Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Eat.Travel.Doodle 2016

12:09:00 PG Hasif Hamsyari 3 Comments Category :

A wonderful event! Gambar: akugraphy
27 sampai 29 Jun lepas, saya berkesempatan menyertai geng media daripada majalah Gaya Travel dalam satu event yang cukup happening, namanya Eat.Travel.Doodle 2016. Program ini meneruskan kesinambungan Eat.Travel.Write cuma kali ini melibatkan seni lukis doodle yang tentunya menjadikannya unik!

Saya hadir sebagai media blogger saja dan pastinya yang menjadi perhatian ialah lukisan-lukisan para peserta kategori doodlers! Menariknya, bukan dari Malaysia sahaja yang datang, bahkan dari negara-negara ASEAN termasuklah Indonesia, Brunei dan Filipina.

Event ni dianjurkan bersempena dengan Magic of the Night 2016 dan jugak Royal Floria 2016 yang diadakan di Putrajaya. Tapi selain tu, peserta jugak dibawa ke sekitar Kuala Lumpur untuk merasai sendiri pengalaman percutian di KL yang barangkali mesti orang Malaysia macam saya ni akan fikir, "KL je pun." (Isy.. Isy.. Teruknya mereka) Haha.

Well, this event has proved me wrong. In fact, saya dapat banyak pengetahuan tentang KL yang selama ni saya tak tau! Wow!

Jadi apa aktiviti yang kitorang buat?

1. Memijak lantai kaca Skybox @ Skydeck Menara Kuala Lumpur!
Berlatarbelakangkan pemandangan Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas, tarikan terbaru ni antara yang wajib ada dalam bucket list korang mulai hari ni! - Foto: akugraphy
Kalau sesiapa kenal saya, saya jenis sukakan ketinggian. Bukanlah nak mendabik dada tapi kalau naik cable car, titian kanopi Taman Negara atau daki gunung tinggi-tinggi kira sangat teruja. Haha.

Tapi sekarang cerita dia kena berdiri (atau yang extra berani boleh posing-posing, baring-baring sakan dan lompat-lompat) di atas kaca lutsinar yang mana kau boleh nampak daratan bawah kau. Jarak daratan tu dengan tempat kau berdiri (atau baring atau duduk) tu pulak ialah 300 meter!

Kecut perutlah jugak kali pertama memijak. Tipu tak seriau.

Apapun, ini adalah antara tarikan baru yang wajib korang rasa sendiri. Malaysia, now, has its very own skywalk kot! And it is in fact among the highests jugak tau! Sebelum pergi mana-mana, rugi kalau tak pergi ke sini dulu. Jyeahh!

Berapa harga tiket? Untuk warga tempatan, RM75 seorang. Jadi jangan lupa bawak MyKad kalau mahu ke sini!
Hati-hati bila pandang ke bawah!
Nantikan entri khas dengan lagi banyak gambar di Skybox @ Skydeck Menara Kuala Lumpur ni!

2. Menjamu Selera di Restoran Berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur!
Restoran yang sangat unik lagi mengagumkan!
Ini pun pengalaman kali pertama jugak. Dari ketinggian 282 meter, korang boleh menjamu selera korang sambil menikmati pemandangan menakjubkan bandaraya Kuala Lumpur, tak kira siang atau malam. Ia dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam.

Makanan kat sini sangat pelbagai. Sebagai satu tarikan pelancongan yang cukup kritikal di Kuala Lumpur, pastinya kualiti kulinari yang dipersembahkan tidak mengecewakan! 
Antara santapan saya untuk tengah hari tu.
Konsep yang diketengahkan ialah angkasa lepas. Satu cirinya ialah pemandangan menakjubkan Kuala Lumpur, kedua ialah siling restoran daripada fiber optik yang bersinar memberi kesan yang sangat mewah dan mengagumkan.
Enjoying the stunning view.
Sebagai antara restoran paling unik di Malaysia, pastinya diorang tak kalah dalam memberikan kualiti terbaik baik dari segi makanan, layanan mahupun pemandangan!

