Eat Travel Write & Doodle Awesome!
Mula-mula Eat Travel Write yang telah pun masuk siri keempat dianjurkan semasa entri ni ditulis. Kemudian Eat Travel Doodle. Dan sekarang, Eat Travel Write & Doodle.
Ha... nampak tak betapa komitednya majalah Gaya Travel mengangkat industri pelancongan negara sekali gus merapatkan ukhwah bukan setakat media tempatan, bahkan antarabangsa! Buktinya, di setiap siri yang disebutkan tadi, penyertaannya turut datang dari Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia!
Kali ini, Eat Travel Write & Doodle yang diadakan pada 24 hingga 26 September 2016 ni dianjurkan bersempena penganjuran acara pelancongan terbesar Malaysia iaitu Citrawarna 2016. Sejujurnya, memang tak boleh sorok rasa bertuah kerana menjadi salah seorang peserta pada program mega kali ni!
Jadi apa aktiviti yang kami lakukan dalam program kali ni? Teruskan baca!
1. Kuala Lumpur Bird Park
Terdapat banyak merak yang berkeliaran bebas di atas tanah, mahupun di atas pokok! |
Persinggahan pertama kami lepas bergerak dari MaTiC ni ialah di KL Bird Park. KL Bird Park atau Taman Burung Kuala Lumpur ni diiktiraf bukan sahaja sebagai taman burung terbesar di Malaysia, bahkan taman burung dengan konsep bebas-terbang terbesar di dunia!
Memang pengalaman cukup rare sebenarnya kalau korang singgah ke sini sebab sebahagian besar burung-burungnya dibiarkan bebas berterbangan dan berkeliaran. Bahkan, tak perlu pelik apabila ada burung setinggi budak empat tahun terutama spesis burung botak upeh yang 'bersiar-siar' di sebelah korang.
Nak je tarik diorang ni lepas tu bro-hug. Haha |
Jangan pelik jugak tengok banyak merak yang cantik berkeliaran! |
Spesis merak betina. Katanya sekarang ni sedang musim mengawan! |
Ada satu kawasan khas untuk burung-burung comel macam ni. |
Sebagai burung nokturnal, nampak jelas jugak muka 'annoyed' burung-burung hantu kat sini bila kena kerumun. |
Memang lain macam aura burung horn-bill lambang kemegahan negeri Sarawak ni. |
Spesis kakak tua yang sangat jinak dan bijak. |
Ni pun comel jugak. Serius, bulu dia lembut betul, kalah baldu! |
Ni sebenarnya kolam flamingo. Tak nampak sebab kat bahagian hujung-hujung tu. Tapi burung botak upeh sibuk kat sini. Haha |
Waktu makan! |
Kawasan 20.9 ekar yang menjadi rumah kepada 3 ribu burung daripada 200 spesis ni memang cukup luas. Kalau betul-betul mahu teroka memang makan paling kurang dua jam rasanya. Selain melihat burung-burung dengan lebih dekat, korang boleh saksikan pertunjukan burung-burung ni membuat tricks, bergambar dengan diorang, melihat kerumunan burung diberi makan dan banyak lagi.
Burung-burung dari spesis yang agresif pula akan ditempatkan dalam sangkar contohnya macam spesis helang.
Sesuailah kalau bawak satu famili beriadah di sini! Kalau nak lari dari hiruk-pikuk bandar pun best. Lagi-lagi mendengar cicip-cicip burung yang boleh jadi terapi terbaik menghilangkan stres!
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana 50480
Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah restoran masakan tempatan, dekorasinya juga dihias dengan cukup unsur keMelayuan. |
Antara ruang makan yang terdapat di sini. |
Ruang alfresco. |
Lagi ruang alfresco. |
Tertarik dengan keunikan lampu dengan motif abstrak ni. |
Saya dan rakan-rakan media lain termasuk media negara ASEAN, teruja bergambar dengan pelakon-pelakon. |
Di sinilah Panggung Bandaraya KL, lambang kemegahan teater muzikal paling lama dipentaskan di Malaysia! |
Rupa bilik saya. |
Ada bath tub! Ruang mandi dipisahkan dengan cermin lutsinar yang boleh terus nampak katil. |
Masjid Jamek antara yang menjadi perhatian. |
Tekun semuanya mendengar penerangan daripada pemandu pelancong, Jane Rai. |
Dataran Medan Pasar yang pernah menjadi pusat bandar dan pasar terbuka di Kuala Lumpur sekitar 1860-an. |
Cempedak yang ranum! |
Mana boleh lepaskan peluang bergambar dengan 'duta' Kuala Lumpur yang serba tahu ni! Jane Rai! |
- Trail 1: Kuala Lumpur Heritage Trail
- Trail 2: Old KL & Nature Walk
- Trail 3: Jalan-Jalan at Kampong Bharu
- Trail 4: Kuala Lumpur Night Walk
Coliseum Cafe masih mengekalkan dekorasi asal sejak dibina pada 1922. |
Sup cendawan sebagai pembuka selera. |
Chicken chop! |
Pai ayam yang cukup rasa. |
Pisang goreng dengan aiskrim, sedap! |
Walaupun terdapat bar, kafe ini hanya menggunakan bahan masakan yang halal dan selamat dikunjungi baik pelancong Muslim mahupun bukan Muslim.
Ruangan bar yang terdapat di sini. |
98-100 & 102
7. Rumah Terbalik Menara KL
KL Upsidedown House ni ialah yang pertama di Kuala Lumpur. |
Tapi sekarang, Kuala Lumpur sendiri dah ada rumah terbalik! Lokasi menarik ni terletak bersebelahan je dengan Menara Kuala Lumpur.
