5 Lokasi Tarikan Mesti Singgah di Kampung Sijangkang!
Siapa kata tempat menarik cuma ada di kawasan bandar saja? Istimewa dalam entri kali ni, saya nak perkenalkan beberapa tempat menarik yang menjadikan Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor ni antara produk pelancongan yang wajar mendapat lebih perhatian.
Saya singgah ke sini dalam satu acara Eat Travel Write 4.0 anjuran majalah Gaya Travel dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
Selain seni kulinari yang unik dan orangnya yang sangat ramah, rupanya di Kampung Sijangkang pun ada beberapa lokasi yang perlu korang terjah kalau singgah ke sini!
1. Litar Go Kart Kampung Sijangkang
Selain go-kart, kemudahan termasuk fun kart dan pocket bike. Digerakkan oleh MozidRacing, berikut ialah kadar harga kalau korang teringin berlumba kat sini.
Dari usia tua sampai muda, kalau berkongsi minat yang sama, boleh datang ke sini. Macam adik Mohd Jehan Irfan ni ha. 9 tahun bawak pocket bike dengan gaya cukup profesional macam Valentino Rossi! Moga adik ni berjaya membawa minat menjadi kebanggaan negara macam Khairul Idham Pawi!
Kart Rental (seorang)
- Go-Kart : RM35/10 minit
- Pocket bike: RM20 satu hari
- Cub Prix: RM50 satu hari
- Private Cart: RM50 satu hari
2. Shelter dan Cat Hotel
Dengan Dr Taqiyuddin di hadapan Cat Hotel. |
Saya tersentuh jugak tentang cerita seekor anjing jantan bernama Boy yang terbiar dan luka lalu diubati Dr Taq. Anjing itu dibebaskan namun anjing tu jugak enggan meninggalkan Shelter. Pernah ada inisiatif untuk memberi Boy menjadi haiwan belaan orang lain tapi Boy akhirnya pulang juga ke Shelter sekali gus membuatkan Dr Taq kemudian membelanya sampai hari ini. Lebih menyayat hati, Boy tengah menanggung kanser.
Shelter terbina atas dana Dr Taq sendiri dan juga ihsan dan derma orang kampung. Maka kalau korang pun mahu membantu, sangat dialu-alukan. Hubungi Taqwa Animal Shelter, KLIK SINI atau terus hubungi 010-949 2305.
Sementara tu, Cat Hotel pulak adalah hotel kucing yang sangat berguna untuk pembela-pembela kucing yang outstation dan tak sanggup membiarkan kucing ditinggal dengan penuh kasihan kat rumah. Haha.
Kucing yang dijaga kat sini memang diberi layanan kelas baik punya! |
It was nice to know you, Doc! Untuk korang mendekati dan mengenali beliau lebih mendalam, bolehlah follow di Instagramnya, KLIK SINI. Haha.
3. Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang
Di depan pintu masuk kawasan paya bakau Kampung Sijangkang. |
Kenapa?
Taman rekreasi unik ini dibangunkan secara keseluruhannya oleh penduduk kampung ini sendiri - dari tenaga manusia, tabung dana dan kutipan derma orang kampung, semuanya! Atas kesedaran untuk memajukan eko-pelancongan di kampung mereka sekali gus dapat menjana ekonomi bersama, maka terbinalah Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang.
Taman rekreasi ini yang masih dalam fasa pembangunan ini dilengkapi dengan titian kayu sejauh lebih kurang 400 meter (bakal dipanjangkan lagi) dengan beberapa rumah rehat atau wakaf terbina. Ia turut memiliki ban lama yang bakal dibangunkan sebagai salah satu lokasi aktiviti sukan lasak, medan ilmu dan sudut ngobrol, kawasan pembiakan lebah kelulut, bot penambang, surau dan macam-macam lagi. Malah aktiviti dari riadah seisi keluarga sampailah perkhemahan dan kem bina diri pun sesuai juga!
Pintu masuk sebelum memulakan jungle trekking dengan titian kayu. |
Replika pokok sijangkang yang menjadi simbol unik Kampung Sijangkang. |
Tenang dikelilingi pokok-pokok hijau. |
Dengan kawan-kawan media. |
Dengan orang kampung yang banyak menceritakan sejarah kawasan unik ni. |
Antara ruang rehat yang terdapat di sepanjang titian jungle walk ni. |
Untuk menggunakan titian ini, pengunjung cuma dikenakan RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. Sangat murah jika dibandingkan dengan ketenangan dan penghayatan nilai ilmu dan sejarah yang korang boleh dapati di sini! Lagipun, apa salahnya menderma kerana jumlah kutipan itu memang sepenuhnya atas faedah kawasan ini juga.
