Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Band of Spirit Shah Alam (BOSS)

7:25:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Assalam.

Sebahagian pemain BOSS.
Ok. Gini.

Semester ini memang semester gila punya sibuk untuk saya. Dari awal sampailah hujung semester. Iya, mungkin bukan saya seorang tapi setiap orang mesti sibuknya lain-lain punya cara. Saya pun.

Antara penyumbang besar kesibukan saya ialah menganggotai Band of Spirit UiTM Shah Alam atau lebih popular dengan gelaran BOSS. Sebuah persatuan brassband di bawah Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam dan Persatuan Pancaragam Kesatria UiTM Shah Alam (PERPAKES).

Latihan saya setiap Selasa dan Jumaat malam. Tapi bermula minggu depan latihan saya akan berganda ke empat kali iaitu Selasa, Rabu dan Jumaat malam serta Sabtu petang. Ini semua persediaan untuk persembahan Pertandingan Drum (Drum Competition) pada 7 Jun ini yang mana UiTM Shah Alam sebagai tuan rumah.

Oh, kalau masih tak tahu, saya adalah percussionist yang memegang mandat sebagai pemain bass drum 5 (bass drum paling gergasi antara lima - je  pun) tapi berat dianggarkan seberat tong gas. Fuh! Tapi kadang-kadang saya main bass drum 4.

Kenapa saya buat entri ini? Haha. Sebab nak simpan koleksi gambar saya bersama BOSS.

Dengan Ahmad Barr Zainal Abidin, pemain tubar.

Ada beberapa baju rasmi, ini salah satu. Lepas ni target nak pakai warna purple. Haha.

Hai! Kami berempat wakil Journalism students Part 2 yang terlibat function Konvokesyen.
 Hah. Nampak tak muka dua orang komander di tengah bercahaya. Haha.

Diapit dua orang komander; Komander Alia Md Lani (kiri) dan Komander Haziqah (kanan).



Sebelum berlangsung persembahan untuk Hari Sukan Tabung Haji.

Setakat ini dah tiga persembahan saya buat bersama BOSS dan semuanya berlaku dalam masa kurang 24 jam!

1) Hari Sukan Tabung Haji - Stadium UiTM Shah Alam - 8 Mei 2015
2) Pembukaan Istiadat Konvokesyen UiTM Shah Alam ke-82 - Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. - 9 Mei 2015
3) Hari Keluarga Proton - Seksyen 26, Shah Alam - 9 Mei 2015

Serious talk, main bass drum yang melibatkan ketuk-ketuk ni best sebab release tension. Tapi somehow memang gila meletihkan. Tak mintak banyak cuma doakanlah semuanya berjalan lancar sampai hujung semester.

7 Jun hari persembahan yang cukup besar. Tapi 8 Jun juga akan berlangsung Majlis Anugerah Dekan Masscomm UiTM Shah Alam yang mana saya adalah ahli jawatankuasanya di bawah Biro Multimedia. Haha. So basically, saya merancang majlis untuk saya sendiri dan penerima DL yang lain. XD

Insya-ALLAH.. All is well. :)


A photo posted by BandofSpiritShahAlam (@uitm_boss) on


Tag: hasif hamsyari, BOSS, band of spirit shah alam, pancaragam, UiTM Shah Alam, perpakes

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.