Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kepuasan Maksima di KreAte TakeOut!

1:34:00 PTG Hasif Hamsyari 36 Comments Category : ,

Jarang kita dengar restoran yang menawarkan custom choice untuk makanan berat, maksud saya jenis mi yang kita mahukan, mahu dimasak dengan menu bagaimana, dan daging dan sayuran apa yang kita padankan. Malah kalau pada saya, ini memang pertama kali yang pernah saya cuba!

Dan rasa yang dihasilkan memang melangkaui jangkaan kita. Maksud saya, kalau kita expect sedap, makanan tu akan jadi dua kali ganda lagi sedap. Haaaaa..... Inilah saya maksudkan dengan kepuasan maksima!

Untuk cadangan destinasi makan-makan saya kali ni, saya nak perkenalkan KreaTe TakeOut.


Restoran ni terletak di Aras 1, Pusat Perubatan Prince Court dekat Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar, mungkin lepas ni korang tak payah susah-susah dah mencari lokasi makan-makan yang dijamin sedap dan berbaloi.

Sebelum saya bikin korang kecur liur dengan menu yang saya nikmati, apakata kita tengok dulu reka dalaman restoran yang sangat unik ni.

DEKO
Pintu masuk ke KreAte TakeOut.
Seawal melihat pintu utama restoran ni lagi, seolah-olah memberikan feel yang sangat 'mengundang'. Ada pesona moden kontemporari yang membuatkan sesiapa terpandang mesti akan menoleh dua kali. Mungkin penataan warna gelap sebagai warna utama menampakkan restoran ini cukup elegan dengan kelas tersendiri.
Warna hitam banyak digunakan sebagai warna perabot.
Salah satu ruang makan menghadap pemandangan luar.
Pantri minuman.
Ruang kaunter yang kecil.
Ya, warna hitam selalu terkait dengan elegan, dan dalam psikologi boleh mencipta aura keyakinan (confidence) dan ketegasan (decisiveness) dalam mendapatkan hasil terbaik. Dan saya rasa, memang  tak salah memilih warna yang sangat mengancam ni sebab padanlah dengan hasilnya yang saya dah cuba!

Ehem... sabar ya. Sekejap lagi saya dedahkan tentang makanan antara yang terbaik di sini.

Dekorasi dalamannya kuat dipengaruhi dengan elemen gaya urban, sesuai juga dengan kebanyakan pelanggannya yang terdiri daripada warga kota. Ruangnya agak kecil dan diberi penataan yang agak kompleks tetapi masih menekankan ciri-ciri yang kemas dan menarik.

Pada saya, saya sukakan lampu di restoran ni. Pemiliknya nyata serius memanfaatkan ruang hatta apabila pelanggan mendongak ke atas. Cantik!

Paparan menu makanan dengan desain yang minimalis cukup memadai dengan dekorasi yang sudah sedia kompleks. Nyata dekorasinya secara keseluruhan cukup tersusun dan dirancang dengan bijak.
Lampu jelas memainkan peranan penting dalam menguatkan gaya urban.
Desain papan menu yang ringkas tapi menarik.
Terdapat satu rak untuk pelanggan mendapatkan kopi dan teh.
Penataan gaya tampak simple dan bergaya waima pada bekas yang digunakan.
Okey, sekarang jom kita tengok antara menunya pulak!

WOK IT UP!

Wok It Up! ialah konsep di mana pelanggan 'mencipta' sendiri resipi untuk bahan makanan yang mahu dimakan. Saya difahamkan, Wok It Up dimulakan seawal 11 pagi setiap hari. Cuma ada tiga langkah!

Pertama, pilih base korang.

Kalau korang nak makan mi (kuey teow, mihun atau mi kuning), korang boleh padankan dengan sos basah (sos tiram atau cantonese egg) atau sos kering (Mamak Style, Kreate Soy atau Thai). 

Kalau nak makan nasi, korang boleh pilih sama ada nak Chinese Sauce atau Thai Sauce.

Memahami kehendak pelanggan, korang jugak boleh pilih nak tambah perencah sayur-sayuran macam kubis Cina, daun bawang, tauge dan sebagainya.

Kedua, pilih protein!

Rasa tak lengkap satu-satu hidangan tanpa ada sumber protein. Maka, silakan pilih daripada variasi protein yang disediakan iaitu ayam, daging, sotong, tofu, udang harimau, itik atau salmon.

