Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Staycation Santai tapi Eksklusif di Novotel Melaka

12:03:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Percutian berkualiti tak semestinya memerlukan korang berjalan jauh. Sebaliknya, kalau korang bijak membuat pilihan, di hotel pun boleh jadi lokasi percutian terbaik untuk menghabiskan masa dengan yang tersayang. Dan hari ini, saya mahu cadangkan kepada korang satu hotel yang serba lengkap dengan apa yang membuatkan percutian bersama keluarga korang menjadi lebih sempurna!

Novotel Melaka!
Pintu utama hotel yang tersergam megah di tengah bandaraya Melaka.
Hotel ni terletak betul-betul di tengah bandaraya Melaka dengan banyak tempat tarikan berdekatan termasuklah Bandar Hilir di mana terdapatnya Christ Church, Istana Kesultanan Melayu Melaka, Stadhuys, Bukit St Paul dan banyak lagi selain pusat membeli-belah yang tak asing lagi di Melaka iaitu Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Masjid Terapung Selat Melaka pun sangat dekat. Memang lokasinya di kawasan tertumpu dan sangat strategik!

Tapi begitu punya banyak tarikan pun, hotel ni pun sebenarnya adalah tarikan pada kelasnya yang tersendiri tau. Jom ikuti pengalaman saya bermalam di hotel empat bintang ni.

KLIK SINI untuk video travelogue saya di Novotel Melaka!

LOBI UTAMA
Tiga kaunter yang sedia menyambut korang.
Sebaik melangkah ke dalam hotel ni, saya disambut dengan satu tiang besar dengan pencahayaan lampunya yang terang. Saya kira, sesiapapun mesti terpegun dengan tiang bercorak pokok-pokok yang tersergam ni. Sangat cantik!

Ruangan kaunter daftar masuk/daftar keluar juga tersusun kemas dengan ruang menunggu dan rehat yang agak banyak dan selesa dengan gaya moden kontemporari yang sangat ketara.

Reka bentuk lobi ini sendiri cukup membangkitkan impresi meyakinkan bahawa penginapan di hotel ini pasti cukup berbaloi lagi sukar dilupakan. Apatah lagi apabila disapa dengan cukup ramah resepsionis yang sangat mengalu-alukan kehadiran dengan senyuman.
Bahagian resepsion dengan gaya sangat elegan.
Berlatarbelakangkan tiang besar dengan motif flora. Awesome, kan?!

EXECUTIVE ROOM
Executive Room di Tingkat 16.
Kalau bercakap soal hotel, sudah semestinya bilik yang ditawarkanlah akan menjadi perhatian. Memang itulah tujuannya memilih hotel pun kan? Di Novotel Melaka ni, ada 351 bilik hotel sedia menjadi tempat untuk korang bermalam dengan selesa dengan empat jenis pilihan iaitu Superior Room, Executive Room, Premier Executive Room dan Suite Room.

Selesai mendaftar, saya terus diberikan kad akses ke bilik saya di Tingkat 16. Jenis bilik saya ialah Executive Room.

Nah, tengoklah sendiri betapa luas dan berstailnya bilik ni! Konsep bilik tidur yang diketengahkan ialah 'Live and Dream' yang mana mendefinisikan keselesaan maksima dan sentuhan penggayaan adalah apa yang membuatkan biliknya tampak lebih moden dan penuh ciri-ciri eksklusif.

Katilnya betul-betul empuk. Dan apa yang membuatkan hotel ini unik, korang juga boleh memilih jenis bantal yang sesuai dengan posisi tidur korang supaya korang dapat rehat berkualiti persis korang berada di rumah sendiri. Antara jenis bantal tu ialah bantal polyester, bantal latex, bantal mikrofiber, dan bantal bulu angsa. Hmm.. Mesti korang tengah 'WOW' sekarang, kan? Hehe.

