Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Somerset Medini Hotel, Nusajaya

9:48:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category : , ,


Terletak di Johor Bahru, Hotel Somerset Medini antara hotel eksklusif yang dibina di atas tanah Nusajaya, bandar moden yang sedang membangun dalam suasana urban yang sangat kondusif. Hotel ini jugak terletak berdekatan dengan banyak tarikan lain termasuklah Taman Tema Legoland dan Mall of Medini. Kalau jalan kaki, lebih kurang lima ke sepuluh minit saja. Lebih mudah, korang boleh ambil shuttle van.

*TIPS! Jangan terkeliru dengan adik-beradik Somerset Medini iaitu Somerset Puteri Harbour yang saling berdekatan. Saya pun mula-mula sesat jugak. Haha.

Hotel ini baru dibuka Februari 2016 yang lalu. Pun begitu, harus saya katakan bahawa Somerset Medini bukan je menawarkan penginapan yang cukup selesa bahkan canggih dengan sistem keselamatan serba moden.
Dengan Alif, teman sepanjang kat sini.
The welcoming lobby.
Selain tu, percutian anda di sini akan jadi lebih tenang dengan layanan staf-staf hotel yang ramah dan sedia membantu anda. Receptionist di front-desk jugak berkhidmat 24 jam untuk korang.
Maaflah agak bersepah sikit. Tak sempat nak ambil gambar masa elok tak terusik. XD
Kalau ikut kemudahan dalam bilik, boleh saya berikan lima bintang! Dari tandas yang moden, ruang dapur yang lengkap, kemudahan Wi-fi percuma, balkoni, televisyen semua bilik di sini juga tersedia dengan pendingin hawa.

Antara kemudahan awam yang disediakan termasuklah gimnasium serba lengkap, kolam terbuka, taman hijau yang menyegarkan serta parkir berbumbung berbayar. Selain tu, saya tertarik dengan desain dan rekabentuk hotel ni, dalam dan luar. Moden tapi masih mengekalkan suasana yang menghijau!

Tonton video review saya: KLIK SINI (link belum tersedia).

Memandangkan hotel apartmen ni masih baharu dibuka, harganya bermula dengan RM288. Sangat berbaloi dengan segala kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan.

SOMERSET MEDINI, NUSAJAYA

Alamat:
Lot 5 Jalan Medini Utara 4, 
Medini Iskandar, Medini, 
79200 Nusajaya, Johor, 
Malaysia

Telefon:

Laman Web:
KLIK SINI 

Terima kasih: Gaya Travel dan Somerset Medini Hotel atas pengalaman yang sangat best ni! 

RELATED POSTS

2 komen

  1. memang esklusif sangat hotel ni. Akak yg datang jenguk sekejap pon dah tertarik dengan keadaan hotel ni. Memang nampak mewah dan selesa!
    jauh sikit dari kesibukan bandar sebab terletak berjauhan sikit.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.