Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack, Melaka yang Awesome!

7:54:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Baru-baru ni saya berkesempatan singgah ke kafe berkembar, Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack yang terletak secara strategik di tengah Melaka, bersebelahan dengan AEON Bandaraya Melaka.

Kenapa berkembar? Sebab Billionaire's Concept Store dan Grind Shack ni sebelah-menyebelah dan bercantum. Boss yang sama tapi nama lain dan fungsinya juga berbeza. Kalau Billionaire's Concept Cuisine menyediakan hidangan makanan, Grind Shack pulak menyediakan minuman. 

Kafe berkembar ni terletak berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka.
Sebenarnya dah banyak review yang saya baca dan saya akui sangat mengidam jugak nak makan sini untuk merasai sendiri makanan Western halal dan minuman yang umphh di kafe antara yang terbaik di Melaka ni. Setelah saya singgah sendiri, benarlah bagai dikata. Saya pulang dengan kepuasan yang tak terkata. Ha, hiperbola tak. Haha.

Saya sempat berborak-borak dengan pemilik restoran, Afiq Omar bahawa pada awal penubuhan, kafe yang bakal injak setahun pada Ogos ini mahu menekankan konsep makanan Western yang halal yang mana bukan saja dari segi daging yang dihidang tapi secara total!

Kata Afiq jugak, nama Grind Shack diambil sempena proses penyediaan kopi itu sendiri. Sebab itu maknanya 'pondok kisar'. Tapi kenapa pulak dengan Billionaire's Concept Cuisine? Sebab yang pulang dari sini mesti akan 'kaya'. Kaya dengan kakayangan  kepuasan. Haha. Itu saya yang kata. 

Jom kita lihat menu apa yang saya peroleh untuk makan tengah hari saya hari tu.

BEEF CARBONARA
Beef carbonara adalah antara hidangan spaghetti yang famous kat sini!
Well, nama pun antara 'the best cafe in town'. Mestilah hidangan yang ditawarkan jugak bukan calang-calang baik dari segi kualiti mahupun rasanya!

Beef carbonara ialah hidangan pertama yang disajikan. Rasa dia? Sedap! Spaghettinya empuk dan sosnya juga sangat creamy. Daging pun banyak ditambah pulak dengan beef ham yang dipotong halus ditabur lagi. Pergh!

MIXED GRILL
Ayam dan daging mengapit isi ikan. Its a perfect eat with extra-delicious sauces!
Alright. Makanan seterusnya ialah Mixed Grill. Di atas pinggan saya ni ada ayam, daging dan isi ikan (fish fillet). Sedap betul ni! Tambah-tambah dengan adanya tiga jenis sos iaitu brown sauce, tartar sauce dan black pepper sauce. Tak ada sebab untuk korang takkan menghabiskan sepinggan hidangan yang cukup mengenyangkan ni!

Di bawah daging dan ayam tu pulak ada mashed potato yang banyak, sedap dan tak muak! Melengkapkan lagi hidangan ialah sayuran salad dan kekacang dengan roti. Yummy!

Saya makan dulu ya!
Wuuhuu!
SALMON GRILL
Salmon Grill yang sangat menyelerakan!
Hidangan ketiga saya ialah Salmon Grill. Ikan salmon ni dihidangkan dengan dua jenis sos iaitu tartar sauce dan crab sauce. Macam Mixed Grill tadi, mashed potato pun disediakan jugak dengan sayuran dan kekacang.

Istimewanya hidangan kali ni ialah pada crab sauce dia. Susah nak terang macam mana rasa dia sebenarnya tapi memang sangat kenalah pada ikan salmon ni. Kalau korang nak rasa, ha, singgahlah sini!

CAPPUCINO COFFEE
Nampak sangat mengundangkan? Haha.
Main core Grind Shack ialah kopi. Jadi kalau korang singgah ke sini, tak sah kalau tak rasa sendiri kopi diorang yang sangat sedap ni. Cakap je nak jenis yang macam mana. Hot chocolate, hazelnut, mocha, caramel machiato itu antara yang popular kat sini. Panas atau coklat, korang pilih jelah ikut selera masing-masing.

Minuman pertama saya ialah kopi cappucino. Kopi yang dihidang sangat segar, betul-betul dibrew. Kalau korang mencari rasa kopi yang sebenar, Grind Shack is highly recommended!

LYCHEE RASPBERRY
Lychee raspberry daripada Grind Shack antara favourite saya!
Ha, yang ini sangat unik! Saya belum pernah rasa lagi kat mana-mana tempat tapi yup, sedap gila! Minuman ni korang kena cuba kalau ke sini. Konfem tak rugi weyh!

OREO AND CREAM
Oreo and Cream yang sejuk di luar, berkrim di dalam!
Minuman seterusnya ialah Oreo and Cream. Kena-kenalah dengan cuaca yang panas sekarang atau selamanya. Haha. Kena pulak dengan Oreo yang sentiasa menjadi favourite. Sangat berkrim dan menyegarkan! Nampak dengan taburan Oreo atas tu je pun dah buat kecur liur. Rasa dia? Tak perlu tanya dah kot!

