Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Reinkarnasi The Beatles di Kuala Lumpur!

9:27:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Baru-baru ini, saya memenuhi undangan menyaksikan persembahan muzikal Let It Be: A Celebration of the Music of The Beatles. Terus terang saya katakan, terpegun betul menyaksikan persembahan ni yang seolah-oleh 'kehidupan semula' empat legenda muzik termasyhur di dunia!
Set pentas yang simple tetap sangat terkesan sesuai dengan genre lagu-lagu yang dipersembahkan.
Untuk Generasi Y semacam saya, agak jarang juga mendengar lagu The Beatles. Apatah lagi, saya bukan membesar dengan lagu yang begitu tetapi tetap saya boleh hadam dengan cukup baik lagu-lagu malar segar The Beatles seperti I Wanna Hold Your Hand, Hey Jude, Here Comes The Sun (terima kasih kepada Yuna yang memperkenalkan saya), Strawberry Fields, Let It Be dan Imagine.

Antara lagu lain yang diperdengarkan termasuklah Twist and Shout, Revolution, Don't Let Me Down, Please Please Me dan banyak lagi. Pada peminat-peminat The Beatles, persembahan ini boleh jadi persembahan yang sangat sentimental kerana ada lagu-lagu ini dipentaskan buat kali pertama - yang tidak pernah dipersembahkan secara langsung oleh kumpulan The Beatles sendiri!

Kepuasan hadirin sangat jelas tergambar bukan sahaja melalui riak wajah yang cukup teruja, bahkan melalui gerak badan yang menari dan bertepuk tangan seiring dengan lagu-lagu The Beatles yang dipersembahkan. Suasana Plenary Hall, KLCC Convention Centre itu cukup meriah!
Antara kostum yang cukup meriah dan menarik! - Gambar: Penganjur
Empat jelmaan The Beatles yang menghangatkan panggung Plenary Hall, KLCC Convention Centre - Gambar: Penganjur
Sesuai dengan taraf persembahan antarabangsa yang telah ditonton oleh 2 juta orang dari seluruh dunia, kualiti produksi wajar dipuji sepenuhnya. Lokasi yang dipilih cukup sesuai. Set pentas yang tidak terlalu sarat tetapi cukup untuk mengembalikan 'rasa' seolah-olah dibawa ke tahun 60-an. Komunikasi penyanyi dan penonton juga menjadikan suasana sangat 'hidup' dan kostum pakaian dan mekap penyanyi juga menyempurnakan imej dan era zaman 60-an. Sangat kreatif lagi berwarna-warni!
Jarang betul dapat berdating dengan kakak saya sorang ni. Haha.
Secara keseluruhan, saya dan kakak saya cukup berpuas hati dengan persembahan selama lebih kurang dua jam ni. Manakan tidak, dengan produksi yang cukup gah diterbangkan khas dari London's West End & Broadway melalui AC Entertainment, bahkan saya mendapat tempat duduk VIP yang sangat strategik - tengah-tengah pentas - letaknya. Petang itu terasa cukup sempurna!

Terima kasih kepada AC Entertainment dan Malaysia Major Events atas tiket dan penganjuran yang sangat cemerlang!

RELATED POSTS

2 komen

Tinggalkan komen di sini.