3. Menikmati Keindahan Bunga di Royal Floria Putrajaya!
Acara tahunan di Putrajaya yang pastikan tak boleh dilepaskan!
Tourism Malaysia sememangnya tepat menganjurkan event yang sangat indah ni sebagai salah satu acara tahunan pelancongan yang utama di Malaysia. Manakan tak, pada edisi kesembilannya kali ini, lagi banyak kelainan dan keunikan yang dibawakan! Pastinya pesta bunga yang menghiasi Presint 4, Putrajaya ni sesuatu yang sukar untuk dilepaskan pelancong dari dalam mahupun luar negara!

Bunga yang menjadi tema pada tahun ini ialah bunga kekwa atau chrysanthemum. Lebih 50 jenis bunga kekwa dipamerkan!

Selain tu, lima taman bunga khas merangkumi Taman Perbadanan Putrajaya (PPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Taman Diraja Johor, Taman Muzikal dan Taman Magika menjadi tarikan yang utama. Paling menjadi perhatian saya sudah tentulah Taman Magika yang diadakan dalam kawasan tertutup dengan bunga dan suasana yang seolah-olah dalam dunia magis persis dalam filem!
Ni antara sedutan dalam video saya. Nantikan suasana dalam Taman Magika di Royal Floria Putrajaya ni!
Yang pasti, pemandangan pada waktu siang dan malam di sekitar kawasan ni jauh berbeza. Saya beruntung sebab dapat merasai kedua-dua suasana siang dan malam. Dan korang pun boleh juga!
Hampir semua sudut dalam taman ni sangat sesuai nak bergambar, tak kira siang atau malam!
Ada 15 lagi taman bunga yang semuanya akan membuatkan korang terkesima dengan kecantikan bunga kat sini. Ia dianjurkan bermula 27 Mei sampai 4 Jun 2016. Kalau korang terlepas edisi kali ni, pastikan jangan terlepas untuk edisi kesepuluh yang saya pasti akan lebih istimewa sempena sedekad penganjurannya!

Cuma kali ni saya agak kecewa sebab sekejap saja saya di sini kerana jadual yang agak padat. Dalam erti kata lain, konfem tahun depan akan datang lagi. Jyeahh!
Acara tahunan yang penuh keindahan di waktu siang dan kemeriahan di waktu malam!
4. Magic of The Night 2016, Acara Paling Dinantikan!
Kemuncak pada Magic of the Night 2016.
Eat.Travel.Doodle ni diadakan sebenarnya bersempena dengan acara inilah!

Dan saya tak boleh nafikan yang saya sebenarnya sudah lama menantikan peluang untuk menyaksikan sendiri keindahan bot-bot atau floatilla-floatilla berhias ni!

Bayangkan, daripada pemandangan Jambatan Putra yang memang sedia indah ni....
Pemandangan malam Jambatan Putra yang memang dah sedia cantik!
... bertukar menjadi semakin cantik seperti ini!
Keindahan yang sangat menarik perhatian!
Ha, itu baru satu floatilla tau. Ada berbelas lagi floatilla mewakili negeri-negeri mahupun jabatan kerajaan yang menyertai Magical of the Night 2016 ni. Sudah pastinya program tahunan ini juga ialah peluang terbaik bagi fotografer yang mahu merakamkan gambar yang cantik-cantik!

Kemuncak pada malamnya sudah pastilah deretan floatilla dipertonton dengan dipayungi pertunjukan bunga api. Sangat awesome!

Baca lebih lanjut dalam entri khas yang telah saya sediakan. KLIK SINI!

5. Mengimbau Sejarah dan Melihat Masa Depan Kuala Lumpur di KL City Gallery
Bergambar depan mercu tanda Kuala Lumpur City Gallery iaitu 'I LOVE KL' yang dibina pada 2012.
Ha, dari sinilah sebenarnya saya dapat mengenali lebih lagi tentang Kuala Lumpur yang sebelum ni memang saya tak tau! Bukanlah saya tak baca sejarah tapi adakalanya bukan semuanya dapat kita fahami dan kenali, semata-mata melalui buku teks sekolah, kan?