Ketiga, tambahkan sayuran ekstra.

Kalau korang selesa dengan hidangan lengkap berkhasiat, boleh juga pilih sayuran yang korang mahukan macam kubis Cina, brokoli, snowpeas, babycorn, pak choy atau cendawan shitake.

Dan proses seterusnya, korang cuma tunggu makanan dihidangkan terus ke meja. Ha, gitu!

MI GORENG MAMAK STYLE
Mi goreng mamak style yang cukup mengancam!
Menu yang jarang kita dengar mungkin kita sangka akan tak jauh beza rasanya. Tapi mi goreng mamak di KreAte TakeOut ni memang dikecualikan. Terbaik! Tak hairanlah ini adalah pilihan kebiasaan pelanggan yang singgah ke sini!

Rasa mi gorengnya cukup pekat barangkali kerana pes yang digunakan. Apatah lagi, hidangan saya yang pertama ni turut ada sotong yang menambah selera saya saat suapan pertama!
Protein yang dipilih dalam hidangan ni ialah sotong!

KUEY TEOW KREATE SOY
Kuey teow Kreate Soy dengan udang harimau yang segar!
Ini juga antara yang kerap menjadi pilihan pelanggan di sini. Istimewanya hidangan ni adalah kerana Kreate Soy! Dipadankan dengan udang harimau dan sayuran yang segar, memang hidangan ini layak menjadi kegemaran semua.

CANTONESE EGG KUEY TEOW+MEEHOON 
Terliur melihat kembali menu ni yang dilengkapi juga dengan hirisan bawang goreng, daun bawang dan kubis Cina.
Satu lagi menu Wok It Up! yang saya cuba ialah Cantonese Egg Kuey Teow+Meehoon.

Rasa dia, pergh! Meletup! KreAte TakeOut memang pakar dalam menghidangkan masakan dengan kualiti dan rasa terbaik, baik pada menu yang ini, mahupun yang lain-lain.

Dengan isian daging dan brokoli, kuey teow dengan menu tradisional ni memang cukup rasa. Serius, berselera betul menikmati hidangan ni!
Jemput makan!

ROTI JALA DENGAN KARI AYAM
Hidangan roti jala dengan kari ayam yang pasti menambat selera!
Satu lagi makanan yang korang tak boleh terlepas pandang ialah Roti Jala dengan Kari Ayam. Ha, dengar macam biasa je kan? Sampailah part mencicah roti jala dalam kari ayam dan menyuapkannya ke dalam mulut.

Pergh... syurga dunia!

Yup, kekuatan roti jala kat sini ialah kari ayam. Kata orang, tak lengkap hidangan roti jala tanpa kari ayam sebagaimana tak lengkapnya saya tanpa awak semua. Haaa, kan dan kena pick-up line!

Tapi, serius tak tipu. Kuah kari ayam ni sangat sedap, rasa kari yang pekat dan berlemak! Harus cuba!
Harus cuba!

HALF ROAST CHICKEN
Half Roast Chicken dengan mash dan coleslaw.
Siapa je yang tak suka ayam panggang? Lagi-lagi dapat bahagian paha, kan! Saya turut dapat merasakan ayam panggang di KreAte TakeOut ni dan memang terpuas sudah idam yang dah lama saya tak makan ayam panggang. Haa...

Kalau korang nak makan ayam panggang ni, korang boleh pilih saiz ikut selera korang sama ada quarter, separuh atau seekor ayam terus.

Lepas tu, korang jugak kena pilih nak ayam panggang tu dihidangkan dengan mash dan coleslaw atau pilihan dua salad.
Pilihan salad saya ialah corn black bean dengan brokoli french bean.
Kalau roti jala tak lengkap tanpa kari ayam, dan saya tak lengkap tanpa awak (haha), ayam panggang pulak mestilah tak lengkap tanpa sos dia sendiri, kan? Ada tiga pilihan sos untuk korang pilih iaitu honey lemon mustard, mentega rosemary atau BBQ.

KREATE CHEESE BURGER
KreaAte Cheese Burger dengan padanan ultimate, Root Beer!
Ini jugak antara favourite saya! KreAte Cheese Burger kat sini memang terbaik, sesuai pada harga dan rasa yang diorang tawarkan. Burger ni didatangkan dengan Australian Beef dengan keju Swiss, hirisan bawang, daun salad, tomato dan French fries.

