Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Camping di Tengah Kuala Lumpur di Container Hotel!

1:11:00 PG Hasif Hamsyari 4 Comments Category : ,

Container Hotel di Jalan Delima, Kuala Lumpur tak lama dulu pernah viral di media sosial kerana memiliki penginapan antara yang unik di Malaysia, iaitu bilik daripada kontena dan pembentung simen. Tapi dengan tarikan terbaru iaitu berkhemah, Container Hotel kini dua kali ganda lebih unik!


Container Hotel mengetengahkan senibina mapan yang mana menggunakan kontena yang diperbaharui dan diberi sentuhan cukup kreatif dan moden. Konsep yang digunapakai iatlah 'Kyosho Jutaku' yang bermaksud kehidupan bergaya dengan mencipta rumah kompak dan menggunakan ruang yang sempit dengan sebaiknya.

Terletak kira-kira 20 minit jalan kaki dari Monorel AirAsia Bukit Bintang, Container Hotel jugak dekat dengan tarikan seperti Pavillion.

Sebelum saya tunjukkan bilik saya, apakata kita lihat dulu ruang-ruang di sekitar hotel ni.

RESEPSI
Kaunter resepsi yang cukup unik!
Jangan sangka yang korang akan disambut dengan ruang resepsi yang luas dan sofistikated di sini. Sebaliknya, korang akan disambut dengan sebuah kereta kebal gergasi!

Nampak, tak, keunikan seawal korang nak check-in lagi. Dengan resepsionis yang sedia membantu dan ramah, mungkin penginapan saya kat sini akan menjadi lebih mudah.

RUANG LOBI
Ruang lobi dengan penataan penuh gaya urban.
Hotel ini pada saya boleh dikira sarat juga dengan gaya hipster. Penataan warna yang banyak bermain dengan warna gelap pun menjadikan hotel ni tampak bergaya dengan kelas tersendiri.

Ruang lobinya selesa dengan banyak ruang menunggu tersedia.
Antara ruang yang terdapat di lobi hotel ini.
Padanan perabot yang dipilih cukup kuat dengan konsep industrial.
Tangga pun tak lepas menjadi tarikan.
Di hujung ruang lobi, berdekatan dengan tangga, ada satu bilik berpendingin hawa yang juga daripada kontena. Bilik ini kira bilik santai untuk pelancong yang datang ke sini. Ada set televisyen, meja tulis, buku-buku novel dan set perabot yang cukup kuat dengan gaya urban kontemporari.
Ruang santai dan sudut sosial.
Di sini jugak tersedia brochur dan pamphlete tentang beberapa lagi cawangan Container Hotel di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak dan beberapa lagi tarikan berdekatan.
Ruang santai yang kemas dan menarik.
Ruang ni boleh memenuhi keperluan korang yang menginap di Concrete Room atau Camp Site yang tak ada televisyen.
Beberapa novel Inggeris juga tersedia sebagai bahan bacaan untuk meringankan minda atau sekadar bermalasan di bilik yang cukup selesa ni.

KAFE CHATIME
Kafe Chatime tersedia seawal pintu masuk ke Container Hotel ni lagi.
Seawal korang melangkah ke hotel ni, korang akan disambut jugak dengan kafe Chatime yang menyediakan variasi minuman terutamanya berasaskan teh.

Di hadapannya jugak ada banyak ruang-ruang rehat.
Ada beberapa ruang rehat dengan kanopi tersedia untuk bersantai sambil menikmati teh.
Okey, sekarang jom kita tinjau bilik saya.

CAMP SITE ROOM
Beginilah rupa ruang di bilik saya!
Mulanya, saya ditawarkan dengan bilik jenis Concrete Room yang saya akan ceritakan sekejap lagi. Tapi, saya pilih untuk menginap di Camp Site Room sebab jenis bilik ini adalah tarikan yang paling baharu kat sini. Ia mula diperkenalkan pada Jun lalu, menurut seorang resepsionis kat sini.

