Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

iM4U #inspirasi4u Radio Interview: Hasif Hamsyari Goes Live!

10:05:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


17 Mei lepas, saya menerima undangan untuk wawancara radio di iM4Ufm! Segmen saya ialah segmen BANGKIT #inspirasi4u bersama dengan DJ yang juga senior Masscomm UiTM Shah Alam, Kak Ira Mohd Amin.

Dah lama jugaklah tak masuk konti untuk interview, tiba-tiba dapat peluang ni. Terima kasih kepada Kak Sharifah Aleya yang beri peluang pada saya dan juga Bro Wandy.

Mahu dengar rakaman ini? KLIK SINI

Waktu ke interview ni, saya baru sahaja balik dari UiTM Pulau Pinang untuk Pertandingan Percussion UiTM Se-Malaysia. Jadi janganlah tanya kenapa muka saya sangat hitam berkilat. Nak nangis pun ada setiap kali hadap cermin. Nasib baik ini cuma radio interview, kalau TV interview mesti kena fikir panjang. Haha.

Berbalik kepada interview ni. Alhamdulillah, semuanya bukan setakat berjalan lancar, bahkan sangat happening. Terima kasih pada Kak Ira dan semualah warga iM4U fm yang sangat sporting.

Saya hadir hari tu membincangkan tentang kehidupan saya dan juga karier-karier saya termasuklah sebagai pelajar, bakal komposer, antara novelis termuda Malaysia, blogger dan pemain brassband. Walaupun saya sedar sangat banyak lagi yang perlu saya belajar, saya harap dapatlah serba sikit memberikan inspirasi kepada korang, pendengar iM4U fm. Haha.


Kalau korang nak tau lebih lanjut dan dengar sendiri radio stesen yang sangat cool ni, KLIK SINI. Jangan lupa follow jugak diorang dekat Instagram, Twitter dan Facebook!  

Terima kasih atas peluang ni! Terima kasih jugak kawan saya, Fattah yang temankan saya ke studio. :D

Mahu dengar rakaman ini? KLIK SINI

p/s: Konti radio yang terletak dekat iM4U Sentral, Puchong ni sangat cantik weyh! Sangat urban dan hipster gitu.

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.