HASIF HADIR 2016: SMK Ghafar Baba
Wow! 1 Ogos 2016 pastinya tarikh yang saya tak akan lupakan sebab tarikh inilah bermulanya jelajah saya ke sekolah-sekolah dalam sebuah program yang sepenuhnya diusahakan saya dan krew saya. Tapi lebih menjadikan tarikh ini sangat bermakna adalah disebabkan sambutan yang di luar dugaan di SMK Ghafar Baba, persinggahan saya yang pertama!
KLIK SINI untuk tonton
Hasif Hadir 2016: Diari Jelajah.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berucap sekali gus merasmikan Program Bulan Membaca dan Ceria Merdeka 2016 sekolah ini. Ada lebih kurang 1200 orang pelajar terlibat. Kuiz dengan hadiah novel daripada saya juga turut diadakan. Terima kasih kepada Puan Pengetua, Cikgu Rosni Leman yang cukup memberikan sokongan dan Cikgu Haliza yang banyak membantu kelancaran program.
Pada sesi berlainan, saya turut mengadakan bengkel penulisan dengan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang antara lain saya kongsikan pengalaman sebagai novelis muda serta tips-tips penulisan. Dalam sesi soal jawab pula, selain soalan berkaitan penulisan, soalan peribadi pun saya diserang jugak. Haha.
Sedikit sebanyak, saya harap saya dapat memberi inspirasi dan moga-moga adalah bakal penulis yang akan lahir melalui program ini.
Lebih banyak gambar di Facebook! KLIK SINI (link belum tersedia)!
Terima kasih atas peluang yang diberikan dan moga kita jumpa lagi, SMK Ghafar Baba!
0 komen
Tinggalkan komen di sini.