Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Lepak Sempoi di Toran Coffee

6:05:00 PTG Hasif Hamsyari 42 Comments Category : , ,

Dekat Shah Alam ada banyak kafe-kafe hipster tapi bukan semuanya menghidangkan menu yang sedap-sedap. Dan disebabkan dah banyak, nak cari yang unik pun bukan senang. Kali ni, saya dan kawan saya, Hawa Rizwana nak cadangkan satu kafe di Seksyen 13, Shah Alam. Toran Coffee.

Kafe yang mula beroperasi sejak 2014 ni dah kerap keluar media, baik media cetak mahupun media elektronik. Jadi tak perlu dipertikaikan lagi kualiti pada sebuah kafe yang cukup sempoi ni!


Menekankan konsep garaj, kafe ni menjadi pilihan kebanyakan muda-mudi sebab suasana yang cukup hipster dan santai. Sangat sesuai kalau ajak member-member ke sini untuk berborak-borak. Ruang makannya pun boleh tahan banyak dan selesa. Bahkan ada dua pilihan untuk korang makan di bahagian dalam yang berpenghawa dingin atau di bahagian luar yang lebih terbuka.
Ruang al fresco yang terbuka.
Salah satu tujuan ruang al fresco ni diwujudkan ialah untuk korang yang merokok atau mahu sisha.
Memang banyak meja makan disediakan jadi korang tak perlu risau, melainkan waktu hujung minggu. Sebab lokasi ni popular tau! Haha.
Ruang kaunter.
Ruang makan di bahagian dalam yang berpendingin hawa.
Salah satu sudut santai. Pada hari tertentu, kat sini ada persembahan gigs.
Gitar yang menjadi hiasan.
Antara koleksi yang menghias dinding sekitar Toran Coffee.
Okey, korang dah tengok sekitar kawasan di kafe ni. Jadi apa menu yang best kat sini?

ROOKIE BURGER
Tengoklah kejunya yang menggiurkan tu!
Salah satu menu yang menjadi kegemaran kat sini ialah Rookie Burger. Apa yang menarik tentang burger ni? Ha, dalam ramuan burger ni ada 3 jenis cheese tau dengan satu patty yang pasti buat korang teruja.


BIG PLATTER

Meriah, kan? Meraikan kepelbagaian sangat. Haha.
Tengoklah saiz hidangan dia! Pergh, besar! Kalau pesan makanan ni boleh kongsi dah. Dalam ni terangkum semua seafood dan daging yang mesti akan buat korang rambang mata nak mulakan dengan yang mana dulu. Macam saya. Haha.
Mesti korang puas hati punyalah dengan hidangan gini punya banyak!

PASTA CREAMY THAI GREEN CURRY
Pasta Creamy Thai Green Curry yang cukup menggoda. Walla!
Yang bestnya tentang menu ni pulak ialah walaupun ia creamy, tapi sebenarnya tak terlalu creamy tau. Maksud saya, kalau terlalu creamy, menu ni jadi somewhat kurang sedap. Tapi di tangan Toran Coffee ni, rasa dia just nice. Sedap!

Selain tu, pasta dia pun dimasak empuk. Tak keras dan tak terlalu lembut. Dengan kuah macam tu, memang berselera betul lah makan menu ni!
Memandangkan menu Western ialah highlight dekat sini, jadi kenalah rasa pasta ni!

MOCHA NUTELLA
Mocha Nutella dengan latte art yang tak kurang menawan!
Siapa je yang tak sukakan Nutella! Ha, sekarang bayangkan nutella dengan mocha pulak. Meletup weyh! Memang rasa diorang sangat kena. Kalau korang suka rasa manis-manis tu, bolehlah cuba mocha nutella. Mocha tu sendiri dah merupakan padanan rasa coklat dan kopi, tambah nutella, memang berganda rasa coklatnya. Sebagai penggemar coklat, saya suka minuman ni!

TORAN MILK TEA
Sedap betul Toran Milk Tea!
Selain hidangan kopi yang menjadi kemahiran barista-barista dekat sini, menu teh pun ada jugak. Cubalah Toran Milk Tea diorang ni. Ada rasa teh yang pekat dengan susu manis yang cukup sedap.

Menariknya, dekat atas dihiaskan dengan krim dengan karamel yang mesti menambah rasa luar biasa untuk secawan teh susu. Fuh!
Antara menu minuman yang harus cuba!

FRAPPE COCOA CONSCIOUS
Memang menggiurkan betul hidangan segelas frappe!
Secawan frappe mesti membuatkan hari korang rasa segar.
Signature yang laku keras dekat sini mestilah Frappe diorang. Serius cakap, selain dia punya presentation yang memang cun menggoda, pilihan dia pun pelbagai weyh. Macam di meja saya ni, saya cuba Frappe berasaskan rasa coklat koko dinamakan Cocoa Conscious. Rugi kalau korang tak cuba menu ni kalau ke Toran Coffee!

Melengkapkan segelas frappe ni ialah bar coklat dengan biskut Oreo, krim dan beberapa biji marshmallow.

Ha, terngiur ke tidak tengok gambar-gambar ni? Jadi nanti bolehlah pakat dengan member-member korang untuk singgah sini. Memang tak rugi!
Alamat:
TORAN COFFEE
No 38, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13
Shah Alam 40100
Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon:
03 - 5524 7524

Waktu Perkhidmatan:
Sabtu hingga Khamis: 12.30pm - 11.30pm
Jumaat: 3.30pm - 11.30pm

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Toran Coffee. Terima kasih!