COOKIE BUZZ
Cookie Buzz ni pun langsung tak mengecewakan!
Minuman seterusnya yang saya rasa sendiri ialah Cookie Buzz. Ini antara minuman baru yang diperkenalkan dekat Grind Shack ni. Topping dia sangat mengancam weyh! Taburan biskut Famous Amous dengan krim diikuti dengan lapisan double shot espresso, susu segar dan coklat cair. Wargh!

CARAMEL SUTRA
Inilah dia antara aiskrim paling laris kat sini!

Pergh! Nama je pun dah cukup mengancam! Kalau nak tau, inilah yang menjadi tarikan yang utama kenapa saya nak ke sini. Istimewanya Caramel Sutra ni terletak pada pop corn yang sekeliling aiskrim tu. Pop corn tu nama dia Garrett pop corn, jenis yang sangat rare dan sangat manis. Lagi buat kecur liur ialah cairan caramel. Memang rasa dia heaven gila weyh.

GRIND SHACK COLD PRESSED JUICE
Tiga jenis pilihan untuk pengenalan.
Grind Shack mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan diorang dengan memperkenalkan their very-own Cold Pressed Juice! Waktu saya datang, ia baru tiga hari diperkenalkan. Ia datang dengan tiga produk untuk pengenalan. Buah-buahan yang ditawarkan memang yang segar dan rasa dalam setiap botol produk tu berbeza-beza. Setiap satu ada tiga kandungan buah-buahan campuran.

Saya dah rasa botol yang kiri tu. Ia campuran lobak, oren dah epal. Korang akan rasa ketiga-tiga buah ni dalam satu botol. Kombinasi dia menjadi weyh! Sedap, serius tak tipu! Yang tengah tu campuran epal, mint dan lemon grass. Yang kanan tu pulak campuran epal, nanas dan mint.

Selain makanan dan minuman ni, dessert berupa kek-kek pun ada jugak tau!
Tengok sekilas pun boleh buat bunyi berkeroncong tiba-tiba. Haha.
Di sebalik coffee machine inilah kopi-kopi dan minuman terbaik yang lain disediakan!
Okay. Sekarang jom kita jalan-jalan sekitar kafe yang seakan-akan kafe hipster ni.

Ruang makan dekat sini sangat luas. Almaklumlah, ruangan ini mencantumkan Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack. Ada ruangan siap berpendingan hawa dan kalau mahu rasa sendiri udara segar pun boleh. Malah, dekorasi antara satu ruangan dengan ruangan yang lain pun berbeza. Jadi, bolehlah korang pilih yang mana pilihan hati. Cantik-cantik pulak tu!

Hari tu, saya pilih untuk duduk di ruangan yang terbuka. Walaupun cuaca boleh tahan panas, angin agak kuat jugak. Kipas pun terpasang.
Ruangan pilihan saya. Aura minimalis yang ketara tapi cantik!
Ruangan dalam yang menghadap sungai.
Ruangan ini pulak lebih tonjol nilai elegan minimalis dengan mainan warna hitam putih.
Seperti mana kebanyakan kafe hipster, tak lengkap kalau tak ada port-port yang lawa untuk tangkap gambar. Haha. Di sini pun ada jugak. Dan antara yang menjadi highlight ialah mural burung hantu. Kalau korang pernah ke Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam mesti akan perasan persamaan ketara burung hantu ni kan?

Mana taknya, ia dilukis oleh pelukis sama! Sangat cool!
Mural burung hantu yang sangat ikonik ni menurut Afiq mengambil masa lapan jam je untuk disiapkan! Cantik!
Lukisan yang sangat realistik!
Ikon kebanggaan negara, Super Mokh, Tun M dan P. Ramlee juga diabadikan di kafe ini.
Terus terang, susah nak mencari apa-apa kekurangan pada kafe ni. Tempatnya strategik, mudah diakses, dekorasi cantik dan bersih, makanan sedap dan dihias pada pinggan dengan sangat mengundang dan tampak eksklusif, minuman yang pelbagai dan unik.

Harga makanan pun pada saya sangat berpatutan sebab ia bersesuaian dengan kuantiti atau portion yang korang bayar tu, selain rasa yang pasti akan buat korang berpuas hati. Sebenarnya portion dia banyak tau.

Itu belum dikira dengan layanan staf yang sangat ramah dan sentiasa ada untuk bantu korang. Haha. Kebetulan pulak masa saya tengah datang diorang tengah fefeeling raya untuk photoshoot Aidilfitri diorang. Tak semena-mena saya pun join jugak. Haha. Sporting habis weyh diorang ni!
Kacau jap shooting raya diorang. Haha.
Sebelum balik, saya terima buah tangan istimewa daripada Grind Shack! Grind Kit eksklusif diorang dengan sampul angpau Hari Raya. Katanya ada not merah dalam setiap angpau. Balik nanti check eh. Haha.

Apalagi yang boleh buat saya tak jatuh suka dengan kafe ni! Hahaha.
Terima kasih, Grind Shack!
Saya ada sediakan video review saya untuk kafe ni. Kalau nak tonton, KLIK SINI.

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang kafe ni, rujuk maklumat kat bawah ni.

BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE
8-1, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI

GRIND SHACK
6-1, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka 
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI 

No. Telefon: 013-201 8282

Terima kasih Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack atas pengalaman yang best gila ni. :)

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.