KL City Gallery memang tumpuan yang utama untuk para pelancong dari luar negara yang singgah ke Kuala Lumpur sebab kat sini menyediakan banyak informasi untuk pelancong. Tapi itu tak bermakna yang kita berstatus warga tempatan ni tak boleh tengok sama. Ada banyak tarikan dalam KL City Gallery yang korang kena fahami dan rasai sendiri!

Antara yang korang boleh buat kat sini ialah melihat peta gergasi Kuala Lumpur, mempelajari sejarah Kuala Lumpur, melihat pameran bermusim berkaitan Kuala Lumpur, melihat replika Dataran Merdeka dan China Town, menyaksikan sendiri pembuatan replika bangunan dan cenderahati rasmi, membeli-belah barangan rasmi I LOVE KL dan merasai makanan Malaysia yang sedap!
Pameran bermusim waktu saya datang ialah 'Batik Sarong' yang sangat cantik!
Replika bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur yang sangat awesome dekat ARCH Gift Shop.
Bukan setakat melihat, tapi korang pun boleh beli hasil kerja tangan yang sangat rumit dibuat kat sini! - Foto: Iqmal, Gaya Travel
Kafe diorang yang menyediakan makanan tempatan yang sedap. Cubalah nasi lemak dan kek durian dan durian crepe! Yum!

Tapi yang paling menarik perhatian kat sini ialah melihat masa depan Kuala Lumpur melalui replika dalam 'The Spectacular City Model Show'! Korang mesti akan terpegun dengan replika keseluruhan Kuala Lumpur dengan tayangan video serta lampu LED yang mempesonakan!
Kalau korang nak lihat lebih realistik, tonton video pada hujung entri ini. Lagi realistik, pergi sendiri!
Tempat ni memang sangat menjadi tumpuan dengan kira-kira 2 500 pelancong setiap hari. Rugi kalau korang bukan salah seorang daripadanya!

6. Menghayati Kuala Lumpur dalam MUD: Our Story of Kuala Lumpur The Musical
Watak utama dalam teater penuh mesej ini ialah (dari kiri) Meng, Mamat dan Muthiah.
Mungkin sekadar membaca atau mendengar tentang sejarah agak membosankan kita. Tapi apa agaknya yang jadi kalau sejarah itu direalisasikan dalam sebuah pementasan teater muzikal?

Di tangan pelakon-pelakon MUD: Our Story of Kuala Lumpur, korang pasti takkan kecewa punya! 

Saksikanlah sendiri lakonan diorang yangs sangat mantap dan menghiburkan selama sejam! Tambah unik, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur yang berusia 112 tahun ini, penonton sekali dibawa untuk menyertai pementasan ini secara spontan!

Dipentaskan dua kali setiap hari (3PM & 8.30PM), tak hairanlah teater ni jugak mendapat pengiktirafan sebagai pementasan teater paling lama dipentaskan di Malaysia! Mana taknya bekas heronya, pelakon sado, Anding Indrawani dah capai seribu pementasan awal Mei lalu. Sekarang watak utamanya dipegang oleh Hans Shah Redza yang tak kurang hebatnya!

Indeed, this show is a must-watch!
Bersama Mamat dan isterinya. Yang sorang lagi tu, pelukisjiwa, rakan doodler yang awesome! Thanks: AyieJaffar
Pelakon-pelakon sampingan yang sangat menghidupkan pementasan!
Di atas pentas bersama pelukisjiwa.
Tiket berharga RM84.80 tapi kalau ada MyKad, RM53. KLIK SINI untuk ke laman web rasmi diorang.
 
7. Menghargai Alam bersama Fantasy Rainforest Live Performance
Persembahan yang memukau dari akhir sampai tamat!
Diadakan dua kali setiap hari (2PM & 6PM), Persembahana Secara Langsung Bertaraf Antarabangsa Pertama di Malaysia ni adalah pementasan variasi persembahan yang cukup beremosi lagi berwarna-warni.

