Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Makan di tepi Sungai Melaka di The Street Kitchen!

11:57:00 PG Hasif Hamsyari 9 Comments Category : , , ,

Kalau korang ke Melaka, ada satu lokasi makan yang letaknya betul-betul di tengah bandar. Nak carinya mungkin agak susah sebab pintu depannya menghadap Sungai Melaka, bukan jalan raya. Tapi dekat sinilah korang boleh dapatkan pengalaman kulinari yang berbeza dan menarik!


Lokasi yang saya mahu cadangkan kali ni ialah The Street Kitchen, Melaka. Mula-mula saya sendiri keliru dekat mana tempatnya tapi akhirnya jumpa dan lokasinya sebenarnya mudah je. Cuma kenal pasti Bangunan Merah Stadhyus, betul-betul di sebelah mercu tanda 'Melaka World Heritage City'.

Okey, kontroversi mengenai bau Sungai Melaka yang selalu diuar-uarkan. Masa saya singgah, saya tak terbau pun apa-apa yang tak menyenangkan. Kalau dibanding dengan dua tiga tahun lalu, memang Sungai Melaka agak berbau. Tapi sekarang dah banyak berkurang jadi korang pun boleh je selesa kat sini. Kalau tak nak tepi sungai, boleh makan di bahagian dalam kafe ni. Jangan risau!

Menariknya, kafe yang berusia lebih kurang setahun tiga bulan ni ialah sebuah bangunan bersejarah yang ditinggalkan. Ia kemudian disewa dua orang sahabat baik lalu dibangunkan sebagai sebuah kafe. Disebabkan ia sebuah bangunan yang sangat lama, struktur asal pun dikekalkan. Bahkan bangunan tu tak boleh dicat demi menjaga keaslian!

Tapi itu bukanlah masalah sebab kafe berkonsepkan DIY ni sememangnya menjadi sebuah kafe yang cukup kuat dengan gaya hipster tambah-tambah dengan mural yang menjadi penghias dinding. Gaya vintage menambahkan nilai yang cukup membuatkan pengunjung tertarik ke sini. Malah perkakas hiasannya juga menggunakan barang-barang terpakai dan DIY di jalanan, maka menjelaskan nama kafe ni sendiri - The Street Kitchen.
__________________________________

Ruang dalaman dengan penataan konsep DIY.
Pemandangan dari Tingkat Dua kafe ini.
Antara lukisan mural yang melengkapkan efek sebuah kafe yang cukup hipster.
Ruang makan al fresco yang berkonsep terbuka betul-betul di tepi Sungai Melaka.
Kagumnya saya sebab kreativiti dua orang pemuda nilah yang menghidupkan tepian Sungai Melaka. Hari ni, kafe ni menjadi tumpuan bukan sahaja sebab hias dalam yang menarik dan makanan yang sedap, tapi apa yang lebih menarik lagi ialah pemandangannya yang mahal!

Saya sempat menyaksikan sendiri matahari terbenam sampai menikmati makanan saya. Sungguh, memang satu pengalaman yang unik. Memandangkan ia terletak di tepi sungai, angin yang dibawa pun sepoi-sepoi bahasa. Sesekali bila ada bot river cruise lalu, tak terasa seperti di Melaka. Macam luar negara!

Walaupun hakikatnya kat tengah bandar, di sini betul-betul terasa tenang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Kalau korang suka bergambar, kat sini pun korang boleh dapat banyak shot-shot menarik!
Pemandangan dari meja saya waktu matahari terbenam.
Tambahan pulak, suasana malam di sini memang meriah. Nampak sangat esklusif! Tak hairanlah memang kafe ni selalunya penuh waktu malam!

Bahagian atas kafe ni ada ruang ala-ala beranda macam tu. Tempatnya pun sangat eksklusif. Kalau nak sewa untuk event tertutup macam hari jadi atau surprise untuk kekasih hati pun boleh.
Antara hiasan lampu dan kipas lama yang menyambut tetamu di tingkat atas.
Ruang yang pastinya cukup romantis kalau korang datang dengan yang tersayang.
Okay, korang dah tengok sekitar kawasan kafe. Jadi saya nak kenalkan antara menu yang menjadi sebutan kalau ke sini.

Asam Pedas Ikan Salmon (RM19.90)

Menu asam pedas ikan salmon yang cukup membuka selera.
Ini ialah antara menu terbaharu yang diperkenalkan kat sini tau. Asam pedas memang senang nak cari kat Melaka. Tapi asam pedas ikan salmon, ini rare!

