Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Keseronokan Berganda di LEGO Star Wars Days!

1:07:00 PTG Hasif Hamsyari 6 Comments Category :


Kalau korang nak tau, sepanjang Mei ni sedang berlangsungnya LEGO Star Wars Days di Legoland Malaysia tau. Ada banyak aktiviti best yang telah, sedang dan akan berlangsung sepanjang sebulan penuh happening ni!

7 dan 8 Mei lepas, saya rasa bertuah gila sebab dapat berkunjung ke sini dengan geng Gaya Travel Magazine. Jadi jom tengok apa antara aktiviti yang saya lakukan untuk event tahunan di Legoland Malaysia Resort ni!
Tag media sudah di tangan jadi apa tunggu lagi? Jom kita jelajah Legoland!
1. Star Wars Parade: Imperial March
Para peraga kostum bergambar di depan pintu masuk Legoland Malaysia yang ikonik!
Korang tak boleh lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan satu perarakan penuh gah diketuai Darth Vader dan askar Stormtroopers dalam acara yang sangat dinanti-nantikan ni. Perarakan selama lebih kurang sejam setengah ni akan menyaksikan Darth Vader dan juga watak-watak lain dalam filem francais terkenal, Star Wars berlegar sekitar Taman Tema Legoland!
The parade is about to start!
Mintak selfie satu kali dulu sebelum masuk ya bang!
Highlight of the event, Darth Vader!
Kylo Ren is behind me. Haha
Perarakan ni dibawakan oleh kelab peminat Star Wars 501st dengan kostum yang sangat realistik! Highlight sudah semestinya jatuh pada Darth Vader. Boleh dengar kot hembusan nafas yang menderam bila berada dekat dengan dia. Mesti dia sesak nafas. Haha.

Bagi penggemar Star Wars, korang pun boleh sertai perarakan ni dengan syarat korang perlulah mengenakan kostum yang sesuai. Lagi best, sepanjang bulan Mei ni, kanak-kanak yang menggayakan kostum daripada mana-mana watak filem Star Wars berpeluang masuk ke Taman Tema Legoland secara percuma!

Jom kita tengok antara peminat Star Wars yang turut menyertai perarakan ni!
Darth Vader comel ni pun ada jugak!
Sweetnya mereka ni menggayakan kostum Star Wars!
Wah! Tengoklah satu set keluarga Jedi yang sangat sporting ni!
Perarakan ni jugak bukan calang-calang. Peserta yang terlibat bukan saja dari Malaysia, bahkan dari Singapura, Australia, Indonesia, Brunei, Taiwan, Hong Kong dan Filipina!

2. LEGO Star Wars Miniland
Antara replika yang sangat menarik perhatian!
Ini merupakan salah satu daripada puluhan tarikan dalam Taman Tema Legoland yang dibuka sepanjang tahun. Tapi sempena Star Wars Day, mestinya tarikan ini korang wajib singgah!
Darth Vader akan sambut korang di pintu masuk LEGO Star Wars Miniland ni.
Mula-mula, korang akan dipertontonkan dengan tayangan filem animasi pendek LEGO Star Wars: The Force Awaken dalam lebih kurang lima ke sepuluh minit. Lepas tu, korang akan terus dibawa ke beberapa buah bilik yang semuanya mendekatkan korang dengan dunia Star Wars yang penuh thrill dan futuristik!
Menariknya, replika-replika Star Wars dalam miniland ni dibuat daripada kepingan LEGO. Sangat kreatif!
Comel-comel je replika ni tapi sangat cantik dan berwarna-warni!
Ilusi 3D menampakkan pameran ni lebih futuristik!
Di dinding-dinding pula digantung antara trivia dan fakta berkenaan filem Star Wars. Kalau korang yang mungkin masih tak biasa dengan Star Wars, boleh gunakan peluang ni untuk menimbulkan minat korang. Haha.
Fakta dan trivia Star Wars pada dinding-dinding dalam bilik.

Pada hujungnya nanti, korang akan sampai ke kedai cenderahati LEGO Star Wars. Macam biasa, ada dijual permainan LEGO, keychain dan macam-macam lagi sebagai kenangan untuk korang bawa balik.

3. The World's Largest LEGO Millenium Falcon
Harus bergambar bersama LEGO Millenium Falcon!

Kalau korang tercari-cari keunikan antara satu dalam dunia, inilah juga peluangnya! Beberapa hari sebelum saya sampai, sepasang bapa dan anak telah turun ke Legoland Malaysia membina replika kapal angkasa Millenium Falcon menggunakan LEGO, sekali gus mencipta sejarah sebagai yang terbesar di dunia!

Dan sepasang bapa dan anak tu pula bukanlah orang yang calang-calang. Mereka ialah Dan dan Chris Steininger, satu-satunya pasangan bapa dan anak yang dikenali sebagai dua antara tujuh LEGO Master Builder di dunia! Untuk rekod, Dan Steininger pernah membina replika LEGO untuk watak Darth Vader dan Yoda terbesar di dunia menggunakan 250 ribu kepingan LEGO pada 2014!

Dan berapa pulak kepingan digunakan untuk membina Millenium Falcon seberat 500 kg ni? 200 ribu! Fakta tambahan, sebanyak 30 jam waktu bekerja digunakan untuk disempurnakan.

Singgahlah ke Legoland Malaysia dan saksikan sendiri hasil kesungguhan penuh minat dua beranak yang berjiwa muda ni. Macam saya. Haha.

4. Pameran My-Own-Creation
Ruang pameran yang terletak bersebelahan dengan The Market Restaurant dalam kawasan Taman Tema Legoland.

Memahami minat penggemar Star Wars dan juga peminat LEGO, maka Legoland Malaysia turut menganjurkan pertandingan My-Own-Creation. Ada beberapa kategori antaranya keluarga dan individu. Hasil daripada pertandingan itu, 99 penyertaan disenarai pendek dan dipamerkan dalam pameran ini.

Saksikanlah kreativiti yang penuh seni daripada peserta Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Taiwan!
Antara yang dipamerkan.
Warna-warni sungguh rekaan LEGO Star Wars yang satu ni!
Jadi itulah antara aktiviti yang saya lakukan pada Star Wars Days di Legolan Malaysia! Kalau korang masih tak rasa nak singgah, apa kata korang lihat sendiri kemeriahan yang saya alami dengan tonton video ni: KLIK SINI .
Bersama dengan orang kuat di sebalik LEGO Star Wars Days 2016, Ms. Katja Wachter (kiri) dan Mr. Casper Bonavent.


Sejujurnya, korang tak perlu pun menjadi peminat Star Wars untuk datang ke sini sebab apa yang lagi best, aktiviti di sini akan buat korang rasa lagi enjoy! Jadi, jangan lupa singgah ke Legoland Malaysia sepanjang Mei ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai event ni, KLIK SINI.

RELATED POSTS

6 komen

  1. wah ada sicilik bercostume. ritux jmpa pun huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. sebenarnya ada lagi budak2 comel ni pakai kostum tapi ini je yang sempat bergambar. :D

      Padam
  2. pergh best giler dapat jejalan dengan team gaya travel

    BalasPadam
  3. Adik...besarkan sikit font hihi... Ke akak je yg rasa tulisan ni kecil sangat..Btw teruja tengok gambar2 yg menarik kat atas ni. Hasif dah ada improvement. Good job!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Tengah mencari-cari kat mana nak besarkan font ni. Haha. Terima kasih kak! :D

      Padam

Tinggalkan komen di sini.