Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

12:12:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

2.4 juta pengunjung untuk pesta buku kali ini. WOWWW! Gila awesome! Mungkin benar, pertambahan luar biasa daripada 1.8 juta yang disasarkan pada awalnya dibantu faktor penambahan sehari bagi pesta tu. Iyalah, tahun ini pesta buku 11 hari, sebelum-sebelum, 10 hari. Tapi, saya dimaklumkan pada 1 Mei je, lebih 800 ribu berkunjung ke pesta buku. Cuti Hari Pekerja dimanfaatkan ke pesta buku. Itu hebat!

Tahun ini, saya memilih tarikh 26 dan 27 April saja untuk mempromosikan novel-novel saya terutama novel baharu, Bintang Madu. Tiada apa-apa masalah pun untuk saya tak terlibat pada hari-hari lain sebab saya pun menumpang di rumah saudara tapi rasanya cukuplah dua hari tu saja.

Alhamdulillah, walaupun agak terkilan masih ramai rakan penulis tak dapat jumpa, tapi sepanjang dua hari itu, boleh tahan juga yang berkunjung berjumpa saya dan saya berjumpa mereka. Dari pembaca-pembaca, rakan-rakan media sosial, pelajar-pelajar sekolah dan kawan-kawan di UiTM Melaka sampailah ke rakan-rakan penulis yang berkelapangan. Seronok!

Jadi, ini antara pengunjung yang datang dan berjumpa saya. Meriahnya boleh tahan juga! 

Cikgu tersayang dari SMK Seri Tanjong datang dengan rombongan 6 bas! Turut bergambar ialah suami beliau. Romantik betul cikgu dan suami. :)
Antara pelajar dari bekas sekolah saya, SMK Seri Tanjong yang hadir dan bergambar. (Kredit: Cikgu Siti Nordiana)
Pembaca merangkap kawan supportive lagi sporting. Sabrina Shida namanya.

Shida bawak kawan. Mereka semua budak-budak Law. Jangan main-main! Itu Adila Zulkifli. Bakal novelis. Insya-ALLAH... :) (Kredit: Adila Zulkifli)
Ada pembaca bawa koleksi novel saya dari rumah macam Farina Inaz ini. Terima kasih.. Moga tercapai impian menjadi penulis, ya! :)

Saya dan Hafiz Sidiqin.
Istimewanya pesta buku kali ni, saya bawakan hadiah iringan yang kecil dan taklah seberapa untuk setiap yang datang dan membeli novel saya. Penanda buku edisi terhad yang bukan untuk dijual! Hihi. Tak lebih adalah untuk menghargai pembaca-pembaca yang sudi menyokong saya selama ini... Terima kasih daun keladi. Allah sajalah dapat balas budi baik kalian.

Pesta buku kekal jadi medium paling utama untuk merapatkan bukan saja penulis dengan pembaca, bahkan penulis dengan penulis. Memandangkan saya berada di booth KarnaDya, jadi banyak masa saya manfaatkan dengan meminta nasihat dan berkongsi cerita dengan sifu saya, Auntie Aina Emir dan Abang Just. Sempat juga berjumpa Auntie Mimie Afinie, Auntie Putri Imaneisya (aka Puteri Erisya Riftha), Kak Ebriza Aminuddin dan Auntie Norhayati Berahim.

Dengan Auntie Aina dan Abang Just.

Dari kiri: Auntie Aina Emir, Auntie Mimie Afinie, Auntie Puteri Erisya Riftha, Kak Ebriza Aminuddin, saya dan Abang Just. (Kredit: Staf KD)


Pertama kali jumpa novelis hebat, Auntie Norhayati Berahim. :D
Selain novel baharu, pesta buku tahun ini juga menyaksikan kolaborasi saya dengan penerbit buku terkenal Ain Maisarah iaitu Blink Book! Tapi bukan menghasilkan buku dengan Blink Book (belum lagi, insya-ALLAH) tapi menghasilkan lagu! Ya, atas kerjasama dengan pengurus Ain Maisarah yang juga pemilik Blink Book, Tuan Syaizul Amal, saya dipertanggungjawabkan mencipta lagu untuk Blink Book dan watak-watak novel mereka.

Dengan bos Blink Book merangkap pengurus Kak Ain Maisarah, Tuan Syaizul Amal.
Untuk percubaan pertama, saya mencipta lagu Blink. Lagu itu dah diperdengarkan lebih awal di pesta buku dan kepada para penulis Blink Book sekali. Jadi, bila saya datang ke Blink Book, jumpa Abang Aman Wan, Abang Azanil, Kak Izanor dan semuanya, malunya bila mereka tahu saya pencipta lagu (dan penyanyi lagu itu juga). Haha  

(Dari IG Abang Aman Wan) Bersama dengan pelukis komik dan vlogger terkenal, Abang Aman Wan!

Dapat jumpa Kak Izanor Sharif lagi tahun ni! Yeay! :D
Alhamdulillah. Untuk yang tak berkesempatan dan semuanya moga jumpa pesta buku tahun depan pula. Insya-ALLAH. Terima kasih! :)

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.