Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Diari Wira oleh Hasif Hamsyari

1:03:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :



JUDUL: Diari Wira (Sebuah Catatan PLKN Eksklusif Hasif Hamsyari)
HARGA: Percuma di blog Planet Hasif Hamsyari


Pilih Bab Pilihan:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15
IDEA

Sebaik saya maklumkan di Facebook yang saya akan mendaftarkan diri di Kem PLKN Pagoh, Muar, ramai juga yang mencadangkan agar saya membukukan pengalaman saya. Setelah memikirkannya, saya bersetuju kerana merasakan tidak banyak catatan yang serius menceritakan pengalaman PLKN kecuali secara ringkas terutama di blog-blog bekas pelatih PLKN.

Selain itu, Diari Wira lahir sebagai satu panduan dalam bentuk catatan peribadi untuk bakal-bakal peserta PLKN. Walaupun tidaklah sepadat buku panduan aktiviti lasak, catatan ini pada saya cukup berguna sebagai persediaan lagi-lagi dari segi emosi. Secara terus terang, catatan ini adalah cubaan saya juga untuk mengubah persepsi negatif dan pandangan skeptikal segelintir daripada kita tentang PLKN. Namun, percayalah, PLKN sebenarnya sangat menyeronokkan! 

Walaupun saya diberikan pelepasan awal (dua bulan sahaja yang sepatutnya tiga), tapi catatan ini walaupun tidaklah sepadat mana ia mampu membangkitkan semangat bukan sahaja untuk menjalani PLKN bahkan menyahut cabaran mempertahankan negara! 

Ramai yang telah dan bakal menjalani PLKN jadi lebih daripada mengaut keuntungan, saya memutuskan untuk menerbitkannya secara PERCUMA di blog ini. Semoga korang yang membaca manfaat daripadanya. InsyaALLAH. 

INTIPATI 

Daripada jadual aktiviti harian, pergaulan dengan kawan-kawan baharu, cabaran-cabaran jurulatih dan semuanya diceritakan dengan penuh menarik. Untuk bekas-bekas pelatih, catatan ini barangkali boleh mengembalikan sedikit sebanyak kenangan manis walaupun saya faham pengalaman setiap orang boleh jadi jauh berlainan. 

Semangat cintakan negara, kerja berkumpulan, taat pada ketua dan semangat persahabatan, berdikari dan bijak menyesuaikan diri, catatan ini cukup padat dengan mesej-mesej yang cukup berguna. 

TRIVIA
Catatan ini juga diiringi dengan lagu tema ciptaan saya yang boleh anda dengar di setiap bab bacaan anda. Liriknya ditulis oleh saudara Mohd Hanif Yusof. 

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.