Makanan Western Halal di Floyds Kitchen!
Kalau korang tercari-cari lokasi makanan Barat yang halal di Melaka, mungkin boleh fikirkan untuk singgah ke Floyds Kitchen. Lokasi ni terletak di Taman 1-Lagenda, di tengah bandar Melaka. Lokasinya cukup mudah diakses.
Saya sempat berborak dengan salah seorang pemilik kafe yang sangat cool ni. Kak Izi namanya. Menurut Kak Izi, kafe ni diusahakan dengan suami dan seorang lagi partner. Dalam menjelaskan konsep kafe ni, saya jadi teruja sebab inilah kali pertama saya masuk ke kafe dengan bertemakan kumpulan band.
Seperti namanya, kafe ni adalah diinspirasikan daripada kumpulan legenda muzik London, Pink Floyd yang popular dengan lagu-lagu seperti Wish You Were Here, Comfortably Numb, Shine On You Crazy Diamond, Time dan Echoes. Mengimbas kembali sejarah kumpulan muzik ni, memang tak boleh dinafikan dan tak hairanlah satu penghormatan seperti diabadikan sebagai nama sebuah kafe bukan setakat layak untuk mereka, bahkan peminat mereka jugak!
Berbalik kepada cerita kafe ini, konsepnya kalau dilihat tak terlalu hipster tapi masih mengekalkan ciri-ciri tu. Apalagi dengan tata rias ruang yang cukup minimalis dan dekorasi serta hiasan dinding yang pasti sukar dilepaskan bagi para Instagrammers untuk bergambar.
Welcome drink sebagai meraikan korang yang datang ke kafe ni. |
Bahagian kaunter ada juga disediakan pencuci mulut. |
Salah satu ruang santai yang tampak sangat hipster. |
Lagi ruang makan berdepan dengan kaunter. |
Susun atur dan pilihan perabot juga memainkan peranan penting mewujudkan mood santai. |
Antara ruang yang sarat tema Pink Floyd dengan logo dua tukul. |
Lagi ruang yang terdapat di kafe ini. |
Makanya, bagi peminat Pink Floyd, kafe ni mesti akan jadi kafe favourite korang. Sambil makan, dapat korang lebih menghayati dan menghargai muzik 'emas' diorang.
Aktif dengan banyak acara muda-mudi, selain ada live band setiap Sabtu malam, kafe ni pun menjadi pilihan keluarga untuk datang dan adakan bonding time bersama-sama tau!
Masanya untuk tengok menu pilihan saya pulak.
Cheezy Nachos
Cheezy Nachos yang sangat popular di kafe ni! |
Ia datang dengan kerepek tortilla yang rangup, semestinya, dan keju yang menggoda, selain toppings termasuk kacang yang melengkapkan hidangan snek ini.
Rasanya memang saling melengkapi menjadikan hidangan ni pun sesuai je nak bawak balik dan menjadi pengganti pop corn sambil melayan midnight movies. Ha, gitu!
Tapi, serius cakap, kalau korang datang ke sini, wajib cuba dulu Cheezy Nachos diorang. Terbaik!
Menu wajib cuba kalau singgah ke sini. |
Spaghetti Meatball Bolognese yang sangat menggiurkan! |
Seperti namanya, hidangan spaghetti dengan bebola daging ni memang cukup sedap lagi-lagi dengan spaghetti yang memang empuk. Makan pun terasa sedap-sedap dikunyah. Soal sos bolognese yang memang hidangan wajib, memang tak perlu dipersoalkan. Sedap!
Barangkali di tangan chef Floyds Kitchen sendiri yang sememangnya diiktiraf seni kulinarinya dengan selera ala hotel, pastinya selera spaghetti ini pun terasa high class!
Tak hairanlah ini antara best-seller dekat sini! |
Chicken Grilled yang cukup menarik presentation dia. |
Paranoid Eyes
Minuman ini sebenarnya ialah Soda Herbs. |
See Saw
Minuman strawberry lemonade yang tak kurang keenakannya! |
Itulah antara menu yang sempat saya rasa di kafe ni. Tapi, memahami selera pelanggan kadang-kadang berbeza, menu tempatan pun ada tau.
Menu yang saya cuba untuk tengah hari itu. |
Haruslah bergambar kat sudut yang menarik ni! (Baju daripada Arteestique) |
Kenyang... (Baju daripada Arteestique) |
Memandangkan diorang ni aktif anjurkan aktiviti di kafe ni, korang kena selalu tengok updates diorang. Jadi, silalah follow diorang di media sosial!
Berikut ialah maklumat kafe ni:
FLOYDS KITCHEN,
No. 5, Jalan Lagenda 3,
Taman 1-Lagenda,
75400 Melaka.
Waktu Perkhidmatan:
Selasa hingga Ahad
12.30 tengah hari - 11 malam
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI
Tonton video ini untuk video review Floyds Kitchen!
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Floyds Kitchen. Terima kasih!
