Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Indahnya Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka!

12:13:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Masji Selat Melaka, Melaka.
Salah satu lokasi wajib singgah bagi korang yang pertama kali singgah ke Melaka ialah Masjid Selat Melaka yang terletak di atas pulau buatan manusia, Pulau Melaka.

Masjid terapung ini mendapat namanya sempena lokasinya yang menghadap Selat Melaka, selat paling sibuk di dunia. Ia dirasmikan pada 24 November 2006 oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail bersamaan 5 Zulkaedah 1427H.

BACA JUGA: Keunikan Masjid Cina Melaka!

Idea pembinaannya dikatakan bermula daripada lawatan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke Jeddah di mana beliau melihat sebuah masjid terapung. Pengalaman itulah yang diadaptasikan di Pulau Melaka. 
Pulau Melaka nanti akan dinamakan Melaka Gateway dengan pelbagai tarikan pelancongan bakal dibangunkan!
Cerah betul langit hari tu.
Ini antara lokasi 'favourite' pelancong yang datang ke sini untuk bergambar!
Corak yang menghiasi pintu-pintu masjid memberi warna yang cukup mencantikkan masjid.
Peta masjid yang menyambut pengunjung.
Pintu utara masjid yang akan terus membawa korang ke pemandangan Laut Selat Melaka. Awesome!
Pintu barat yang akan membawa korang ke pemandangan mall konsep Timur Tengah tapi macam terbengkalai. Hmm...
Di atas tanah berkeluasan 1.8 hektar ini, Masjid Selat Melaka bukan sahaja berperanan sebagai rumah ibadah umat Islam, bahkan destinasi pelancongan yang cukup terkenal. Bukan hanya dilawati oleh pengunjung lokal, bahkan dari luar negara!

Selain kedudukannya yang dibina di atas dan menghadap Selat Melaka, masjid ini menjadi istimewa kerana reka bentuknya yang moden dengan bercirikan reka bentuk Melayu dan Timur Tengah.

Menikmati pemandangan dari masjid ini pastinya pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Pemandangan laut yang saujana mata memandang dengan sesekali ternampak bot amfibia (ada menggelarnya duck boat) yang lalu lalang, angin yang kuat tetapi mendamaikan melengkapkan ziarah korang ke sini. Airnya mungkin tidak jernih tetapi ia berwarna hijau kebiru-biruan. Sesekali, korang boleh nampak ikan-ikan di bawah masjid terapung ini. Ada antaranya kelihatan macam ikan todak. Kalau bernasib baik, korang boleh nampak kawanan angle fish kat sini.

Terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi untuk memasuki kawasan masjid ini. Antaranya, pengunjung mestilah menutup aurat. Jika tidak, pihak pengurusan masjid menyediakan jubah dan tudung kepala. Ia sebenarnya dikhususkan untuk pengunjung luar yang bukan beragama Islam untuk menziarahi masjid ini.

Selain itu, memandangkan ia dibina di atas laut, maka pihak pengurusan juga melarang pengunjung untuk memancing di kawasan masjid kerana dikhuatiri mengganggu kesucian masjid dan mengelakkan kesesakan, apalagi ia adalah lokasi pelancongan.

Masjid yang dikatakan dibina dengan kos RM10 juta ini sebenarnya lebih mengujakan pada waktu malam. Biasan cahaya lampu di sekeliling masjid nyata menghidupkan masjid ini pada waktu malam.

Selain tu, pada waktu air pasang, korang akan nampak masjid ini macam betul-betul terapung. Serius cantik!

Antara fasiliti lain yang disediakan termasuklah kedai makan dan kedai cenderahati yang terletak di sebelah kiri pintu masuk utama masjid, sebelah dengan tempat mengambil wuduk perempuan.
Di sinilah tempatnya kalau korang nak membeli oleh-oleh untuk dibawak balik.
Okey, sebelum meninggalkan masjid, wajar korang bergambar dan berselfie dulu. Haha.
Macam biasa, selfie is a must!
Jadi, kalau korang ke Melaka, pastikan Masjid Selat Melaka tersenarai dalam bucket list korang. Konfem korang takkan rugi punya! Tiada bayaran dikenakan dan waktu melawat juga sangat fleksibel - bila-bila!

Saya ada sediakan video supaya korang boleh lebih kagum melihat betapa cantiknya Masjid Selat Melaka ni. KLIK SINI!

RELATED POSTS

2 komen

Tinggalkan komen di sini.