Kundasang, Sabah (Part 2)
Pilih: PART 1 PART 2 PART 3
27 Mac.
Pagi tu, selepas bersarapan semua, terus kami bertolak ke Kundasang!
Saya tak perasan berapa jam perjalanan. Mungkin dua jam setengah sebelum akhirnya saya dan rata-rata peserta dapat menyaksikan satu pemandangan luar biasa. Bagaikan Mimpi!
Gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara kini di depan mata kami! Subhanallah... Tingginya bukan main!
Lawatan akademik kami tak memperuntukkan peserta untuk mendaki. Lagipun, nak mendaki gunung terkenal ini memerlukan prosedurnya yang memakan masa. Dapat lihat dengan mata kepala sendiri sudah cukup bagus tapi saya tak dapat menolak daripada memasang impian untuk mendakinya satu hari nanti.
Dalam gambar ni mungkin nampak tak ada beza dengan gunung-gunung lain. Tapi kalau korang saksikan sendiri, mesti kagum dengan ketinggiannya yang jelas tak sama dengan kebanyakan gunung-gunung lain.
Kami teruja dalam sejuk pendingin hawa dalam bas. Saya tak tidur untuk nikmati pemandangan unik ini puas-puas.
Kemudian, bas kami berhenti di suatu kawasan agak lapang. Dalam sepuluh minit kami diberi masa untuk bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang sebenar (maksud saya bukan edit atau tampal tabir di belakang. Haha).
Turun saja daripada bas, angin menyerbu. Kuat! Sejuk mencucuk tulang. Semua jadi makin teruja. Tak lepas kami merakam kenangan banyak-banyak di situ.
Melihat Gunung Kinabalu membuatkan saya faham kenapa gunung ini dikatakan memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Tak syak lagi kedudukannya sebagai lambang kemegahan rakyat Sabah! Malah, dalam masyarakat Kadazan Sabah, di gunung inilah bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Dengan kawan sekelas, Hawa Rizwana.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang. Di sini, ada pasar tau. Sementara menunggu empat buah van untuk bawa kami ke destinasi seterusnya, kami pun jalan-jalan di sekitar pasar ini.
Dari kiri: Azizah, Suha, Hawa, Mama Hariyati Ariffin, saya dan Ahmad Barr. |
![]() |
Highlight dia dekat belakang tu. Subhanallah! |
Destinasi kami seterusnya ialah Kampung Mesilou. Kebanyakan penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Di sini terdapat masjid papan yang besarnya saya kira cukup untuk 150 orang jemaah dan di sinilah juga saya dan peserta lelaki yang lain menunaikan solat Jumaat.
Tambah-tambah bersolat dalam suasana yang cukup tenang dan mendamaikan, dengan panorama-panorama semula jadi yang pastinya cukup buat saya kagum dengan kebesaran Allah SWT.
Di kampung ini, kami buat aktiviti gotong-royong ringkas selain meluangkan masa dengan kanak-kanak Mesilou yang (Ya Allah!) comelnya masing-masing! Korang taulah macam mana saya sukakan budak-budak jadi kat sini.. Hai... Senang cerita semua comel-comel belaka!
Saya dan Ahmad Barr yang mulakan. Sekadar menahan beberapa orang budak baru balik sekolah. Lepas tu tengoklah kronologi dalam gambar-gambar ni. Haha.
1. |
2. |
3. |
Muka-muka kanak-kanak kat sini iras-iras Korea pun ada. Contohnya macam adik ni. Lembutnya lahai! |
Kemudian saya terserempak dengan budak comel ni yang kemudian kawan-kawan katakan sebagai anak saya. Haha. Pecah perut. Tapi comelnya lahai... Tengok jelah video ni.
![]() |
Semua nak bergambar dengan kami. Ahak. |
Tak puas betul tangkap gambar dengan diorang nih! Sporting habis.. |
Ehem.. Poster tu saya yang design. Haha. |
Sneak peek Part 3: New Zealand Malaysia and BBQ Party
2 komen
Bestnya hasif!Saya dah pernah pergi sabah,tapi tak banyak tempat yang saya melawat.Best sangat!Rindu nak datang sabah lagi.
BalasPadamSamalah jugak... Memang azam nak singgah lagi kat sini. hehe. XD
PadamTinggalkan komen di sini.