Selain tu, di kedua-dua belah kanan dan kiri katil, ada meja kecil dengan kemudahan termasuk telefon, jam loceng, nota dan pensil selain terdapat juga lampu kecil untuk pembacaan waktu malam.
Meja kecil di tepi katil dengan telefon, jam loceng, set nota dan pensil serta panduan untuk meminta jenis bantal.
Kemudahan televisyen LED 42 inci dengan Channel ASTRO pun disediakan. Berdepan dengan katil juga, terdapat meja dengan buah-buahan segar sebagai welcoming gift yang sangat mengundang! Selain tu, korang pun tak perlu risau dengan kekurangan plug sebab banyak ruang tersedia dalam bilik ni.
Ruang kerja di mana terdapat televisyen, dengan set PA system dan plug. Turut disediakan buah-buahan.
Terdapat juga satu kerusi panjang untuk korang berehat sambil melontar pandang ke arah pemandangan mengagumkan Laut Selat Melaka dan sebahagian bandaraya Melaka. Bahkan, dari bilik saya ini juga, boleh nampak Masjid Selat Melaka tau!
Cukup tenang bersantai dengan pemandangan Laut Selat Melaka dari bilik tingkat 16 ni.
Melayan perasaan sambil makan buah-buahan yang disediakan.
Antara lain, minibar turut disediakan dengan kemudahan termasuklah cerek air dan mesin pembancuh kopi selain cawan-cawan yang pelbagai dan beberapa uncang teh, kopi dan susu serta gula. Di bawahnya pula ada peti simpanan keselamatan dan juga peti sejuk yang sedia terisi dengan snek dan minuman berjus dan berkarbonat untuk dimakan dan diminum.
Minibar yang sangat lengkap, bahkan dengan mesin pembancuh kopi!
Peti sejuk dengan beberapa snek dan minuman tersedia (bayaran tambahan).
Kabinet pakaian di koridor sebaik melangkah masuk tersedia dengan kemudahan seperti dua pasang bath robe, bantal ekstra, selipar dan set seterika. Di kabinet sebelahnya pun tersedia juga plastik basahan yang mana korang boleh isikan pakaian kotor yang nanti akan diambil untuk dobi waktu room service.
Antara kemudahan yang disediakan di dalam kabinet.
Tandas di bilik ni terpisah dengan ruangan tidur dengan cermin kaca lutsinar. Dalam erti kata lain, korang boleh nampak sesiapa yang tengah mandi dari katil dengan cukup jelas atas sampai bawah. Haha. Tapi tak perlu risau. Kalau kurang selesa, ada tirai yang boleh diturunkan melalui butang yang disediakan. Jadi korang boleh je mandi dengan hak privasi sendiri. Canggih, kan?
Ruang mandi tanpa tirai.
Ruang mandi dengan tirai diturunkan.
Ruangan tandasnya memang agak luas dan besar sebab dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah bahagian mandi. Bahagian kedua ialah bahagian dengan cermin muka dan sinki dengan ada juga disediakan tuala mandi, tuala muka, perkakas mandi dan jagaan diri yang serba lengkap, pengering rambut bahkan ada juga penimbang berat tau! Dan bahagian yang satu lagi ialah tempat membuang air. Dan kalau korang jenis tak suka mandi atau menggunakan air sejuk, kemudahan untuk air panas pun ada.
Beginilah rupa tandas bilik ini yang sangat selesa dan luas.
Perkakas mandian yang serba lengkap daripada Novotel sendiri.
Berdepan dengan muka pintu tandas, ada sebuah cermin besar juga. Memang wajiblah jadi tempat untuk mirror selfie. Haha.
Selfie!
INBALANCE BY NOVOTEL
Inbalance by Novotel.
Hotel terbaik menyediakan ruang untuk pengunjungnya beristirehat tanpa melupakan rutin kesihatan yang biasa dilakukan. Di Novotel Melaka, kemudahan yang ditawarkan memang serba lengkap.
Pastikan anda mendaftar di sini dahulu jika mahu menggunakan kemudahan di Inbalance by Novotel ni!
Salah satu komponen terpenting yang mesti ramai tercari-cari dan terdapat di Inbalace by Novotel ni ialah kolam renang. Ya, kolam renang di sini sangat luas dan cukup selesa. Terdapat dua kolam renang yang dibuat untuk kategori dewasa dan kanak-kanak. Bahkan, tapak permainan turut disediakan. Selain tu, di sini jugak disediakan kerusi rehat yang banyak. Kafe kecil turut tersedia.
Kolam renang yang sangat luas.
Pemandangan kolam renang dari sudut berbeza.
Ruangan kolam renang dan taman permainan yang mesra kanak-kanak.
Ruangan santai dan kerusi rehat yang banyak dan selesa.
Kafe kecil yang tersedia.
Di Inbalance by Novotel jugak terdapat gym dengan kemudahan yang agak lengkap. Dengan pemandangan menghadap kolam renang selain kemudahan lain seperti air minuman, televisyen yang juga tersedia, lakukan rutin kesihatan korang dengan selesa dekat sini!
Kemudahan yang pelbagai dan mesra pengguna.
Antara alatan gym yang turut tersedia.
Ruangan lain di dalam gym yang disediakan.
Selain kemudahan bilik persalinan dan tandas, di sini jugak terdapat sauna tau! Cuma pergi ke hujung tandas baik lelaki mahupun perempuan, ada satu bilik sauna sederhana besar yang cukup selesa sebab memang biasanya jarang ada orang.
Bilik sauna.
WEBCORNER ON MAC
Ruangan 'Webcorner on Mac'.
Antara kemudahan lain di sini ialah 'Webcorner on Mac' yang mana korang boleh menggunakan komputer Mac untuk melayari Internet secara percuma! Ruangannya pula berdiri pada reka bentuk yang sangat moden dan terletak berdekatan pula dengan bilik permainan. Maka, kalau ibu bapa sedang berurusan di kaunter mahupun di komputer, tak perlulah risau sangat di mana anak-anak mereka.
Ruangan 'Webcorner on Mac' yang terletak sangat berdekatan dengan 'Kid's Corner'.
KID'S CORNER
Kid's Corner yang terdapat di lobi hotel.
Sebagai menepati sebuah hotel yang mesra keluarga (family-friendly), tak adil lah kalau ruangan lebih terfokus untuk mak, ayah, kakak atau abang semata-mata, kan? Jadi ruangan Kid's Corner yang baru juga diperkenalkan ni, anak-anak atau adik-adik korang pun taklah rasa terpinggir sangat. Haha.

