Masjid Cina Melaka, Krubong
Salah satu mercu tanda yang makin dikenali oleh pengunjung yang berkunjung ke Melaka ialah Masjid Cina Melaka. Masjid ini terletak di Krubong, Melaka, berdekatan dengan Stadium Hang Jebat dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negeri Melaka.
Kali pertama aku sampai kat sini, terasa macam aku kat Tanah Besar China. Desain dan reka bentuk masjid ini sangat cantik dan unik. Ia dipengaruhi seni bina dari masjid-masjid di China khususnya di daerah Beijing, Shanghai dan Xi'an. Pengaruh ini bukan sahaja dilihat melalui reka bentuknya, bahkan hiasan sekitar kawasan masjid termasuklah kolam dengan ikan koi, landskap pokok buluh, seni kaligrafi China dan kewujudan pagoda-pagoda yang melengkapkannya.
Pintu gerbang yang gah mengalu-alukan kedatangan pengunjung. |
Seni bina unik ini dikatakan dpengaruhi oleh seni bina masjid di daerah Beijing, Shanghai dan Xian di China. |
Papan tanda mengingatkan pengunjung untuk menutup aurat di kawasan masjid. Kalau tak, jubah dan tudung kepala turut disediakan. |
Dua menara yang sangat cantik. |
Antara dekorasi yang melengkapkan ciri ialah pokok buluh. |
Ruangan solat masjid juga diberi sentuhan dari negara Tanah Besar China. |
Cantiknya! |
Masjid ini ialah masjid ketiga di Malaysia yang menampilkan ciri-ciri negara China pada rekaan masjid selepas sebuah masjid di Kelantan dan sebuah lagi di Perak.
Di atas tanah 2.8 hektar, kira-kira 2 000 jemaah boleh dimuatkan di sini pada satu-satu masa.
Menariknya, masjid ini dibina atas usaha Persatuan Cina Muslim Melaka (PERTIM). Bersama-sama dengan dana daripada masyarakat setempat, sebanyak RM7.5 juta berjaya diraih untuk menyiapkan masjid istimewa ini. RM5.9 juta daripadanya adalah sumbangan kerajaan persekutuan yang diluluskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru, tertubuhnya masjid ini sebenarnya turut memberi ruang untuk saudara Islam berbangsa Cina untuk menggerakkan aktiviti mereka selain menambah ahli baharu.
Disebabkan kecantikannya ini jugaklah, maka tempat ini pun tempat yang best untuk bergambar. Haha. Tak hairanlah, di sini jugak adakalanya menjadi tempat shooting untuk album perkahwinan.
Tak boleh lepaskan peluang untuk berselfie kat sini! |
Lagi selfie! |
Dengan kakak, Siti Hanisah. |
Berlatarbelakangkan pokok buluh yang menghiasi kiri dan kanan pintu utama masjid. |
Cermin pun boleh! |
Ukiran pada dinding-dinding sekitar masjid juga mempunyai nilai tarikan yang tersendiri tau! |
Pusinglah di sekitar masjid, korang akan jumpa corak-corak lawa kat sini. |
Bilik dalam menara ni hanyalah stor sahaja tapi tetap cantik untuk bergambar dari luar! |
Mahu tonton video? KLIK SINI.
3 komen
PapaG baru je singgah masjid ni. Memang cantik. Tapi macam sunyi sikit tempat ni kan.
BalasPadamBetul tu. Rasanya sebab kedudukan yang agak tersorok sedangkan ia produk pelancongan yang cukup berpotensi. :)
Padamboleh tahu rujukan kajian?
BalasPadamTinggalkan komen di sini.