Antara persembahan termasuklah sketsa, stunt akrobatik, tarian tradisional dan moden, pertunjukan silap mata dan macam-macam lagi. Pujian wajar diberikan atas konsep dewan yang cukup gah serta dekorasi pentas yang menghidupkan cerita. Kesemua persembahan boleh dikatakan mengagumkan!

Apa yang jelas, mesej utama yang disampaikan oleh produksi bernilai RM10 juta ni ialah menghargai alam semula jadi!

Dipentaskan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), harga tiket bermula RM60 (kanak-kanak), RM120 (standard) dan RM200 (VIP).

8. Mengelilingi Kuala Lumpur dengan KL Hop-On Hop-Off
Rakan-rakan media dan doodlers bergambar atas KL Hop-On Hop-Off. Gambar: akugraphy
Kalau korang tertanya-tanya cara yang mudah untuk ke semua tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dengan hanya satu perjalanan, maka cuba naik KL Hop-On Hop-Off. Bas dua tingkat dengan bahagian atas yang terbuka ni menyediakan pengalaman mengelilingi Kuala Lumpur yang pastinya memudahkan korang!

Perjalanan bermula daripada Malaysian Tourism Centre (MATIC) akan bawa korang ke tempat menarik antaranya Menara KL, China Town, Central Market, Little India, Masjid Negara, Muzium Negara, Istana Negara, Taman Burung dan banyak lagi sebelum berakhir ke KLCC. Cycle ni akan bersambung semula ke MATIC.
Beginilah rupa bahagian atas yang terbuka atas KL Hop-On Hop Off ni!
Bergantung pada cuaca, kalau panas memang agak kurang selesa di tempat terbuka. Tapi jangan risau. Pemandangan yang ditawarkan memang luar biasa. Daripada pemandangan pencakar-pencakar langit hinggalah redup hutan, pastinya pengalaman menaiki bas istimewa ni takkan korang lupakan!

Harga tiket bagi pemegang MyKad untuk tempoh 24 jam ialah RM19 je bagi dewasa. Bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan pelajar, cuma RM12.  Untuk 48 jam pulak, dewasa cuma RM32 manakala kanak-kanak, orang kurang upaya dan pelajar RM20.

KLIK SINI untuk ke laman web rasmi diorang.
Haruslah bergambar. Haha. Gambar: akugraphy

KESIMPULAN

It is a really good programme! Fokusnya pada doodle sangat bertepatan dengan seni lukis kreatif yang semakin mendapat perhatian sekarang. Saya sendiri kagum betul dengan lukisan-lukisan para peserta yang terlibat. Cari je #eattraveldoodle dekat Instagram, banyak lukisan doodle hasil program ni boleh korang jumpa!

Antara tempat lain yang kitorang singgah termasuklah Muzium Muzik Malaysia, Central Market, Muzium Tekstil Negara, Bangunan Sultan Abdul Samad dan D'Lala Seafood dekat Kampung Baru.
Terima kasih! Gambar: akugraphy
Saya jugak rasa bertuah sebab menerima hadiah ketiga untuk media yang paling banyak upload di sosial media. Haha.

Lebih daripada tu, saya gembira berkenalan dengan ramai pelukis-pelukis doodle dan rakan-rakan media dari dalam mahupun luar negara. Moga program baik macam ni diteruskan dan buat semua teman, panjang umur kita jumpa lagi!
Bergambar kenangan semua peserta doodle dan media. Gambar: akugraphy
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO TRAVELOG EAT.TRAVEL.DOODLE 2016!
Terima kasih kepada majalah GAYA Travel, Tourism Malaysia, Samurai Wifi, The Regency Hotel, Starbucks Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

RELATED POSTS

3 komen

  1. Isy, isy, teruknya mereka...hahahaha....
    Nice to know you, hasif...
    Salam dari Indonesia... 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Salam mbak winda. Nice to know you too! :D

      Padam

Tinggalkan komen di sini.