Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Misi Menjejak Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing!

8:30:00 PG Hasif Hamsyari 42 Comments Category : , , ,


Sama ada korang pernah dengar atau tak, memang di Sungai Lembing terdapat satu tarikan semulajadi yang cukup cantik dan mempesonakan. Mendapat nama daripada fenomena pelangi yang memang melatari air terjun ini, sebaik sampai memang korang akan terpegun dengan sebuah pemandangan persis hasil edit Photoshop atau sebuah filem di dunia fantasi!

Air Terjun Pelangi yang dimaksudkan jugak tersenarai antara air terjun tercantik di Malaysia! (oleh TripAdvisor)

Dalam media trip sempena Tahun Melawat Pahang 2017 baru-baru ni, aku akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sini. Walaupun cuaca waktu itu tak menentu, dan sehari sebelumnya aku dimaklumkan musim hujan di sini sudah masuk ke fasa kedua, memang bertawakal dan berdoa jelah supaya dapatlah sampai jugak.


Tambah mengharukan, sehari sebelumnya, pemandu pelancong kami, Muhammad Ridzal Sukimi pun tak dapat berikan jaminan bahawa ekspedisi akan dapat diteruskan. Semuanya bergantung pada cuaca.

Dan keesokannya pulak, dengan cuaca yang suram, Encik Ridzal nekad meneruskan ekspedisi, lewat sedikit daripada jadual asal kerana hujan. Itupun, beliau tak dapat 'menjanjikan' pelangi sebaik sampai nanti.
Encik Ridzal (kanan) memberi keterangan sebelum perjalanan bermula.
Dari penginapan kami di T-Box, Sungai Lembing, kami bergerak dengan menaiki pacuan empat roda. Perjalanan sejauh 18 kilometer dari pintu masuk meredah Hutan Simpan Kekal Remen Cemih ini memakan masa lebih kurang 45 minit. Memang jalannya cukup sukar, berbatu dan tidak rata selain berlecak akibat hujan yang masih juga turun renyai-renyai.
Sebelum masuk ke hutan, perlu bayar permit masuk.
Dan di sepanjang perjalanan tu, kami meredah tiga anak sungai. Yang dimaksudkan ialah Sungai Jin, Sungai Hillview dan Sungai Bunga atau dikenali Sungai Cuci Kaki. Kenapa nama timangannya unik sampai macam tu? Sebab kalau cuaca selalunya buruk, dan pacuan empat roda sekali pun tak mampu melepasinya, maka pelancong terpaksa turun, cuci kaki dan berpatah balik. Haha.

Tapi dalam cuaca yang cukup sejuk dan lembap, juga sesekali renyai, aku cukup terpesona dengan pemandangan menghijau yang tak boleh lari menjadi fokus anak mata. Dalam gerak pacuan empat roda yang ganas berombak, aku dan semua wakil media kekal tenang dalam berjaga-jaga.
Pemandangan berkabus yang cukup mengagumkan.
Dekat sini pun ada satu lagi penginapan ala chalet dan tapak perkhemahan.
Bersama dengan rakan media di atas pacuan empat roda.
Keadaan tanah yang berlecak dan tak rata menjadikan perjalanan agak 'kasar'.
Nasib kami, walau bagaimanapun, baik. Sebab perjalanan kami diteruskan sampai ke Ulu Sungai Kuantan yang mana kami perlu turun dari pacuan empat roda dan mendengar taklimat ringkas. Sungai berketinggian paras dada yang bakal kami redah ni berdekatan dengan Lubuk Beruk, yang kedalamannya boleh menjangkau lapan meter. Sebab tu kami diingatkan untuk memaut tangan dengan kejap pada tali supaya tak terhanyut.

Lepas tu, kami memulakan langkah kaki meredah sungai sebelum mendaki bukit terus ke destinasi yang dituju, Air Terjun Pelangi.
Kami mendengar briefing sekali lagi sebelum memulakan pendakian.
Melintasi sungai.
Pendakian sejauh 1.5 kilometer memang mencabar sebab kerana cuaca yang masih lembap menjadikan batuan yang kami lalui cukup licin sekali gus berbahaya. Ada rakan media yang terjatuh, sekali pun dengan tali yang sengaja dijadikan penghadang sekali gus tempat berpaut kalau kecemasan. Sebab tu, sejak awal lagi kami diingatkan memakai pakaian yang sesuai, tambah-tambah dalam keadaan cuaca yang sukar diramal.