Kalau nak jadikan hidangan burger lebih sempurna, korang boleh jugak tambahkan hirisan daging, telur atau lebih banyak keju!

Mesti cuba!
Muka teruja jugak ni nak rasa Half Roast Chicken dan KreAte Cheese Burger!
ROOT BEER & COCA COLA
Bersedia untuk kenyang!
Alang-alang dan sebut tentang Half Roast Chicken dan KreAte Cheese Burger, padanan minuman yang ultimate semestinya minuman yang bergas macam Root Beer dan Coca Cola. Bukan saja sebab rasanya yang sedap, bahkan faktanya, minuman bergas (soft drink) macam Coke yang selalu terdapat di kebanyakan kedai makanan segera ada faktor yang baik untuk kesihatan tau!

Daripada ambil minuman berjus, air mineral atau diet soft drinks, minuman macam Root Beer dan Coca Cola boleh menjadikan rasa kenyang tu tahan lebih lama selain mengawal tindakbalas badan daripada makan berlebihan. [sumber]

Sebelum ni tak tahu, kan? Now, you know!

JUS EPAL
Jus epal yang segar!
Kalau korang peminat jus, pastikan jangan lupa pesan jus buah-buahan kat sini. Kenapa? Sebab jus yang disediakan adalah perahan jus yang segar tau!

Contohnya, minuman yang saya pilih, jus epal ni ha!

Tak ada masalah kalau nak padankan jus dengan apa jenis hidangan pun sebenarnya, selagi korang boleh menikmati kedua-duanya!

Selain jus epal, di KreAte TakeOut ni jugak ada jus buah oren, lobak atau campuran buah-buahan.

KOPI CAPPUCINO
Secawan kopi cappucino yang lazat!
Ada beberapa kriteria kopi yang sedap pada saya. For example, how well the espresso base and the steamed milk go hand in hand together. Dan kalau cakap kopi yang menarik, automatik akan lihat pulak pada presentation yang paling utama, foam art!

KreAte TakeOut ada jejaka-jejaka barista yang mahir dalam memberikan pengalaman kopi yang bagus untuk korang.

Espresso, double espresso, long black, cafe latte, flat white, dark mocha, you name it. Nak tambah perasa macam roasted hazelnut, french vanilla, salted caramel atau tiramisu pun boleh. Pesan kopi dan nikmatilah!

KOPI DARK MOCHA
Masa untuk secawan dark mocha pulak!
Selain capuccino, saya pun terasa nak minum kopi dark mocha ni jugak! Dan seperti yang saya jangka, rasanya memang tak mengecewakan!
Tertarik dengan bekas yang simple berwarna putih.
DARK CHOCOLATE ICE
Secawan Dark Chocolate Ice yang cukup tempting!
Satu lagi minuman yang saya cuba di sini ialah Dark Chocolate Ice. Untuk korang yang mencari-cari minuman selepas berpanasan untuk cool down kan suhu badan atau 'suhu hati' korang (pun boleh), cubalah minuman sejuk ni!

Sebenarnya, korang pun boleh dapatkan minuman panas jugak cuma saya lebih sukakan rasa coklat yang sejuk yang manisnya tak pernah tak sedap di tekak saya. Haaa....
Bersama Mr. Anand Thiagarajoo, pengurus KreAte TakeOut!
Itulah antara yang sempat saya nikmati di KreAte TakeOut ni. Kenyang memang tak payah cakap lagi dah, tapi yang penting rasa dan kualitinya antara yang terbaik tau! Pada saya, harganya jugak kira berbaloi dan tempatnya pun dikira strategik jugak!

Tak ada sebab untuk saya tak letakkan lima bintang untuk KreAte TakeOut! Dengar khabar, ada perancangan untuk dibuka lebih banyak cawangan selepas ni. Mudahlah nak lebih kerap singgah ke KreAte TakeOut. Woohooo!

Lokasi ni amat saya cadangkan untuk korang makan-makan. Berikut ialah maklumat KreAte TakeOut. Ha, jangan lupa ikuti diorang dekat media sosial!

Alamat:
KreAte TakeOut,
Level 1, Main Atrium,
Prince Court Medical Centre,
39, Jalan Kia Peng,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon:
03-21810240

Waktu Perkhidmatan:
8.30 pagi hingga 10 malam
Setiap Hari

Laman Web:

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada KreAte TakeOut. Terima kasih!
Satu artikel berkenaan KreAte TakeOut tulisan saya turut diterbitkan di Backpackerz Magazine Vol.10.

