Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Setengah Dekad sebagai Penulis

10:31:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Salam, semua.



28 Februari 2009 adalah titik mula saya sebagai novelis. Momen ketika novel pertama saya dilancarkan di SMK Seri Tanjong, bekas sekolah saya ketika saya di Tingkatan Dua. Dan 28 Feb 2014, adalah tahun kelima saya.

Alhamdulillah, lima tahun sudah adalah sejarah besar dalam hidup saya. Bukan sedikit pencapaian yang saya kecapi dan semuanya datang bukan dari hasil titik peluh saya seorang. Tanpa orang-orang yang menyokong dan menghembus semangat, saya sudah pasti tersangkut separuh jalan.

Untuk sejauh ini saya melangkah, kesyukuran saya adalah tidak terkira, pada ALLAH yang memurahkan rezeki, dan memudah segala cara, keluarga yang tak pernah henti memberi kekuatan selama hayat saya, rakan-rakan penulis yang banyak pengalaman dan tunjuk ajar dan dicurahkan serta para pembaca yang sudi menikmati karya-karya saya.

Video ini dikemaskini hingga tahun 2012 sahaja


Terima kasih atas segalanya. Lima tahun ini makin mendewasakan saya. Empat novel karangan saya adalah rentak pemula yang saya kira sangat manis bagi saya. Azam saya selepas ini, untuk terus menghasilkan lebih banyak novel-novel yang memberikan inspirasi untuk semua yang membaca. Sudah tentu, saya akan cuba meneroka genre-genre baharu dan bukan terhad kepada remaja sahaja selepas ini.

Dunia penulisan telah menemukan saya dengan orang-orang hebat dan membuka peluang-peluang baharu. Selepas ini pun, saya bukan sibuk dengan urusan sebagai penulis dan pelajar, bahkan, insya-ALLAH, akan mengembangkan satu lagi minat saya - mencipta lagu. Moga-moga semuanya lancar.

Moga ALLAH terus permudahkan segalanya. Terima kasih, semua, atas peluang yang diberikan untuk saya terus bertapak dalam dunia penulisan. Saya amat menghargainya. Hanya Tuhan mampu membalasnya.

Terima kasih. :)

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.