Penanda arah yang disediakan pun cukup membantu. Hampir di sepanjang perjalanan, kami memang cuma mendaki di lereng anak sungai sehinggalah lebih kurang 200 meter sebelum tiba, pemandangan air terjun sudah mula kelihatan. Dari sinilah semua dah jadi teruja dan lebih bersemangat selepas menempuh perjalanan yang nyata bukan mudah.
Keadaan 200 meter sebelum sampai ke Air Terjun Pelangi.
Air Terjun Pelangi nyata memukau kami dengan ketinggiannya yang mencecah 150 meter. 30 pertama terdapat satu lekukan yang menjadikan air yang turun persis hujan. Angin pada waktu kami sampai tu pun memang cukup kuat dan sekalipun menyukarkan lensa kamera menangkap gambar yang cantik, masing-masing tetap bersungguh.

Awalnya, aku sendiri kecewa sebab tak nampak pun pelangi tapi aku faham, awan melindungi cahaya matahari sekali gus menghalang biasan cahaya menghasilkan pelangi.

Tapi beberapa lama menanti, kami teruja saat pemandu pelancong kami terperasan pelangi yang terbentuk. Lensa kamera aku dan media lain semua berpusu menangkap fenomena yang dinantikan tu. Sekalipun pembentukannya kecil akibat kami terpaksa tiba lewat, tapi itu sudah cukup membuatkan kitorang terkagum. Yang kecil ini je pun dah menakjubkan, apalah rupanya kalau kami tiba sedikit awal!
Itulah pelangi yang dicari!
Susah nak dapatkan shot terbaik sebab air terjun yang terpercik sangat deras.
Kemudian, kami semua berendam di kaki air terjun. Memang cukup seronok sebab tak terlalu dalam, kira-kira paras dada. Dengan angin lembap, masing-masing seronok berenang, bergambar dan berendam sekali gus. Iyalah, bukan selalu dan bukan semua orang pernah sampai ke sini!
Air Terjun Pelangi memang cukup mempesonakan!
Mandi di sini pun tak terlalu dalam dan selamat.
Gambar lagi dengan delegasi media dan pemandu pelancong kami, Encik Ridzal (paling kanan).
Harus aku katakan, memang pengalaman ini cukup bernilai untuk aku. Melihat sendiri salah satu keajaiban ciptaan Tuhan ni cukup membuatkan kita terasa nikmatNya.

Air Terjun Pelangi tanpa syak lagi memang satu tarikan yang wajar korang teroka sendiri. Pemandangannya cukup menakjubkan dan pengalamannya pastinya cukup berharga.

Andai diberi peluang, aku memang akan singgah ke sini lagi untuk melihat pelangi yang lebih besar dan menakjubkan. Sekali pun aku dah sampai sini, aku tetap mahu letakkan Air Terjun Pelangi dalam wishlist aku!
Haruslah rakamkan kenangan beramai-ramai!
Satu cawan Maggi untuk setiap orang!
Untuk korang yang mahu ke Air Terjun Pelangi, berikut sedikit tips yang aku boleh kongsikan.

TIPS MENDAKI AIR TERJUN PELANGI
  • Pastikan pemandu pelancong ialah yang berdaftar, bertauliah dan profesional
  • Patuh dan pastikan jelas pada setiap arahan pemandu pelancong
  • Pastikan memakai pakaian sukan, terutama kasut yang sesuai (di Pekan Sungai Lembing terdapat kedai menjual kasut yang sesuai)
  • Bawa beg kalis air yang tahan lasak untuk simpanan barang elektronik dan lain-lain
  • Elakkan membawa barang yang tidak perlu
  • Bawa bekal makanan (sekiranya perlu) dan setidak-tidaknya sebotol air mineral
  • Dan di mana-mana sekali pun, jagalah tingkah laku dan bicara 
  • Untuk dapatkan pemandangan pelangi yang lebih besar dan menakjubkan, pastikan anda tiba pada jam lebih kurang 9 dan 10 pagi.
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia Pahang sempena Lawatan Media Tahun Melawat Pahang 2017.


Gambar tanpa water mark 'Hasif Libur' kredit kepada Encik Hamdan dari Majalah Santai Travel.

RELATED POSTS

42 komen

  1. thanks for the tips. nanti kalau ada rezeki boleh lah ceq pi ke air terjun pelangi tu.best nya perjalanan menuju ke ayaq terjun tu agak mencabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn.. cabaran tulah yang bikin pengalaman lagi syok! Cubalah! Sangat berbaloi. :)

      Padam
  2. Wahhhh....cantiknya air terjun pelangi ni... Teringin LeYa nak turut jejak ke situ

    BalasPadam
  3. serious cantik nya air terjun ni ! Nanti nak pergi !