Untuk penduduk Kampung Sijangkang, betapa bertuahnya anda dan kampung anda!
Ruang rehat yang dilengkapi dengan banner tentang fakta sejarah di kawasan ini. |
Sempat meluangkan masa dengan adik-adik Kampung Sijangkang di ruang rehat atas pokok. |
4. Bangkita Art Studio dan Pantau Iraga Art Space
Pintu masuk ke Bangkita Art Studio dan Pantau Iraga. |
Profesor Awang Damit menunjukkan ruang di mana beliau menghasilkan karya-karyanya. |
Salah seorang wakil media turut diberi peluang diajar membentuk tanah liat menjadi tembikar oleh Muhammad Iqbal, anak Profesor Awang Damit. |
Di Pantau Iraga ialah di mana korang dapat menyaksikan sekali gus menghargai karya seni Professor Awang Damit. Galeri dua tingkat yang agak luas ini dinamakan Pantau Iraga yang barangkali diilhamkan daripada salah satu daripada siri catan Professor Awang Damit selain Essence of Culture, Marista dan Payarama.
Antara ruang pameran yang agak luas dan selesa. |
Di sini juga menjadi pilihan pelajar seni halus untuk menjalankan latihan industri. |
Salah seorang pelajar menunjukkan hasil seni pada kanvasnya. |
Berikut ialah maklumat lokasi ini.
ALAMAT:
Lot 921, Jalan Tanjung,
Sijangkang
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor, Malaysia.
NO TELEFON:
017-394 4327 (Dayang Umi' Atiah)
017-394 4327 (Dayang Umi' Atiah)
017-280 4643 (Muhammad Iqbal)
E-MEL:
bangkitaartstudio@gmail.com
bangkitaartstudio@gmail.com
PAUTAN:
5. Rumah Melayu Tradisional
Dari bahagian tepi rumah ini. |
Justeru, kalau sesekali korang terasa mahu melihat sendiri bagaimana reka bentuk rumah Melayu tradisional, jemputlah berkunjung ke rumah berusia 70 tahun ini.
Beranda yang sangat unik dan cantik! |
Satu pagoda turut menghiasi halaman rumah Melayu ini. |
Dan di rumah ini juga dikatakan memiliki lebih 100 seni ukiran berbeza. Percaya atau tidak, pada zaman dahulu, sesebuah rumah yang banyak ukiran bukan setakat berfungsi sebagai hiasan, bahkan menunjukkan status tuan rumah.
Kerap dijadikan lokasi penggambaran filem, drama dan program televisyen (bahkan waktu saya datang pun ada produksi sedang menjalankan penggambaran jugak), rumah ini wajar dilawati korang yang bertandang ke Kampung Sijangkang ini.
----------------------------------------
Nah, sekarang korang ada sebab untuk mula mencari-cari lokasi kampung yang sebenarnya juga berpotensi sebagai sebuah lokasi pelancongan.
42 komen
thank you! :D
BalasPadamSijangjang. First time dengar ada nama pokok mcm ni. Bestnya kat Selangor dah macam-macam sekarang kan.
BalasPadamsebenarnya dah lama sijangkang ni. cuma kurang dapat publisiti sebagai lokasi pelancongan. hihi. nanti bolehlah singgah ke kampung ni! ;)
PadamMenariknya kat Kampung ni. Macam2 aktiviti ada. Litar Go Kart kat Kampung. Berbangga lah orang kat Kampung Sijangkang. Bole menjana ekonomi.
BalasPadamBetul. Mudah-mudahan lebih ramai pelancong akan datang ke sini. :D
PadamLitar Go Kart Kampung Sijangkang tu menarik minat TB je.. macam nak naik je go kart tu.. hahha..tapi skill takde.. terbalik jugak kang
BalasPadamTak apa kak. Serius cakap, tak silap semua yang main tu pun tak pernah naik sebelum ni. Memang seronok!
