Bintang Madu oleh Hasif Hamsyari
Dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran atau beli online KLIK SINI!
Novel ini juga boleh didapati dalam versi digital (e-book) KLIK SINI!
IDEA
.jpg)
Berbanding Kopi Manis yang lebih menyoroti tema kekeluargaan, Bintang Madu pula lebih cenderung pada tema persahabatan. Atau mungkin juga cinta monyet. Sebab saya mengambil langkah yang agak berani jugaklah demi menyelongkar realiti sebenar yang kadang-kadang kita terlampau pemalu dan takut untuk berkisah yang sebenarnya. Zaman persekolahan saya baru dua tahun berakhir, dan novel ini juga disiapkan dalam setahun yang lalu. Maka, waktu menulis itu, segar-bugar cerita-cerita yang saya dengar dan ada pula yang berkongsi kisah mereka dengan saya, selain saya sendiri juga mengalaminya.
Bintang Madu menekankan tentang kepentingan persahabatan dan pelajaran mengatasi perasaan darah muda yang kadang-kadang sukar diduga. Ambillah nilai-nilai yang baik daripada Bintang Madu dan elakkanlah segala yang buruk. Terima kasih atas sokongan berterusan. Insya-ALLAH, saya akan terus menulis.
Sesungguhnya, yang buruk itu datangnya daripada saya. Yang sempurna itu hanyalah Dia.
CABARAN
Tiada kesukaran sangat pun sepanjang menyempurnakan manuskrip novel ni. Saya banyak menggunakan bantuan muzik instrumental untuk mengiringi kerja-kerja penulisan saya. Saya turut melakukan sedikit kajian tentang beberapa penyakit tertentu yang kalau saya sebut saja pun boleh spoilkan cerita nanti. Haha.
TRIVIA
Sama macam Kopi Manis, semua ilustrasi dalam buku ini adalah lukisan saya sendiri. Sebab itu korang kena beli! Hehe.
0 komen
Tinggalkan komen di sini.