Bicara Tokoh NILAM 2017 bersama Hasif Hamsyari, SMK Tun Tuah
Semalam, 23 Februari 2017, saya menerima undangan untuk program NILAM iaitu Bicara Tokoh NILAM 2017 di SMK Tun Tuah (SMKTT), Kampung Lapan, Melaka. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan cukup baik.
Bertempat di Dewan SMKTT, saya meluangkan masa kira-kira sejam untuk berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi sebagai bekas Tokoh NILAM Melaka 2006, 2007, 20011 dan 2012 dan sebagai novelis muda.
Penyertaan pelajar ialah seramai lebih kurang 300 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Selain tu, ada sesi soal jawab jugak.
Selepas ceramah, ada jualan buku juga serta sesi bergambar.
Terima kasih SMK Tun Tuah atas undangan ni dan panjang umur kita jumpa lagi! Terima kasih juga kepada Cikgu Nadiah, guru NILAM SMKTT yang mengendalikan acara dan Tuan Hosnaini Ahmad, GPK Pentadbiran SMKTT yang turut bersama sepanjang majlis.
Lebih banyak gambar, di Facebook saya:
0 komen
Tinggalkan komen di sini.