Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Homestay Awesome di The Face Suites, Kuala Lumpur!

7:36:00 PTG Hasif Hamsyari 22 Comments Category : ,

Atas jemputan rakan blogger, Uncle Zuan, saya dan beberapa orang lagi rakan blogger ke homestay The Clover (dulu dikenali sebagai AmnaHome) yang berada di lokasi cukup strategik lagi mewah, betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi yang saya maksudkan ialah di The Face Suites, Kuala Lumpur.

Lokasinya agak mudah untuk disinggah baik dengan kereta mahupun pengangkutan awam macam monorel. Macam saya yang selalu menggunakan pengangkutan awam, lokasi ni boleh dicapai melalui monorel Bukit Nanas je.
Sudut menunggu di ruang lobi yang cukup eksklusif.
Suka sudut rak buku yang tinggi menjulang ke siling ni!
Apa yang pasti, homestay yang disediakan memang cukup selesa dan mewah. Dari kemudahan asas macam set televisyen, peti ais, pinggan mangkuk dan set kutleri, wifi, water heater, seterika sampailah ke keperluan persis di rumah sendiri macam mesin basuh siap pengering dan microwave.

Dari segi hiasan dalaman, menarik! Sebab penggayaan moden dan simplistik menjadikan ruang rumah tampak cukup luas dan selesa. Pilihan warna setiap perabot pun macam saling melengkapkan antara satu sama lain menjadikan setiap ruang bagai ditata dengan cukup sempurna.
Ruang tamu yang cukup elegan dan simple.
Ruang dapur yang turut bercantum terus dengan mesin basuh baju.
Kamar tidur utama dengan ruang yang cukup selesa dengan padanan cadar merah hati yang empuk.
Pemandangan dari katil terus ke ruang tamu tapi boleh ditutup dengan pintu sliding.
Pemandangan tepi yang dihidangkan terus ke panorama bandaraya Kuala Lumpur.
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari bilik tidur saya.
Rak pakaian yang dikhaskan sekali dengan sudut persalinan ke tandas.
Ruang tandas yang cukup luas dan selesa.
Satu lagi ruang bilik yang tak kurang selesa.
Tak terhad dengan kemudahan di dalam rumah, korang yang menginap di The Face Suites ini jugak akan mendapat akses ke kolam infiniti yang disenaraikan sebagai salah satu yang terbaik di Malaysia! Lokasi kolam infiniti ini terletak di Tingkat 51 yang mana di sini jugak terdapat skydeck.

Apa yang membuatkan kolam infiniti di sini sebagai salah satu yang tercantik di Malaysia ialah disebabkan pemandangannya yang memang tahap dewa punya mahal. Manakan tidak, sambil korang berenang-renang, korang akan disajikan dengan pemandangan bangunan ikonik KLCC dan Menara Kuala Lumpur di kiri dan kanan korang!
Inilah dia infiniti pool antara yang terbaik di Malaysia!
Saiz kolamnya cukup luas dan selesa, dikhaskan untuk penginap di The Face Suites sahaja.
Pemandangan dari kolam. Memang reka bentuknya cukup sofistikated dengan gaya moden.
Pemandangan dari sudut tepi. Ruang kolam kanak-kanak pun tersedia.
Pemandangan di sebelah lagi bahagian skydeck.
Dengan harga RM220 untuk satu malam, harganya bagaimanapun berubah ikut jenis homestay yang dimahukan. Apapun, saya boleh katakan yang harganya memang cukup berpatutan memandangkan
  • Tempatnya yang strategik
  • Keselamatan sekuriti yang terjamin
  • Ruang rumah yang cukup moden
  • Kemudahan dalam rumah yang serba lengkap
  • Kemudahan akses infiniti pool yang diiktiraf antara terbaik di Malaysia
  • The Face Suites sendiri sebenarnya residen yang mewah
  • Ruang parkir kenderaan yang luas dan selamat
Nah, kalau korang tercari-cari penginapan famili yang ideal, rasanya tak syak lagi - The Clover di The Face Suites, Kuala Lumpur ini pastinya pilihan yang terbaik!

Berikut ialah maklumat lanjut kalau korang berminat mahu menginap di sini.

THE CLOVER @ THE FACE SUITES KUALA LUMPUR
Laman Web: KLIK SINI

Untuk tempahan, hubungi: +61 402 966 473 (Farah)
E-mel: reservation@theclover-ah.com

Selain di Kuala Lumpur, The Clover juga menyediakan homestay di
  • Amsterdam
  • London
  • Melbourne
  • Perth
  • Auckland

RELATED POSTS

22 komen

  1. Wah. Nie boleh dipertimbangkan untuk percutian dengan famili kelak nie. Thanks for the sharing and awesome pics.

    BalasPadam
  2. Amna Home KL ni ada swimming pool juga ker hehehe best lah nanti boleh bawa family untuk duduk sini kalau mereka datang kal kan Rawlins.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, infinity pool dia memang terbaik! Pemandangan memang cukup cantik!

      Padam
  3. View KL tower ke tu? Wa cantik gila. Kena masukkan dalam list cuti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. KL Tower dan KLCC Twin Tower memang boleh nampak dari pool dia. Awesome!

      Padam
  4. Bestnya...nice giler kot.. everything is perfect..siap ada infinity pool lagi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi... memang best. sesuai untuk gathering kawan dan famili time jugak!

      Padam
  5. Bestnya homestay ini pasti menjadi pilihan untuk menginap selepas ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cubalah... Berbaloi. Harganya kira murah juga.

      Padam
  6. Balasan
    1. Ada... Ada blogger juga dah cover lokasi di sana. Nampak menarik juga!

      Padam
  7. bestnya. Lagi-lagi kolam nampak view KL tu. superb !

    BalasPadam
  8. Okay... Infiniti pool dia yang paling menang. Cantik sangat view dia...

    BalasPadam
  9. Menarik sangat nih. Tak payah pergi jauh2. Dalam KL pon boleh bercuti kan.

    BalasPadam
  10. Best nyer! the suite is so big and well equipped. I like the white and minimalist decor also.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.