37 komen
harap ada satu cawangan di seremban
BalasPadamhaha. nanti balik kampung kat Melaka singgahlah. ;D
Padamwah.. sedapnya!!
BalasPadamyup, sedap!
PadamWahh menarik betul tema cafe ni..lain dr yg lain. Harap makanan dia pun sedap..boleh lah nanti singgah kalau ke sana
BalasPadamYa, di Melaka memang banyak kafe begini. Cukup unik dan makanan pun boleh tahan sedap. :)
PadamWah boleh singgah bila ke melaka nanti. Bosan dah makan kedai yang sama je. Hiasan kedai nampak kemas dan simple tp menarik. Selesa nak makan2 dan lepak dkt situ. Makanan pun semua nampak sedap especially cheezy nachos dan grilled chic tu.
BalasPadamcheezy nachos tu memang signature kat sini! pastikan cuba kalau ke sini tau. ;)
Padamawesome pose dik hahaa. tak sempat tengok makanan, tertengok adik pose hahaa
BalasPadamAhahaha. Janganlah macam tu. Segan kita.
PadamSaya suka design kedai yang macam ni. Simple tapi sedap mata memandang. Kemas pulak tu. And the food. Nampak memang sedap
BalasPadamYa, kalau ke Melaka pastikan singgah ke sini ya. Pada saya memang sedap makanannya.
Padamcheezy nachos nye kanapa nampak enak sangat ! :) ni rasa nak pergi makan cizi wegez kfc haha
BalasPadamAhahaha pun boleh.. Kalau ke Melaka rasalah yang original kat sini. 😉
PadamWaaa.. menunggu cawangan di Kuantan. Nanti kalau turun Melaka boleh try ni
BalasPadamAhaha. Tak taulah bila pula akan ke Kuantan! Ya, kalau kelapangan singgahlah. 😁
Padamwah hipster btoi restoran ni. i like i like. makanan pon nampak sedap
BalasPadamKannn.. Nanti cubalah sendiri. InsyaAllah berbaloi!
PadamSuka betul makanan yang ada cheese ni. Cafe ni menarik ada konsep tersendiri. Pilihan menu makanan dan minuman juga penting. Pelanggan tak akan rasa bosan. Menarik & kena cuba!
BalasPadamExactly! Berbaloi!
PadamBanyak kedai western yg lebih kurang sama konsepnya. Yang penting menu tu kena sedap dan ada kelainan. Jika ke sana pasti akan cuba seleksi menu yang menarik tu!
BalasPadamYa, konsepnya pun lain dari yang lain. Cubalah. InsyaAllah berkenan di hati. 😁
PadamSal orang Melaka pun tak pernah dengar lagi Floyds Kitchen ... nampak simple dan santai ... makanan pun nampak sedap sedap tu...waduhhh lapar terus
BalasPadamAhahaha. Saya bila bukak semula entri ni pun rasa lapar juga. 😂
PadamHmmmm, mereka boleh gunakan pinggan yang lebih lawa. Hehe. Saya pasti grilled chicken itu sedap, tapi ia tak menggamit selera. Pinggan memainkan peranan penting. Tapi minumannya, aku nak cuba. Segar.
BalasPadamKalaulah mereka bukak kat Jonker Street, mesti best.
Jonker Street terlalu padat dah sekarang. Banyak sangat kafe. Ahaha. Soal pinggan tu.. Boleh jadi juga. Kalau ke sini, wajib cuba cheezy nachos jugak tau!
PadamNachos!!!!alahai..meltingnya..knp xde cawangan kat seremban...kan best kalau ada...semua makanan pun nampak menarik...
BalasPadamAlamak jauh jugak. Haha. Ikut pemiliknya sis. Apapun, kalau ke Melaka jangan lupa singgah! 😉
PadamCheezy Nachos tu telah menangkap pandangan TB .. dah tak boelh ank tengok yang lain.. haha.. O.. kat melaka ye.. kat KL takde ke?
BalasPadamTak ada kat, setakat yang saya tahu. Takpe..kalau ke Melaka jangan lupa pula singgah!
PadamCafe cantik & makanan pun nampak menyelerakan. Fuh tetiba perut rasa lapar
BalasPadamAhaha. Nanti boleh cuba sendiri. 😂
PadamYa ampunnnn makanannya tersusun rapi tinggal masuk kedalam perut sahaja. tak sangka ada byk pilihan...Cheezy Nachos tu nampak sangat menarik boleh try nanti
BalasPadamAllahu ujian betul tengok gambar makanan malam2 ni. Nak cuba lah nanti! Nampak sedap betul dengan konsep macam ni hee
BalasPadamcantik kafe ni. pasti selesa menjamu selera di sini. makanannya pun sedap-sedap semuanya.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Cheesy nachos memang pasti akan menjadi my selection! It reminds me a lot of taco fries in Dublin back in the day but just, it's not fries...
BalasPadamhttp://panphila.blogspot.my
Their Cheezy Nachos memang very addictive.
BalasPadamTinggalkan komen di sini.