PadamBaru 1st time dengar nama kampung ni. Banyak aktiviti boleh buat kat sini ye
BalasPadamHihi.. Memang pun. Menarik sebenarnya!
Padamfuuuhhh kedai lama abam dekat sana dulu la tapi dah tutup. ada juga gambar anas sekali eh? best next kena pergi sini jugak lah
BalasPadamAhaha.. Ya first time jumpa Anas kat sinilah. Hihi.
Padamwa so much fun there! I pun nak join next time
BalasPadamYes, you should! Hehe
PadamGood info.
BalasPadamTak pernah tahu ada lokasi yg menarik macam ni di sijangkang.
Alamat dah ada. No telefon pun ada. Jom la jalan2 ke sijangkang
Kan.. Mudah-mudahan makin ramai singgah ke Sijangkang! :D
PadamDulu selalu buat lawak dengan kawan yang duduk dekat sijangkang ni kate dia hulu. Hahahahah jahat gile. Tak sangka dekat sini banyak tempat menarik yang boleh pergi
BalasPadambetul... makin ramai anak muda Sijangkang berani. Lagipun untuk kemajuan kampung sendiri juga. :D
PadamSelalu gak pergi Si Jangkang beli nasi kukus femes, tak pernah tahu lak ada tempat2 ni semua..tq sharing
BalasPadamHihi.. Lain kali kalau pergi lagi bolehlah singgah ke tempat yang belum pergi! :)
PadamBest juga ni klu buat weekend getaway ke sini. Macam-macam boleh buat. Syioknya main go-cart
BalasPadamHehehe.. Jom!
PadamWeyhhh serious lah Sijangkang ad tempat2 menarik nie. Aku yg duduk Banting nie pon x tahu. Hahahaha. Boleh kot nak terjah nanti. Ya Allah masih lagi dlm keadaan terkedu dgn “berita” ini 😂
BalasPadamAhahaha. Dekat dah tu. Singgah jangan tak singgah!
PadamSaya teringin nak pergi litar go-kart. Terbaik.
BalasPadamSinggahlah! Harganya pun murah dan tak ramai orang sangat. :)
Padamfirst time dengar SiJangKang.. lain kali will go there explore explore. macam closer to nature! haha
BalasPadam4D3N Star Cruise 2017
Hihi.. Iyalah, nama pun kawasan kampung. Lebih segar!
PadamMenariknya semua aktiviti yang ada, I nak naik Go kart macam best, lama tak naik go kart dah :(
BalasPadamHahaha... Ramai betul suka go-kart ya! Mesti cuba. Nanti mesti akan ketagih. Haha
PadamMenariknya! Kat kampung pun boleh dapat buat macam-macam benda yang menarik. Kreatif orang kg ni.
BalasPadamArt studio tu macam best je. Siap boleh hands-on buat tembikar. Nak jugak!
Yup. Nanti cubalah datang ke sini! Memang sangat berpotensi kampung ni sebagai lokasi pelancongan!
PadamFirst time tau psal sijangkang ni...
BalasPadamBoleh la ajk suami cuti2 msia ke sini nnt
Hihi.. Yup! Memang best kalau dengan famili.
PadamBestnya! Tak sangka kat kampung tu ada macam-macam aktiviti. Ruby suka GO CART!
BalasPadamWahh... Extreme juga Kak Ruby ni ya! Samalah! Haha
Padamnak, tanya.. yg rumah tradisional tu, alamat penuh kampung tu ape eh?
BalasPadamAlamak. Dah lama... Saya tak ingat pula.
PadamMasukkan sekal Hasif tempat2 makan popular d sijangkang dan juga homestay dan tempat2 penginapan spt tempat kami iaitu de sabil homestay yg baru d buka pd bulan jun 2018 yg lepas.hubungi pic nixam 0192719195
BalasPadamSIJANGKANG KUALA LANGAT DI SELANGOR. BUKAN KUALA SELANGOR
BalasPadamSemua tempat ni bukak every weekend tak?
BalasPadamBuat pengetahuan semua 95% di sijangkang adalah rumah batu hanya 5% aje rumah papan... anak saya pernah buat kajian ttg kg sijangkang utk kerja kursus sej... sampai cgunya tak percaya betapa majunya kg kita..
BalasPadamBoleh saya dapatkan nombor telefon rumah klasik tu ?
BalasPadamTinggalkan komen di sini.