Bahkan pada yang perasan muda atau jiwa kanak-kanak pun akan sangat selesa berada dalam bilik yang terletak berdekatan lobi utama ni. Apalagi dengan kemudahan yang berbentuk akademik macam buku cerita atau yang canggih macam PlayStation 4! Memang leka kalau sekali bermain.
Selesa bersantai untuk kanak-kanak mahupun satu keluarga.
UNTUK BISNES, KORPORAT DAN ACARA
Melaka Raya Grand Ballroom.

Dengan lokasi yang strategik dan penataan gaya yang serba eksklusif, Novotel Melaka pun sangat sesuai untuk dijadikan tempat menganjurkan program seperti makan malam atau majlis resepsi tertutup, mesyuarat, seminar dan apa-apa yang berkaitan dengan banyak bilik yang ditawarkan mengikut keluasan, kesesuaian dan bajet.
Ruangan legar di luar dewan yang juga nampak sangat eksklusif dan luas.
Malah, korang pun tak perlu bimbang dengan sistem audio yang sememangnya disediakan dengan teknologi canggih, Wi-Fi, skrin LCD dan beberapa lagi kemudahan lain.

Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah Melaka Raya Grand Ballroom, Melaka Raya 1, 2 dan 3, Boardroom, Eureka yang terletak di Tingkat Tiga. Di Tingkat 19 iaitu di rooftop pun ada bilik dinamakan Selat Melaka 1 dan 2.

