Selera Pelbagai Rasa di The Square, Novotel Melaka
Kaunter resepsion sebelum masuk ke The Square. |
Sebelum kita tinjau makanan yang ditawarkan, apakata tengok dulu sekitar kawasan restoran yang sangat luas ni.
Dekorasi dan penataan gaya di The Square ni cukup elegan dan tampak eksklusif. Dari hidangan makanan hinggalah ke tempat makan, ruang yang luas diguna dengan cukup bijak dalam memberi keselesaan untuk tetamu-tetamunya.
Salah satu ruang buffet. |
Ruang minuman dengan konsep sebuah warung kedai. |
Salah satu ruang makan dengan penataan warna merah hati yang cukup elegan. |
Lagi ruang makanan dengan warna biru pulak. |
Meja makan eksklusif. |
Ruang makan Al-Fresco untuk korang yang mahu makan malam sambil menikmati angin malam. |
MAKAN MALAM
Soal makan malam di The Square, korang tak perlu risau sebab memang harga buffet yang ditawarkan sangat berpatutan dengan selera tempatan yang cukup menyelerakan dan pelbagai! Set Jonker's Kitchen Buffet pun ada jugak. Jom cuci mata dengan makanan yang ada.
Santapan saya dengan nasi dhal, rendang daging padang, lauk sotong, sup kambing dan buah-buahan dengan air strawberry. |
Nasi dhal! |
Sayur ulam yang jadi hidangan wajib dalam menu tradisi. |
Lagi sayuran segar sebagai ulam. Sedap ni... |
'Lawan' untuk ulam-ulaman sudah semestinya sambal belacan! Tengok betapa beranekanya kat sini! |
Campuran sayuran yang menyelerakan! |
Antara pencuci mulut yang sangat menggiurkan. |
Variasi kuih baba nyonya pun ada jugak. |
Aneka kacang. |
Tauhu sumbat dengan kuah kacang pun antara menu yang patut rasa jugak. |
Aneka hirisan daging halal. |
Jangan terlepas menikmati daging kambing yang disediakan di ruang Al-Fresco! |
Sebagai penggemar daging kambing, saya sangat cadangkan ni untuk korang! |
Stesyen sate dengan pilihan ayam dan daging. |
Wahhh... Aneka aiskrim! |
Cendol pun antara highlight yang mesti cuba! |
Chocolate fountain untuk menyedapkan hidangan buah-buahan segar. |
Tara! Buah-buahan dan marshmallow yang dah dicelup dalam chocolate fountain tadi. |
Jeli strawberi yang sangat mengancam! |
SARAPAN PAGI
Di The Square tersedia aneka makanan sarapan pagi yang biasa dinikmati macam telur separuh masak, sosej, kacang bakar, waffle, pancakes, bubur, bijiran sarapan, yogurt, buah-buahan segar dan banyak lagi. Satu ruang untuk roti bakar dengan pelbagai jenis pilihan jem pun ada jugak.
Air pun banyak pilihan. Dari minuman panas macam teh dan kopi sampailah ke jus epal dan susu soya, korang cuma pilih je ikut perut masing-masing.
Aneka roti yang sangat tempting! |
Roti bakar dengan aneka jem. |
Pai dengan pelbagai pilihan jem. |
Nampak sedap, kan?! |
Nasi lemak dengan daging rendang padang dan air susu soya. |
Kemudian saya makan bijirin sarapan pagi dengan susu segar, buah-buahan segar dan jugak yogurt. Kali ini saya cuba air jus epal. Hidangan pencuci mulut yang cukup menyegarkan untuk memulakan hari!
Sarapan pagi 2. Haha. |
GOURMET BAR
Bar di Gourmet Bar yang sangat classy. |
LAIN KEMUDAHAN MAKANAN
Menu ayam pongteh dengan turut disediakan keropok. |
Melalui panggilan room service, korang boleh jugak pesan makanan untuk terus dihantar ke bilik korang tau! Sebab sebagai sebuah hotel yang cukup menitikberatkan keselesaan tetamu, korang boleh menikmati apa-apa makanan yang disediakan, pada bila-bila masa dan di mana-mana jugak - termasuk di bilik.
Jadi, saya turut ambil kesempatan ni untuk turut menggunakan servis ni. Dengan menu nasi putih dengan ayam pongteh, sangat berselera saya menikmati makanan di bilik saya!
Menu nasi putih dan ayam pongteh yang sedap! |
Kalau singgah ke Melaka, bolehlah mencuba restoran ni!
Alamat:
NOVOTEL MELAKA,
No. 1A, Jalan Melaka Raya 2,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
GPS Coordinate:
N 2° 11' 16.44" E 102° 15' 13.72"
2.187900, 102.253811
Nombor Telefon:
06-289 8222
E-mel:
H8155@accor.com
Website:
Media Sosial:
2 komen
nampak sangat selesa. boleh bawak family try ni :D
BalasPadamboleh2... sangat berbaloi menginap kat hotel ni. ;D
PadamTinggalkan komen di sini.