Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Journey to the Future... Malaysia.

9:58:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :



Dua hari sahaja lagi. Maka saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-57 untuk seluruh rakyat Malaysia. Tahun ini pastinya tahun sukar buat negara apabila musibah demi musibah melanda sedikit sebanyak memberi kesan bukan sahaja pada ekonomi dan imej negara, bahkan emosi rakyat jelata. Tak cukup dengan duka sendiri, kita sama-sama berkongsi rasa atas nasib jauh lebih menyeksakan untuk saudara-saudara di Gaza. Atas setiap kesulitan, mohon ALLAH beri ketenangan dan kesabaran, kekuatan dan keyakinan bahawa semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mudah-mudahan.

Okay. Walaupun suasana sambutan kemerdekaan negara pastinya akan turut terkesan, tapi semangatnya pasti kuat dirasakan. Hari Kemerdekaan bukan semata-mata mengingati hari bersejarah, bahkan mengenang jasa nenek moyang kita yang telah mewariskan negara seperti adanya hari ini. Sama-samalah kita sebagai generasi penyambung legasi menggalas amanah atas tanah ini.

Cewah. Haha. Saya serius jadi agak beremosi dan berhati-hati menyusun ayat bila timbul isu-isu seperti di atas. Jadi entri kali ini sekadar mahu berkongsi lagu ciptaan saya yang terbaharu. Lagu kali ini saya jadikannya dalam format instrumental (tiada penyanyi) dan boleh juga dijadikan sebagai muzik latar (background music).

Ia adalah tribute untuk Malaysia, sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Maka itu saya beri sentuhan tradisional yang digabung pula dengan elemen moden yang rancak. Puas saya memikirkan tajuk sesuai, jadi saya memilih judulnya, 'Journey to the Future... Malaysia'. Signifikannya judul ini boleh dihayati lewat muziknya sendiri. Dari muzik agak perlahan, dengan elemen-elemen muzik tradisional beri gambaran permulaan untuk kita mengenang jasa orang lama.

Muzik dibawa pada skala lebih rancak dan moden pada suku akhir sebagai booster untuk generasi masa kini yang pastinya hidup dalam suasana serba canggih dan zaman dunia di hujung jari. Muzik synth ditekan sebelum ditutup dengan alunan seruling dan biola.

Harap korang menyukainya.

Sebelum itu, saya sempat membuat shooting. Shooting kali ini mungkin beri gambaran betapa lamanya saya tak update blog, samalah macam rumah usang tu. Hahaha.

Saya pun dah ada Instagram. Makin aktif di sana. Jadi jemput follow saya di Instagram! KLIK SINI









RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.