Saya tak dapat melihat kebanyakan bilik dan dewan sebab ada yang sedang digunakan. Tapi saya sempat jalan-jalan di rooftop hotel ni dan pemandangannya memang sangat awesome
What a cool view! Perasan tak Masjid Selat Melaka hujung belah kanan tu?
Ruangan santai di luar bilik Selat Melaka 1 dan 2.
Kolam air pancut. Waktu malam mesti lagi best ni!
Ruangan rooftop banyak dimanfaatkan dengan penataan gaya menghijau dan menenangkan.

MAKAN?

Ada beberapa pilihan kalau korang nak makan.
The Square, Novotel Melaka.
Pertama, di The Square. Restoran ini memang kuat dengan pengaruh seni bentuk moden dengan banyak ruang dengan pelbagai gaya diketengahkan. Pilih saja ikut availability dan keselesaan. Makanan set buffet jugak sangat pelbagai, baik pada waktu makan pagi, tengah hari mahupun malam. Kalau korang nak baca lanjut tentang review makanan dekat sini, KLIK SINI.

The Gourmet pulak alternatif bagi non-muslim mendapatkan bir atau arak atau juga minuman macam kopi dan sebagainya. Ruangannya cukup santai dengan diiringi persembahan nyanyian pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Gourmet Bar yang sangat classy.
Terasa malas nak turun ke Ground Floor untuk pergi ke mana-mana antara dua restoran tu? Tak perlu risau sebab korang jugak boleh pesan makanan untuk terus sampai ke bilik korang! Menu bergantung pada waktu makan tetapi servis ini diadakan 24 jam tau! Tengok jelah muka gembira saya pada gambar paling atas dalam entri ni. Dengan makanan berlauk ayam pongteh, memang berselera betul lah makan di bilik ni!
Terasa mewah betul!
Jangan lupa untuk manfaatkan mesin pembancuh kopi yang jarang jumpa di hotel lain!
Entri istimewa untuk makan-makan di Novotel Melaka, klik sini.

KEISTIMEWAAN LAIN
Sudut luar Novotel Melaka.
Novotel Melaka sememangnya memiliki kelasnya yang tersendiri dengan kemudahan dan keistimewaannya yang betul-betul mencerminkan tagline hotel ni - it's a lot better at Novotel. 

Harga bilik ditawarkan bermula RM198 untuk satu malam, bergantung pada jenis bilik. Sangat berbaloi sebab banyak kemudahan lebih yang akan korang nikmati kalau menginap di sini. Terlalu banyak sebab untuk korang tak boleh kata tidak pada hotel ni!

Selain 351 bilik yang disediakan, ada dua bilik yang mesra OKU pun diwujudkan. Selain tu, untuk dua kanak-kanak bawah 16 tahun pun tak dikenakan caj untuk bermalam kat sini (tertakluk terma dan syarat). Atau kalau rasa nak bilik kedua yang khas untuk anak-anak, boleh dapat diskaun sampai 50 peratus tau! Masa untuk daftar keluar (check out) pun boleh dipanjangkan dari pukul 12pm sampai ke 5pm (tertakluk pada kekosongan waktu dan bilik)!

Kalau tak terasa mahu solat di bilik, surau juga disediakan di Tingkat 3 tau. 


Rasanya dengan apa yang telah saya kongsikan ni, korang mungkin sudah boleh buat pilihan hotel terbaik kalau datang ke Melaka.

Kalau nak tahu maklumat lanjut, hubungi je maklumat tertera:

Alamat:
NOVOTEL MELAKA,
No. 1A, Jalan Melaka Raya 2,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.

GPS Coordinate:
N 2° 11' 16.44" E 102° 15' 13.72"
2.187900, 102.253811

Nombor Telefon:
06-289 8222

E-mel:
H8155@accor.com

Website:

Media Sosial:

RELATED POSTS

2 komen

  1. salam.awak amek bilik ape ye.brapa harga..tq,

    BalasPadam
  2. Wah....cantiknya...


    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.