Heroes of English 2014
Me on that day. |
Program ni antara lain bermatlamat nak bantu mereka meningkatkan keyakinan mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sekali gus membantu mereka memperbaiki mutu Bahasa Inggeris mereka. Sedikit sebanyak, ia turut mendedahkan kami dengan cabaran menjadi seorang guru walaupun hanya sehari.
Banyak aktiviti menarik yang kami sediakan macam Televisyen Rosak, Charades, Lukis dan Terangkan, Explorace dan banyak lagi. Cabaran peribadi aku adalah aku ahli jawatankuasa yang multi-tasking. Saya daripada biro multimedia jadi saya jurukamera, saya juga MC majlis penutup dan saya juga salah seorang fasilitator bagi kumpulan aku, kumpulan Spiderman. Selain saya, fasilitatornya ialah Marcy dan Meryl.
Para fasi Spiderman dari kiri Marcy, Meryl dan aku. |
Kumpulan aku, Spiderman! |
Alhamdulillah, kumpulan saya, kumpulan Spiderman mendapat nombor 1!
Majlis berakhir dengan penutupan yang agak kelam-kabut. Namun, biasalah, ada beberapa cerita belakang yang tak manis akibat kerumitan belakang tabir. Apapun, hari itu sangat best!
Waktu saya mahu mengemas meja kumpulan saya, Marcy tunjukkan saya kertas yang ditinggalkan seorang ahli kumpulan yang tidak menulis nama. Padanya ada lukisan seorang lelaki dan seorang perempuan. Ditandakan nama lelaki itu Mr. Hasif dan Mrs. Marcy. Walaupun saya nampak gemuk dalam lukisan tu, saya tetap tersentuh. The sincerity counts more, right? :)
See! |
Thanks, SK Lendu! Panjang umur kita jumpa lagi!
p/s: Tengoklah video betapa happeningnya hari tu. Sampai saya pun menari sama dengan murid-murid. Haha
0 komen
Tinggalkan komen di sini.