RELATED POSTS

36 komen

  1. OMG! I kinda love the atmosphere of this café and its look, more like industrial concept. Brilliant!

    Anyway, that mee goreng mamak & half roast chicken look pretty enticing. Would love to try it soon. Thanks for the awesome review and recommendation :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sure! Do come and try it for yourself. I bet you'll have no regret! ;D

      Padam
  2. Walaupun makanannya menarik dan kelihatan lazat, tapi mata Rawlins terarah pada deko dan pilihan warna dia. Sangat menarik dan urban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kedainya sebenarnya taklah besar sangat tapi memang dekonya menarik.

      Padam
  3. sungguh maksimum...banyak betul pilihan , addooiiii ... dah lapar balik dah bila tengok gambar kat sini...huhuhu

    BalasPadam
  4. oh dang... that is just so enticing and tempting.. and to get to be able to choose what you want on your plate... great....

    BalasPadam
  5. i dah makan rasa kenyang pula, tapi dark mocha tu macam syok sambil blogging sambil hirup kopi fuh rasa macam orang kaya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha. Kann... Sekali sekala fefeeling pun best jugak. ;)

      Padam
  6. Oh baru tau ada restoren gaya ini dan letaknya kat Prince Court jd mudah la orang dtg lawat pesakit bole makan situ dan pesakit gak bole makan situ bila dah sihat sikit sbb sekelilingnyq mampu menyegarka. minda pesakit ya tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak. makanan dia pun pada saya memang sedap especially mi goreng. fuhh!

      Padam
  7. Nampak macam portion dia kecik je. Ke bekas tu yang buat protion dia nampak kecik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah. Pada saya banyak juga. Packaging dia je yang unik sikit. Hihi

      Padam
  8. This restaurant is such a perfection. Dia punya decor. Burger dia nampak sedap. Aku pun dah lama tak brunch dengan geng-geng kawan aku. Boleh ajak diorang makan kat sini for our next hang out.

    BalasPadam
  9. wa memang cantik. tapi tak pernah visit Prince Court hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah, Prince Court mostly yang datang ialah pesakit. Haha... Tapi di sinilah letaknya kedai ni. Sedap makanannya. ;)

      Padam
  10. Hasif ni kan...mesti tempat makan dia pi best2..jeles akak tengok..bleh x agaknya x sakit tp selamba pi makan kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Bolehlah kak! Saya pun tak sakit waktu ni. Haha

      Padam
  11. Suka tengok deko kedai ni.. Kemas. Makanannya pula sedap2 belaka

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  12. Ya ampunnnn makan dia nampak sedap sekali... telan air liur tengok satu-satu ok dah lapar pepagi! KreAte TakeOut tunggu kedatangan saya :)

    BalasPadam
  13. Sukanya dekorasi dan hiasan dalaman Kreate Takeout ni, sangat urban dan classy. Pandai betul penggunaan warna hitam ni. Sesuai sangat untuk snap banyak gambar. Makanan pun nampak menarik dan sedap. kalau turun kl Insyaallah lia cuba.

    BalasPadam
  14. nampak urban dekorasi dia.. pastu TB tertarik sebab makan dalam kotak dan simpel sangat.. menu dia pun best-best jugak.. lagi satu nak komen.. haha.. mula2 terbaca tajuk macam KARATE .. rupanya KREATE .. mata tersalah tengok.. kih3

    BalasPadam
  15. Bestlah Hasif..dpt gi tempat makan yg best2 serta lain dr yg lain.
    Tempat makan dia pun unik..makanan dia lagilah buat org kecur air liur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, ada kelapangan sis singgahlah. Menarik tau.

      Padam
  16. Wahh. jarang-jarang orang bukak restoran hispter kat dalam hospital. Lepas ni, sure ramai pesakit order delivery kat sini. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada pun rasanya sekarang kak. Haha. Senang kan?

      Padam
  17. Cantik konsep restaurant ni makanan pun nampak menarik sangat. Boleh cuba nanti!

    BalasPadam
  18. Menggoda betul tengok gambar makanan kat sini. Teringin nak try. Seriously, decoration dan interior design dia lawa. Mesti best lepak santai sini

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.