Sam Tsui & Kurt Hugo Schneider Live in Kuala Lumpur 2016
Siapa yang tak kenal dengan dua penyanyi YouTube 'gergasi', Sam Tsui dan Kurt Hugo Schneider (KHS)! Dengan lebih satu bilion penonton dan hampir 10 juta pengikut di YouTube sekali gus meletakkan diorang ni sebagai antara artis kelahiran YouTube yang paling berpengaruh di dunia!
Siap sangka, dari hanya melalui menyanyikan semula lagu-lagu popular, hari ini dua bintang ini menjadi sebutan di seluruh dunia!
Dan saya berasa cukup bertuah kerana dalam sesi jelajah dunia mereka yang salah satu persinggahannya ialah di Kuala Lumpur, saya terpilih untuk menyaksikan sendiri persembahan yang cukup mengujakan daripada duo yang cukup lincah beraksi.
Bertempat di Avenue K Rooftop, Kuala Lumpur, konsert ini dibawakan oleh Creon Asia dan rakan media yang membawakan saya ke konsert ini ialah iM4U FM.
![]() |
Juanita and Sheikh during the show. |
Grup ni masih terlalu baru jadi pastinya lepas ni ramai akan menantikan perkembangan diorang dan saya salah seorang daripadanya!
![]() |
Tiffany Alvord during the show. |
KHS membuat 'teaser' apabila mengiringi persembahan Tiffany Alvord untuk satu lagu dan selepas itu, barulah pentas mula hangat sepenuhnya!
Sam Tsui, yang paling dinantikan menghangatkan pentas seawal lagu pertama lagi. Dan satu pujian wajar diberikan sebab tenaganya sangat bertahan dari awal sampai habis! Dengan diiringi duonya yang tak asing lagi, KHS, persembahan hampir dua jam ternyata menggamatkan suasana!
![]() |
Sam Tsui sangat lincah seawal persembahan pembukaannya sampai tamat acara! |
![]() |
Antara skill yang dipamerkan, membuktikan betapa unik dan berbakatnya duo ni, bukan semata-mata di dalam video bahkan secara LIVE! |
![]() |
Setiap lagu turut dinyanyikan bersama peminat. |
Antara lagu yang dibawakan termasuklah cover dan mashup lagu-lagu popular seperti When I'm Gone, Send My Love, This is What You Came For, Stressed Out, Love Yourself termasuklah lagu-lagu karya mereka sendiri seperti Secret dan Grey Area. Kalau tanya lagu mereka yang paling mendapat perhatian saya, Perfect Storm! Malah ada lagu yang belum pun diterbitkan di mana-mana dan dipentaskan buat pertama kali di sini!
Dan yang menggamit suasana menjadi agak sayu adalah apabila duo ini membuat tribute istimewa untuk mendiang Christina Grimmie, bintang The Voice yang juga penyanyi YouTube yang meninggal dunia ketika konsertnya bulan lepas. Suasana menjadi sangat sentimental dengan alunan lagu popularnya yang pernah dinyanyikan secara bersama dengan Sam Tsui dan KHS lima tahun lalu, 'Just A Dream'.
Dari pukul 8 malam sampai 11 malam, show ni dikira berjaya untuk Sam Tsui dan KHS. Tapi bagi penganjur, ada kelemahan yang boleh dibaiki. Tu jelah nak cakap. Haha.
![]() |
Hope to see you again someday, Sam Tsui and KHS! |
Sekali lagi, terima kasih iM4U FM dan Creon Asia!
p/s: Gambar dan video mungkin kurang kualiti sebab kamera DSLR dan GoPro tak dibenarkan. Pheww...
2 komen
Ruginya lahaii camera tak dibenarkan :(
BalasPadamApa pun, tetap enjoy the night!
nice video, nanti upload ya yang full version :)
Kann... Betul tu, nasib baik persembahan malam tu memang terbaik! Video cuma di instagram tu je kak. Tak cukup bahan nak letak di channel YouTube. hihi
BalasPadamTinggalkan komen di sini.