Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pit Terbaik di Pertandingan Percussion Se-UiTM 2016!

5:29:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

13, 14 dan 15 Mei lalu, saya dan geng Band of Spirit Shah Alam berkampung di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk Pertandingan Percussion Se-UiTM 2016, acara  tahunan yang paling dinantikan untuk setiap wakil Kor Brassband kampus-kampus UiTM.

Jadi, kalau sesiapa yang tanya kenapa saya makin hitam, makin kurus dan cengkung, inilah salah satu sebabnya. Haha. Janganlah hairan tengok saya masa di interview iM4U fm hari tu pun gelap semacam. Sekarang sedang dalam proses pemulihan balik dah. Haha.

Bayangkan, persiapan untuk ke hari penuh debaran ni adalah selama lebih kurang tiga bulan. Hampir setiap malam ada latihan. Ia pengalaman yang sangat menjerihkan tapi sangat manis dikenang sebab adanya kawan-kawan yang sentiasa ada menjadi tulang belakang.

Keputusannya, kami gagal pertahankan kejuaraan kami sebab sebelum ni, kami pernah menang dua tahun (2014 dan 2015) berturut-turut untuk pertandingan sama.
Kamilah Pit Line-Up untuk Band of Spirit Shah Alam. Dari kiri: Konduktor Wafi, Dayah, Ayna Afryna,  Kak Tiko, Kak Michelle, Syazwani, Iffah dan saya.
Geng MASSCOMM yang datang menyokong dan jugak sebagai krew. Belah kanan Ahmad Barr (Biro Busana) dan kiri Ahmad Tajul (Biro Multimedia).
NAK TONTON PERSEMBAHAN KITORANG? KLIK SINI

Dengan plak kemenangan yang diidamkan Pit Line kami.
Walau bagaimanapun, kami tak pulang dengan tangan kosong! Dengan tema Rentak Tradisi 2.0, kami menang sebagai kumpulan paling banyak merangkul anugerah bagi kategori iaitu kategori Anugerah Pit Terbaik, Anugerah Snare Drum Terbaik, Anugerah Quad Tom Terbaik dan Anugerah Cymbals Terbaik. Alhamdulillah!

Walaupun kecewa dengan keputusan kali ini, sekurang-kurangnya usaha keras kami berbalas jugak dengan kemenangan-kemenangan ni.

Saya dalam kategori Pit Terbaik! Paling manis, ini ialah kali pertama kami berjaya merangkul kategori yang satu ni. Alhamdulillah. Setidak-tidaknya sekarang adalah kenangan dan sumbangan barang kecik sekali pun untuk Band of Spirit Shah Alam! Hehe.

Terima kasih untuk semua yang menyokong kami dan doakanlah semoga pelapis-pelapis tahun depan akan merampas kembali kejuaraan untuk Band of Spirit Shah Alam!
 
Wajah-wajah sebelum bergerak.

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.