Hutan Lipur Sungai Kanching, Rawang, Selangor
Awal ceritanya, kitorang (budak-budak Band of Spirit UiTM Shah Alam) baru habis program mega selama sepuluh hari iaitu Latihan Intensif Brassband Siri ke-44. Penatnya jangan cakap ya tohan. Jadi Ecap cadang malam tu untuk ke Sungai Kanching keesokannya pada pukul sembilan. Tup tup, 10.30 pagi baru bergerak dari Shah Alam. Haha
Aku tak pernah ke Hutan Lipur Sungai Kanching sebelum ni. Niat nak ikut turut serta ni pun semata-mata fikir nak lepas stres dan bergembira. Haha. Padahal malam tu pulak ada latihan brassband untuk function dua hari berikutnya. Bertabah jelah.
Perjalanan dari Shah Alam ke kawasan ni kira-kira 40 minit.
Hutan Lipur Sungai Kanching ni antara port air terjun semulajadi yang cukup terkenal area Selangor dan Kuala Lumpur. Pemandangannya cantik. Sangat sesuai untuk aktiviti riadah dengan famili dan kawan-kawan. Malah, ada juga yang membuat family day kat sini. Ada satu kawasan luas di bahagian bawah yang mana boleh diadakan aktiviti riadah dan sukaneka.
Satu fakta menarik yang saya jumpa, di sini terdapat tujuh air terjun. Tapi aku cuma singgah dan bermandi-manda di Air Terjun Kapor atau lebih juga dikenali Air Terjun Kanching. Memang rata-rata akan pilih port kat sini sebab lebih mesra pengguna. Maksud aku, di sini agak selamat dan tenang. Ada teratak, bilik persalinan dan tandas.
Tapi, selamat-selamat pun, korang kena selalu liarkan mata sebab banyak monyet-monyet nakal kat sini. Diorang tak takut manusia malah berani datang dekat lagi, terutama kalau korang bawak makanan. Kalau mata tak seliar monyet-monyet ni, maka akan terjadilah kes kecurian yang sangat koman di sini. Aku saksikan sendiri monyet-monyet ni curi rasanya tiga bungkus nasi lemak sebelum aku zipkan beg pengunjung yang tidak aku kenali itu. Haha
__________________________________
![]() |
Dari segi fasiliti, hutan lipur ni kira okey juga. Selain yang sudah aku sebutkan, di bahagian bawah jugak terdapat gerai makan dan kedai serbaneka. Tempat parkir awam juga disediakan. Selain tu, terdapat jugak beberapa port yang mana korang boleh bergambar dengan burung kakak tua, ular sawa dan beberapa haiwan eksotik lagi dengan bayaran RM20 untuk sekeping gambar.
Adatlah, bila bergambar berbayar macam ni, kamera lain pun tak dibenarkan. Jadi aku pun tak dapatlah nak tunjukkan gambaran. Korang kena datang sendiri. Hehe.
Bersebelahan pintu masuk ke hutan lipur ni ada kedai makanan dan serbaneka. |
Trek ini disediakan sebagai kemudahan untuk pengunjung. Begitu jugak dengan papan-papan tanda yang cukup membantu. |
Bangunan putih ini ialah tandas awam. Tiada tempat mandi tapi kena pandai-pandai sendirilah. Haha. Bayarannya RM0.50 sekali masuk. |
Balik jom. (Ignore the signage. Haha) |
Secara keseluruhannya, aku seronok je bila ada aktiviti macam ni. Apatah lagi, ini pulak kali pertama aku turut serta dengan geng-geng brassband untuk beriadah begini. Tengok jelah perangai masing-masing dalam video ni. Haha.
13 komen
Best video Hasif :)
BalasPadamTerima kasih, kak! ;D
Padamhehe sungai kancing ni memang best. last pergi january yg lepas
BalasPadamkan.. hihi. bawak member ramai-ramai lagi enjoy kalau ke sini. :D
Padamseronoknyaaa. baru nak pergi this weekend. thanx for sharing yaa.
BalasPadamNo problem. Selamat bermandi-manda dan jaga diri ya! :D
Padamwaaaa bestnyaaa... rindu nak tersesat kat sini lagi :D
BalasPadamWahhh.. bestnya...
BalasPadamSaya sebelum ni pun xpernah pergi sini... but lepas tgok review @ pengalaman anda rasa seronok pulak..
Plan esok nak pergi..
Terima kasih atas panduan.. 😍😍😊😊
boleh bermalam tak?
BalasPadamjumaat bukak tak
BalasPadamAda kawasan untuk jungle trekking tak? Ke just trek utk ke air terjun saja?
BalasPadamnak tanya , ada sebarang kem x dekat2 situ , buat seminar
BalasPadamdah pergi tapi tak nak pergi lagi. sebab serabut. ada budak2 yg pergi bawa speaker pasang lagu mcm kt club. ramai org datang bawa arak. almost sepanjang trek busuk bau rokok. sampah merata. air kt toilet tak kuat. management yg jaga air terjun tu really kena improve many things kat sana, at least sediakan renjer hutan yg tolong pantau visitor kat situ ke. tambah tangki air for the toilet. and tambah toilet ke. overall, i don't really enjoy the trip to this place.
BalasPadamTinggalkan komen di sini.