Lagipun, berkhemah di tengah Kuala Lumpur sangat jarang didengar. Atau entah-entah memang belum pernah ada! Jadi, saya fikir mana boleh lepaskan peluang yang sangat rare ni!

Konsep khemahnya sebenarnya bukan berkhemah di atas padang atau setidak-tidaknya tanah. Sebaliknya, konsep khemah di sini adalah berkhemah di dalam kontena. Nama pun Container Hotel, kan?
Katil queen-sized tersedia untuk melepaskan penat berjalan korang.
Pemandangan dari katil, iaitu set kerusi piknik dengan meja berlogo Container Hotel.
Selesa untuk korang bersantai di bilik yang unik ni.
Meja kecil dengan logo Container Hotel.
Antara yang terdapat di dalam meja kecil ini; dua air mineral, sekotak tisu dan dua set berus gigi. Syampu dan sabun badan tersedia di bilik air tau.
Lampu gaslin tapi dengan mentol cukup menambah mood seolah-olah berada dalam perkhemahan yang 'sebenar'.
Selain lampu gaslin tadi, lampu daripada tali tambang ni pun sangat unik!
Pemandangan saya sebelum tidur.
Apa yang pasti, dengan ruang yang cukup minimalis dan simple, 'perkhemahan' ni terasa sangat tenang dan selesa. Tak timbul isu tidur korang terganggu walaupun hakikatnya korang di tengah-tengah Kuala Lumpur, bandar yang tak pernah 'tidur'.
Ambil feeling bangun dari tidur yang cukup lena. Haha.

Bilik bagi jenis ini terletak di tingkat paling atas iaitu di Tingkat 3. Tiada tandas disediakan di setiap bilik sebaliknya ada dua bilik air dikongsi di hujung koridor tingkat ini.
Rupa tandasnya yang lengkap dengan set air panas.
Tandasnya jugak tak ketinggalan diberi sentuhan urban yang cukup menarik.
Harga untuk satu malam untuk jenis Camp Site ni cuma RM165.
Penataan warna yang lembut menjadikan lebih sukar nak bangun. *Abaikan katil yang tak terurus dah dikerjakan saya dan kawan. Haha
CONCRETE ROOM
Inilah panorama yang pernah viral di Malaysia!
Inilah sebenarnya yang menjadi tarikan ultimate bila sebut je Container Hotel. Konsep bilik daripada pembentung simen ni pernah menjadi trend sekejap di Malaysia dan lokasi di Container Hotel Kuala Lumpur ni antara perintis terawal memperkenalkannya di Malaysia. Kira Container Hotel ni antara trendsetterlah!

Bilik ni mungkin agak sempit tapi untuk tidur dan bermalasan, boleh jadi ini bilik yang sangat ideal. Bayangkan jelah bagaimana zaman kecil-kecil dulu korang suka melepak dalam pembentung-pembentung di kebanyakan taman permainan dekat kawasan perumahan korang.

Lagipun, idea yang dicetuskan sekumpulan generasi Y ni menjadikan konsep tidur dalam pembentung simen sesuatu yang memang di luar jangkaan korang. Ruang yang sangat minimal dijadikan bilik yang selesa dan menarik. Siapa yang tak tertarik?

Bilik ni turut dilengkapi dengan pendingin hawa dan katil bersaiz queen untuk dua orang. Walau bagaimanapun, tandasnya dikongsi tau. Bagi korang yang sukakan kelainan dan adventurous serta gemarkan konsep mengembara backpackers, ini mungkin pilihan terbaik.
Rupa bilik sebaik pintu dibuka.
Biarpun ruangnya sempit, susun atur perabot dan penataan gayanya menjadikan pembentung simen ni cukup stailo!
Antara yang disediakan juga termasuklah sekotak tisu, air mineral dan berus gigi. Set mandi seperti tuala juga disediakan manakala syampu rambut dan badan tersedia di bilik air.
Tandas untuk penghuni Concrete Room.
Satu lagi point yang menjadikan bilik jenis ni paling digemari ramai ialah disebabkan harganya yang sangat berpatutan. Cuma RM145 je satu malam!
Untuk korang yang gemarkan penginapan stail backpackers, cubalah di Concrete Room ni untuk pengalaman lebih maksima!