RELATED POSTS

42 komen

  1. Instagrammablenya tempat. Kalau pergi ni confirm banyak gambar ambil. Anyway, makanan pun tempting la semua. Adoi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Yup. Dekat je... nanti singgah Shah Alam jangan lupa singgah! ;)

      Padam
  2. Jalan Rughbi area mana eh? Alaaa, nape baru tau pasal cafe ni, frappe dia tempting sangat, next sem nak trylah pi rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat2 dengan Stesen Bas Sementara seksyen 13 tu. Waze je pun boleh, senang jumpa. hihi. Cubalah frappe dia. Sedap!

      Padam
  3. Saya yang duduk Shah Alam ni pun tak sempat lagi pergi sini. Dulu rajin betul jalan-jalan cari makan dekat area Shah Alam. Toran ni memang one on the list nak pergi. Tapi lately ni busy weekend. Tak menyempat nak pergi. Nampak menarik sangat menunya ni. One day nak cuba juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Biasalah.. Saya pun selalu yang dekat lagi susah nak pergi. Nanti cubalah ya!

      Padam
  4. Memang banyak negeri dah buka cafe hipster sekarang tetapi makanan tak lah sedap mana. Nak cari cafe dan makanan yang sedap memang susah kan. Tapi tak salah mencuba. Kalau singgah Toran Coffee nani nak cubalah makanan kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya... Sebenarnya kebanyakan kafe hipster lebih menitikberatkan soal dekorasi kafe je. Tapi cubalah ke Toran Coffee ni. Mana tau makanannya lekat di hati. Gituu

      Padam
  5. Boleh try. Kekadang kalau gi area shah alam nak try tempat2 baru tak tau nak ke mana pulak. Ni dah ada tempat baru leh la try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah baru pun sebetulnya. Tapi agak popular juga dalam kalangan pelajar. Hihi. Cubalah ya!

      Padam
  6. Sedapnya 😍 will try this if I have any chance going to Shah Alam, or is there any other branches?

    BalasPadam
    Balasan
    1. As far as I know, they don't have any branches yet. Yeah, you should try!

      Padam
  7. Dekorasi yang menarik dan santai. makanan nampak menyelerakan. banyak pulak tu dalam sepinggan. kalau terus tahu harga lagi bagus. hehe saya peminat tegar kopi. kalau tak boleh minum sehari, rasa macam ada tak kena. insyaAllah akan sampai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa pula nak letakkan harga. Hihi. Apapun seingat saya harganya kira okey je.

      Padam
  8. cantik cafe tu. makanan pun nampak menyelerakan. kalau datang shah alam nanti, memang kena try makan kat Toran Coffe ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, bolehlah cuba. Memang menarik juga menu yang disediakan.

      Padam
  9. Dr Angel paling suka cari makan. Next nak try cafe ni la

    BalasPadam
  10. Banyak sekarang ni cafe2 hipster yang tengah naik , dengan makanan pun ala - ala western , ada yang murah ada yang mahal berpatutan dengan kuantiti makanan .bestnya setiap cafe2 hipster ni backgroundnya berbeza2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Makin banyak kafe-kafe ni sebenarnya bagi kita, sebagai pelanggan, lebih banyak pilihan. Berbaloi mencuba!

      Padam
  11. Wahh menarik cafe hipster ni.. Menaril konsep dia.. Menu-menu pun menarik terliur tengok air tu hihihihi.. Kalau sampai sana boleh singgah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay, air minumannya tu memang pernah viral tak lama dulu dekat Facebook. Nanti cubalah ya!

      Padam
  12. That big platter. Mengancam betul. Ni baru tengok belum makan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak oii. memang puas hati sangat big platter tu. Nanti cubalah!

      Padam
  13. Menarik ni. Kena cuba.
    Dari awal smpi akhir telan air liur jer nie.. 😋

    sisintan.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekeke... Tak apa. Kalau free nanti jangan lupa mencuba!

      Padam
  14. Memang banyak konsep kedai dan cafe macam ni. Yang penting menu kena sedap. Memang seronok dan suka chill di cafe begini. Menu pun sedap Bella tengok. Bolehlah cuba nanti. Btw, comelnya kawan awak. Eh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. banyak pilihan bermakna untungnya pada kita! tapi tak salah mencuba.

      p/s: haha. iyalah, kawanlah tu...

      Padam
  15. Big platter dan milk tea tu nampk ohsem. Tak sangka kat seksyen 13 shah alam blh terjah ni :)

    BalasPadam
  16. Milktea tu memang menggoda tau. Makanan sedap, tempat selesa. Harus try nih

    BalasPadam
  17. mak aih.. makan punya banyak tapi tak gemuk.. tengok semua dishes tu memang boleh tergugat iman diet macam ni.. huuhuu untungnya makan dan xgemok

    BalasPadam
  18. Tak pernah pergi... Toran Cafe nih, bila baca entri ni... macam nak pergi sekarang jugak... tak tahan tengok Toran milk tea tu nampak sedap benar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, memang sedap! kalau ada kelapangan, pastikan cuba di sini ya!

      Padam
  19. kedainya lawa,,makanan pun nampak sedap2 !

    BalasPadam
  20. fuh.. frappe tu buat melelh liur je .. boleh ajak hubby ke sini kot.. huhuhu

    BalasPadam
  21. jauhnye toran cafe tu dekat shah alam, tapi kalau pergi shah alam bolehlah kot singgah tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya... sekali sekala atau bila-bila ke Shah Alam, singgah lah. hihi

      Padam

Tinggalkan komen di sini.