan pakaian kelas) dalam masa tiga minit! Ini betul-betul kerja gila. Kalau mengikut susunan skala pakaian yang mudah dipakai, yang pertama mestilah pakaian sukan. Kedua, pakaian kelas. Ketiga dan yang paling sukar ialah pakaian celoreng!
Aku dengar cerita, sadis lagi denda di Dorm 31. Di Dorm 32 ini sekurang-kurangnya gula itu ada rasa manis (walaupun kalau difikir-fikir balik, kesadisannya macam setara je). Tapi diorang pulak, isy... isy... Sesuatu yang ada kaitan dengan air kumuran.
Sejauh yang aku tau, ini adalah pengalaman peribadi aku.
Isnin, 29 April
Kelas berjalan macam biasa. Hanya dua hari sahaja diperuntukkan untuk menghabiskan Modul Pekerti iaitu hari Jumaat lepas dan hari ini, Isnin.
Sebelah petang sebelum kemuncaknya tiba, ahli-ahli kompeni Alfa dan Bravo telah diajarkan mengenai pertolongan cemas manakala Charlie dan Delta diajar pandu navigasi yang melibatkan peta, kompas dan segala.
--------------------------------------------------------------------------
TIPS!
Bawa surat khabar dari rumah. Cara mudah untuk keringkan kasut adalah menyumbat kasut dengan surat khabar. Sangat efektif kalau kasut basah.
Bawa surat khabar dari rumah. Cara mudah untuk keringkan kasut adalah menyumbat kasut dengan surat khabar. Sangat efektif kalau kasut basah.
--------------------------------------------
KEPULANGAN
![]() |
Dengan Amirul. |
Untuk pelatih yang balik hari ini, macam biasa, mereka kena pakai baju kelas. Manakala yang balik esok, yang kasihan-kasihan itu pula, kena pakai baju sukan. Macam aku.
Sampai 5.30, semua yang tiada kaitan, kena beredar. Aku akur sahaja. Nasib baik ada Hanzalah dan Iman.
Solat Maghrib dan Isyak nampak lengang. Dan Ustaz Alwi yang kini aku dengar berpangkat Sarjan pun tergelak melihat kekosong dalam masjid. Dan pada Solat Isyak itu, pertama kali aku bersolat bersebelahan dengan Komandan Kem yang di sebelahnya pula ialah Ustaz Alwi sendiri serta jurulatih lain. Gemuruh juga rasanya.
Tidak ada taklimat yang penting pun malam itu. Kalau kebiasaanya kami dilepaskan ke dorm dalam pukul 11 malam, hari ini kami dilepaskan seawal 9.40 malam. Balik dorm, aku basuh baju, kemas apa yang patut dan mula tidur.
Saki baki pelatih yang kasihan ini tidur merata-rata. Memandangkan dorm aku hanya tinggal aku, Azhar, Tuah dan Shah, maka empat katil lagi diisi oleh Hanzalah, Iman dan Seng dari Dorm 33, manakala Sam Rock dari Dorm 35.
![]() |
Selasa, 30 April
Alhamdulillah... Syukur betul sebab jurulatih yang mereka maksudkan tidak pula datang ke bilik malam tadi.
Pagi itu, lepas Solat Subuh, masing-masing lepak sahaja. Usai minum dalam pukul tujuh pagi, kami salin pakaian dan 7.30 pagi mula berkumpul. Lebih kurang pukul 8.30 pagi bas bergerak.
Aku yang pertama mendaftar sebelum bas bergerak. Nasib aku tak baik sebab aku lupa tarikh hari ini untuk ditulis pada borang, dan waktu tu pulak ada jurulatih. Tapi nasib aku kira baik jugaklah sebab sekurang-kurangnya, tiada aku dengar ayat keramat ‘Front support, position down’. Cuma sedikit cubitan ringan pada anak telinga aku. Haha.
Pagi ini sangat menyeksakan. Semalam aku memang sakit kepala. Tapi pagi ini lagi teruk. Sebagai orang yang tak pernah diserang migrain, maka aku pun tak tahulah nak klasifikasikan sakit kepala aku ini sebagai migrain atau tidak.
TIBA DI MELAKA SENTRAL
Dalam pukul 9.40 pagi, bas dah sampai ke Melaka Sentral. Semua mula berterabur. Sakit kepala aku kebah sedikit, mungkin sebab aku luangkan masa untuk tidur dalam perjalanan. Iyalah, kalau jenguk dekat luar pun, tambah kusut otak nampak kibaran bendera-bendera biru, hijau dan merah. Almaklum, pilihan raya kali ini dijangkakan sebagai pilihan raya paling sengit abad ini. Konon.
Ketika bas Mayang Sari itu bergerak, barulah aku tersedar yang songkok aku tertinggal. Tak guna betul. Aku baru nak tutup kepala aku yang botak ni. Tapi aku memang dah pasang niat, turun sahaja bas, aku akan cari snowcap dulu. Hakikatnya aku suka gunakan istilah beanie tapi aku khuatir salah faham bila aku cakap 'Ada jual beanie tak?' yang mana akan kedengaran seperti 'Ada jual bini tak?'.
Hasil daripada sikap aku yang banyak bertanya, maka jumpalah aku dengan kiosk yang jual tali pinggang. Dalam kiosk tu barulah ada snowcap yang aku cari.
Mirul pulak mesej aku. Mentang-mentang dia dah sampai Melaka awal sehari daripada aku. (Cemburu)
10.30 pagi, Mirul sampai di Tesco. Kedudukan Melaka Sentral dengan Tesco ni dekat sangat. Aku jalan kaki menyeberang jejantas yang dikatakan paling panjang di Malaysia. Sebenarnya taklah panjang mana pun. Atau mungkin sebab aku dah biasa ulang-alik satu tempat ke satu tempat jauh-jauh dekat kem.
Mirul ni pun datang dengan kepala botak. Maka dia pun tanya mana aku beli snowcap. Patah balik ke Melaka Sentral, kiosk dan kakak yang sama. Dia beli snowcap dan aku yang memang dah ada pun beli satu lagi. Membazir betul. Tapi snowcap tu lawa sangat, aku tak perasan tadi...
Cadang nak tengok wayang dekat jiran Tesco iaitu Jusco yang sangat berdekatan. Tapi masa tak mengizinkan. Mak aku akan datang lebih kurang pukul satu nanti. Jadi kitorang jalan-jalan dan belilah apa-apa yang patut. Aku sempat capai t-shirt oren dekat Brand Outlet. Kitorang singgah Popular dan dapatlah Mirul lihat Kopi Manis, novel tulisan aku pada rak buku yang dijual. Capai satu komik.
Lebih kurang pukul satu, mak aku ambil aku. Dan balik rumah terus bukak Facebook. Tinjau dan balas komen sikit-sikit sebelum menulis ‘INI’. Ya, yang korang baca ini.
Esok merupakan cuti umum sempena Hari Pekerja. Dan aku sangat bersyukur sebab abah sangat memahami kegilaan anaknya ini terhadap buku. Guess what? Abah ajak aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur esok! Yahoo!!!
0 komen
Tinggalkan komen di sini.