    BalasPadam
  4. Sg Lembing pernah sampai tapi x pernah tauu pasal Air Terjun Pelangi ni...adoii..kena repeat blk ke mcm mana ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya.. Sebab selalunya yang buat aktiviti ni sukakan aktiviti lasak je. Tak semua orang suka. Nanti bolehlah cuba ya!

      Padam
  5. wow cantiknya air terjun siap pelangi lagi.. bestnya kalau dapat tengok pelangi lama tak lihat pelangi ni.... terima kasih bagi tips untuk mendaki tu...

    BalasPadam
  6. Cantiknya pemandangan. Even kena bersusah juga ke sana, tapi berbaloi kan? Mesti masukkan dalam wishlist travel kita next year!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mesti! Hihi. Ajaklah kawan sekali.pasti lebih happening!

      Padam
  7. bestnya kalau dapat pi tengok air terjun pelangi ni.. tapi nak kesana nak kena melalui liku2 sungai dan merdeah belantara ye? huhuhu..

    BalasPadam
  8. Rasa macam nak pergi plak lepas tengok gambar-gambar dari Hasif nie.

    BalasPadam
  9. cantiknya, berbaloi tempuh jalan berliku untuk menikmati keindahan alam yang cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Itulah yang saya suka dengan aktiviti lasak macam ni. 😃

      Padam
  10. fuhh..perjalanan pun sangat mencabar nampaknya. tapi semua tu berbaloi bila tengok keindahan air terjun pelangi ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Terasa hilang segala penat lelah bila puas hati dengan panorama indahnya.

      Padam
  11. Cantik gambar hasif terasa nak pergi mandi air terjun je, tapi dekat area selangor jelah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sekali sekala ke sini pun apa salahnya. Berbaloi!

      Padam
  12. Bestnya pergi air terjun pelangi tapi perjalanan yang mencabar tu menyebabkan akak tak sanggup nak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha. Sekalk sekala keluar dari kebiasaan berbaloi kak! Pasti pengalaman sukar dilupakan.

      Padam
  13. fiuuu biar pun perjalanan agak mencabar, pastinya bila nampak air terjun tu je terus rasa berbaloi kan?

    BalasPadam
  14. bestnya dapat join expedisi macam ni. teringin lak. apapun maggi seorang 1 tu memang tak boleh tahan nak gelak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sudah di atas tu, Maggi pun terasa macam makanan hotel lima bintang tau - atau lebih sedap lagi. Hahaha

      Padam
  15. Bilalah boleh sampai dekat sini.... hajak akak next time tau, ramai tengok kawan update... teruja nak pergi simpan dalam wish list dulu...
    air terjun memamng cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Haha. Memang seronok kak lagi-lagi kalau pergi dengan kawan-kawan atau geng sekepala.

      Padam
  16. Subahanallah cantiknyaaaa pemandangan. Kenapa baru tahu ada tempat menarik kat sini. Suami org pahang tapi rasanya pun xpernah lagi kesini hehee

    yanmieonline.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi. nanti datanglah. dekat je ni. memang berbaloi trekkingnya!

      Padam
  17. Hasif, ni ke air terjun yang tempat filem Pinjamkan Hatiku shooting tu? Akak cari juga air terjun tu. Cantik betul cinematography Osman Ali dalam filem tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak.. saya tak tengok filem tu pula kak. tapi memang lokasi ni cantik!

      Padam
  18. Serius cantik tempat ni. Mesti berliku kan nak pergi sini hahaha

    BalasPadam
  19. HUHUHU.... MACAM MANA NAK DAPATKAN KHIDMAT PEMANDU ARAH KE AIR TERJUN PELANGI TU...

    BalasPadam
  20. Sgt best dpt bawa family akak ke Sg Lembing November thn lepas. Mmg berbaloi2, dan byk aktivit boleh dibuat disana. Pengalaman menaiki truck sehingga ke lubuk beruk satu pengalaman baru utk anak2. Tq for sharing d infor berkenaan tpt2 menarik yg awak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Kalau boleh saya teringin pergi sekali lagi dalam cuaca yang lebih elok.

      Padam
  21. assalam..boleh dptkan contact pemandu pelancong tu tak?sy nk bawa student hiking ke sg lembing

    BalasPadam
  22. Boleh saya tahu cara dapatkan no pemandu pelancong tu

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.