Yang pasti, pada saya, saya suka menu ni! Padanannya menjadi. Dengan ikan salmon menggantikan menu kebiasaan macam ikan merah, kembung, tenggiri atau parang, pastinya menu ni tampak lebih sofistikated, nampak moden! Rasanya masih menggoda, pedas asli Melaka yang cukup mencengkam untuk terus makan dan makan!

Power!
Menu asam pedas ikan salmon ni dihidangkan sekali dengan nasi putih, sambal belacan, telur masin dan timun.
Menu ni pun dihidangkan sekali dengan nasi putih dengan ulaman berupa timun, telur masin dan jugak... favourite saya, sambal belacan!

Thai Style Pasta (RM12.90)

Thai Style Pasta yang cukup mengundang!
Istimewanya menu ni ialah pastenya merupakan gabungan serai dan jugak limau yang diperam selama lebih kurang sehari sebelum menjadilah ia pelengkap kepada sebuah hidangan spaghetti yang cukup mengancam ni ha.

Menu home made ni pun diberi sentuhan pedas-pedas sikit. Ha, itu yang pada saya jadikan hidangan lebih sedap! Tambah-tambah, spaghettinya pun dimasak empuk. Pergh! Memang berseleralah!
Salah satu menu yang wajib cuba!

Hot Crispy Rockin Wings with Tangy Sauce (RM13.90)

Kepak ayam dengan sos home made daripada The Street Kitchen sendiri.
Hidangan kepak ayam jugak antara yang cukup mengancam deria rasa saya. Hidangan ni secara asasnya ialah ayam tapi yang menjadikannya power ialah tangy sauce dia. Beri rasa yang masam-masam sikit dan pedas-pedas.

Pastikan jangan terlepas untuk mencuba menu ni!

Waffle (RM11.90)

Waffle home made yang cukup membuka selera!
Menu yang jugak sesuai sebagai appetizer dan desert ni pun home made jugak. Wafflenya dipadankan dengan aiskrim dan coklat macam KitKat yang sesuai untuk korang menikmati makanan yang pedas-pedas.   

Mocktail Melaka Sunset (RM7.90)

Minuman yang dengan rasa unik yang cukup menyegarkan.
Mocktail Melaka Sunset, seperti warnanya, mengandungi pati buah oren, limau, soda dan jugak daun pudina. Ha sebab tu rasanya memang cukup menyegarkan. Sambil korang melepak tepi Sungai Melaka yang berangin lembut dan menikmati secawan Mocktail Melaka Sunset ni, memang sempoi!

Horlick Blended Nestum (RM8.90)

Satu menu minuman yang memang tak mengecewakan!
Saya antara penggemar ice blended tapi menu Horlick dengan Nestum belum pernah saya cuba. Dengan rasa yang manis, memang cukup sedap menu ni! Kombinasi yang betul-betul menjadi. Tambah-tambah, semua pun tahu sendiri, khasiatnya yang tak boleh dipertikaikan lagi.

Okey, saya rasa kalau korang tercari-cari kafe yang perfek dan terbaik di Melaka ni, korang dah tahu tempatnya sekarang. Makanannya sedap, minuman menarik, suasana dan pemandangan yang cukup mengancam, apalagi yang membuatkan waktu makan korang lebih berkualiti? Tambah-tambah dengan orang-orang tersayang di sisi. Gituuu.

Jadi kalau korang bercadang ke sini, ini maklumatnya.

ALAMAT:
The Street Kitchen
No. 47, Jalan Laksamana,
Bangunan Merah, 75000,
Melaka, Malaysia.

WAKTU PERKHIDMATAN:
Ahad hingga Khamis: 5 petang - 1 pagi
Jumaat dan Sabtu: 5 petang - 2 pagi

NOMBOR TELEFON:
017-2300485

MEDIA SOSIAL:
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI
Dengan kakak merangkap teman dan jurugambar jugak. Terima kasih!
Tonton video pula!
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada The Street Kitchen. Terima kasih!

RELATED POSTS

9 komen

  1. seronoknyaa.suka cafe yang menarik mcm ni.lepas ni kena pegi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, cubalah ke kafe ni untuk rasai sendiri keunikan dia. ;D

      Padam
  2. Sedapnyaaaa....!
    next time i nak coba makan itu makanan.. :)

    BalasPadam
  3. Sorry nak tanya Hasif,, ada bau tak makan tepi tu sebab masa LZ menyusuri sungai Melaka air dia berbau..

    Kalau okay, selesa boleh pi satu hari nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungai Melaka sejujurnya masih berbau tapi baunya kira banyak berkurang berbanding dulu. Kalau tak selesa makan di luar, boleh makan di bahagian dalam restoran. Tingkat atasnya pun sangat cantik dan Instagram-worthy. :)

      Padam
  4. Hai boleh ke nak booking utk bt surprise birthday kt sini?

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.