Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Serlah Daya Yakin dan Lasak dengan Dashing Bold 2.0

5:50:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :


Sebagai blogger kembara dan penulis, saya perlu sentiasa tampil bertenaga dan yakin. Dengan adanya Dashing Bold 2.0 dengan inovasi deodoran tanpa gas pertama seumpamanya di Malaysia, saya tak perlu risau lagi.

Haha. Ayat poyo sangat.

Tapi serius tak tipu, produk terbaru jenama penjagaan lelaki terkenal, Dashing dalam siri Dashing Adventurer 2.0 ni memang tak akan mengecewakan korang. Saya dah mencubanya dan inilah testimoni saya.

Selalu bila travel atau pergi ke mana-mana seminar atau bengkel untuk ceramah penulisan, kalau kena tempat yang bercuaca agak panas dan tiada pendingin hawa, memang satu masalah besar. Kalau dah mula berpeluh, tak banyak, sikit pun mesti akan buat keluar bau kurang menyenangkan. Itu belum kira dengan keadaan tak selesa pada badan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman waktu travel atau memberi ceramah.

Mungkin dah sampai masa untuk saya tak perlu lagi fikir semua masalah tu dengan adanya Dashing Bold 2.0 ni!

Didatangkan dalam tiga jenis produk iaitu semburan deodoran 'NO GAS', Deodorant Roll-On dan  Eau de Toilette (EDT), set Bold 2.0 yang diperbaharui daripada Bold sebelum ini memang banyak beza dia!

Dalam memilih apa-apa produk penjagaan diri, mesti faktor bau ialah faktor kritikal sebelum membeli. Harus saya katakan yang Dashing Bold 2.0 ni memang menepati ciri yang sedap dihadam deria bau. Harumannya ialah bauan akuatik yang segar dan menarik. Bau 'manis-manis gula' dalam bahasa mudahnya. Sangat menepati gaya hidup lelaki moden yang pentingkan gaya dan personaliti tanpa mengenepikan minat pada aktiviti lasak yang sudah sedia sinonim dengan diri.

Apa pulak kelebihan semburan deodoran untuk badan 'NO GAS'? Pertama, pati deodoran yang mampat sehingga boleh digunakan sehingga 2 bulan dengan lebih kurang 750 semburan! Tak perlu risau lagi dengan semburan tradisional yang selalunya boleh tahan setakat 3 minggu. Dan dengan kelebihan ini jugak, bermakna korang boleh berjimat!

Dengan teknologi baharu yang mempercepatkan pengeringan bawah lengan, korang boleh ucapkan selamat tinggal pada rasa melekit dan tak selesa. Ini sekali gus boleh mengelakkan pertumbuhan bakteria dan korang kekal sepanjang hari.

Tak syak lagi, Dashing sememangnya cukup menitikberatkan kepuasan pengguna. Inovasi seumpama inilah antara bukti betapa komitednya diorang ni untuk sentiasa terkehadapan dan memberikan yang terbaik.

Dalam siri Dashing Adventurer 2.0 ni pun ada satu lagi rangakaian jenama iaitu Dashing Edge 2.0.

Berikut ialah senarai harga sebagai rujukan untuk korang.
Produk Dashing Bold 2.0; dari kiri EDT 100ml, deodoran roll-on 40ml dan semburan deodoran 'NO GAS' 150 ml.

  • EDT 100ml - RM34.50 termasuk 6% GST 
  • Deodoran Roll-On 40ml - RM6.50 termasuk 6% GST.
  • Semburan deodoran 'NO GAS' 150ml - RM18.90 termasuk 6% GST.

Sangat berpatutan, kan? Nantikan Dashing Adventurer 2.0 di kedai-kedai berhampiran dan sedialah untuk menikmati sendiri manfaatnya!

Terima kasih, Dashing Malaysia!

RELATED POSTS

2 komen

Tinggalkan komen di sini.