DELUXE ROOM
Bilik ini dilengkapi jugak dengan set televisyen dan pemandangan Concrete Room di bawahnya.
Untuk korang yang mahu jenis bilik agak konvensional sikit, Deluxe Room mungkin pilihan yang terbaik. Konvensional macam mana pun, bilik ini masih didirikan dengan menggunakan kontena. Cuma susun atur perabotnya masih kelihatan macam bilik biasa.

Pemandangannya ialah bilik-bilik Concrete Room. Tapi keselesaan di Deluxe Room didatangkan lengkap dengan set televisyen, bilik mandi, kabinet dengan jam loceng.
Antara kemudahan lain di bilik ini.
Bilik air binaan dalam yang selesa untuk Deluxe Room.
Pemandangan dari luar Deluxe Room.
Harga satu malam untuk bilik ini ialah RM195.

CONTAINER SUITE
Katil saiz double-queen yang selesa!
Hanya ada satu unit je untuk bilik jenis ni. Kira yang paling mewah antara semua. Biasanya bilik ini lebih sesuai untuk percutian berkeluarga. Biliknya lebih luas dan dilengkapi dengan katil saiz double queen, tandas dan kabinet dengan jam loceng.


Di bilik ini jugak terdapat ruang santai untuk menghirup udara luar. Memang eksklusif jugak sebenarnya dengan ada ruang santai kat Tingkat Dua, khas untuk bilik ini je!
Pintu masuk ke tandas yang sangat luas dan kemas.
Beginilah rupa ruang tandas di bilik
Ruang seperti balkoni untuk Container Suite.


Harga satu malam di bilik jenis Container Suite ni ialah RM260.

KEMUDAHAN LAIN
Ada basikal tersedia untuk disewa sebagai alternatif untuk korang bersiar-siar di Kuala Lumpur.
Untuk semua jenis bilik, setiap pelancong akan menikmati kemudahan-kemudahan seperti berikut.
  • Wi-Fi percuma
  • Sewa basikal
  • Kaunter resepsi 24 jam
  • Tuala dan set perkakas mandi
Dengan keunikan sedia ada, ditambah pulak dengan bilik baharu iatu Camp Site, memang sukar sebenarnya mencari hotel lain yang ada lain daripada yang lain sebagaimana Container Hotel miliki.

Kalau korang nak rasai sendiri pengalaman yang sangat rare ni, hubungi diorang dengan maklumat tertera. Saya jamin, penginapan korang di sini pasti suatu pengalaman yang sukar dilupakan.
Pemandangan depan Container Hotel yang penuh unsur industrial dan hijau.
Alamat:
1, Jalan Delima,
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
E-mel:
enquiry@containerhotel.com.my

No. Telefon:
03-21104388

Laman Web:

Media sosial:
Terima kasih, Container Hotel!
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Container Hotel Kuala Lumpur. Terima kasih!

RELATED POSTS

4 komen

  1. Lovely photos!

    True, setuju dengan Hasif. Hotel ni konsep ala-ala hispter (mostly minimalist).
    Nice untuk mereka yang nak stay dekat city.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Thank you! Yup, sesuai untuk mereka yang nak stay dekat city tapi mahu tidur dalam suasana yang tak kurang selesa. :D

      Padam
  2. pergh !!!! best nih.. port baik sangat kalau dah boring dok rumah, nak g dating dengan suami / isteri ke.. hee~

    BalasPadam
  3. menarik. sy baru nak rasa pengalaman menginap di kuala lumpur sebagai 'percutian' akhir tahun. hahaha. adakah dari segi keselamatan okay? bahaya tak?

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.