Rumah terbalik ni baru je dibuka 8 Jun lepas. Berbanding di Tamparuli yang tak boleh bergambar di dalamnya, Rumah Terbalik Menara KL pulak korang boleh bergambar dengan sepuas-puasnya!
Dengan rakan blogger dari Filipina, Cai. Seronok betul bergaya sakan di sini! |
Bahagian loteng rumah. |
Bahagian tandas yang agak bikin 'kontroversi' dengan props pakaian dalam. Haha. |
Taman elf yang kecil-kecil je. |
Di salah satu sudut bergambar. |
8. Starbucks Ampang Drive-Thru
Satu lagi cawangan Starbucks Coffee yang cukup selesa dan menarik! |
Apa yang boleh saya katakan, cawangan Starbucks terbaru ni memang sangat luas dan lebih selesa dengan gaya yang sangat santai dan sangatlah Instagrammable. Haha.
Ruangan dalamnya yang cukup luas dengan dekorasi minimal dan susun atur perabot yang vintaj. |
Rak untuk mendapatkan cenderahati untuk dibawa pulang. |
Salah satu ruangan yang terdapat di sini. |
Satu-satunya duta Starbucks Coffee, Ayesha Dahalan membantu kami untuk sesi 'Coffee Journey'. |
Set pertama untuk food pairing iaitu Willow Blend dengan fruitcake, epal hijau, sandwich dan muffin. |
Sesi kedua dengan kopi Sumatra dipadankan dengan kek marble cheese, honey waffle, chicken lemongrass pizza dan pai cendawan. |
9. Jalan-Jalan at Kampong Bharu
Salah satu pemandangan menakjubkan bagaimana sebuah kampung dilatari pemandangan sebuah kota metropolitan termasuk menara berkembar tertinggi dunia, Menara Berkembar Petronas. |
Di laluan (trail) Kampong Bharu ni, kami memulakan perjalanan dari Kelab Sultan Sulaiman sebelum ke beberapa spot iaitu Rumah Tuan Mat (Rumah Melayu Tradisional), Galeri Kelab Sultan Suleiman, Malay Food Street, Masjid Jamek Kampong Bharu, Kedai Herba, Rumah Ibadat Kaum Sikh Gurdwara Tatt Khalsa, pasar petang Jalan Raja Alang dan berakhir di Rumah Limah.
Duit poket, baucer Starbucks dan brochure Kampung Bharu. Let's get our educational tour started! |
Pemandu pelancong kami, Norazleeta yang turut menyelitkan pengetahuan berkaitan budaya masyarakat Melayu, kaum majoriti mendiami Kampung Bharu ni. |
Rumah Master Mat, bekas guru besar sebuah sekolah Inggeris yang kekal bertahan sehinggga sejak 1921. |
Gurdwara Tatt Khalsa yang menjadi rumah ibadah bagi Kaum Sikh yang merupakan kuil kaum Sikh terbesar di Asia Tenggara. |
Masjid Jamek Kampung Bharu yang telah menjadi pusat komuniti lebih 100 tahun, cukup simbolik dengan pengedaran bubur lambuk Kampung Bharu. Bangunannya dipengaruhi seni bentuk Mughal dan Melayu. |
Putu bambu, antara kuih tradisional yang merupakan favourite saya. |
Pelancong jugak akan dibawa melepasi pasar basah dan di gambar atas ni ialah siput sedut. Buat masak lemak sedap nih! |
Melalui laluan ni jugak, pemandu melancong memberikan kami pengetahuan yang cukup padat bukan setakat pada sejarah kawasan-kawasan yang terlibat, bahkan melalui budaya masyarakat di sekitar Kampong Bharu.
10. Citrawarna 2016
Antara persembahan yang cukup memukau! |
Sebagai acara pelancongan terbesar di Malaysia, Citrawarna sememangnya acara tahunan yang sentiasa dinantikan. Di sinilah korang akan menyaksikan satu festival seni dan kebudayaan yang berskala mega di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur!
Memang menjadi impian jugak sebenarnya mahu menyaksikan sendiri kemeriahan Citrawarna 2016. Iyalah, selama ni sekadar menonton di televisyen je kan. Tapi dengan peluang daripada Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazine, dapatlah merasa di kerusi media, sangat dekat dengan pentas VIP.
Tema kali ini ialah Mitos dan Dongeng Rakyat yang mana setiap negeri akan mempamerkan keunikan mereka melalui penceritaan kisah legenda yang menjadi sebutan. Contohnya, Perlis dengan mitos Jentayu, Melaka dengan kisah Hang Tuah, Johor dengan Puteri Gunung Ledang, Sarawak dengan dengan kisah Tugau, Pahang dengan kisah Naga Tasik Chini dan banyak lagi!
Dengan kesan visual, sistem audio, seni lakonan dan tarian serta kostum yang hampir sempurna, memang tak syak yang Citrawarna 2016 memang terbaik. Malah saya sendiri banyak mendengar komen positif daripada kawan-kawan media ASEAN.
Ya, memang Citrawarna 2016 terbaik tapi... (BACA LANJUT TENTANG CITRAWARNA 2016 KAT SINI)
Selain tarian, sketsa ringkas berkaitan mitos dan legenda turut diselitkan. |
Dengan dua puteri dalam mitos Melayu yang cantik... kostum diorang. Haha |
Entri ini terlaksana dengan kerjasama Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan rakan strategiknya, Gaya Travel Magazine. Terima kasih!
0 komen
Tinggalkan komen di sini.