Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Cuci Rambut secara Total dengan Dashing ELITE Men Shampoo!

7:35:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Kebanyakan lelaki hari ini, termasuk aku sendiri sentiasa mahu tampil kemas sebab penampilan juga aspek penting yang mencermin personaliti seseorang. Dan bahagian yang kritikal ialah bahagian rambut. Sebab tu aku sendiri selalu menggunakan wax untuk penggayaan rambut.

Satu masalah kalau menggunakan wax ialah bila sampai masa nak mencuci. Ha, kalau tak kena cara dan produk, wax akan kekal pada rambut dengan meninggalkan kotoran. Inilah yang menyebabkan rambut akan jadi kusam dan rosak. Malah kulit kepala pun akan jadi gatal yang juga membawa masalah rambut gugur.


Tak guna kalau cuci berkali-kali atau sampai pakai syampu dengan kuantiti yang banyak kalau produk syampu tak mampu memberi hasil yang sepatutnya. Percaya atau tak, penggunaan yang tak konsisten atau berlebihan akan hanya merosakkan lagi rambut!

Sebab tu aku nak cadangkan kepada korang Dashing ELITE Men Shampoo. Sebab aku sendiri cukup selesa dengan produk Dashing sebelum ni, jadi dengan adanya Dashing ELITE Shampoo, aku jadi cukup teruja. Manakan tak, masalah rambut, seperti kebanyakan lelaki lain, ialah masalah yang cukup membataskan aku untuk bergaya tanpa mengenepikan soal kesihatan rambut!
Aku gunakan Dashing ELITE Men Anti-Dandruff Shampoo dan aku yakin aku dah jumpa produk yang betul-betul sesuai untuk aku. Masalah kelemumur untuk aku yang selalu travel dan rambut terdedah dengan matahari menyebabkan ia menjadi kusam, menjadikan kulit kepala gatal dan timbul lah masalah kelemumur.

Dashing ELITE Men Anti-Dandruff didatangkan dengan agen anti-kelemumur yang bukan sahaja boleh mengatasi masalah kegatalan rambut dan masalah kulit kepala menggelupas, bahkan menguat dan menyihatkan rambut aku.


Sebab tu selepas guna produk ni, aku rasa lebih yakin untuk tampil bergaya. Tak ada lagi isu risau pada kelemumur, rambut gugur atau kegatalan sebab pemakaian wax atau gel sekarang boleh dicuci secara total dengan hanya satu cucian. Awesome, kan?!


Satu lagi yang aku suka tentang produk ni ialah sensasi mentol yang cukup sejuk dan menyegarkan waktu rambut dicuci.

Selain Dashing ELITE Men Anti-Dandruff, ada satu lagi produk iaitu Dashing ELITE Men Anti-Hairfall Shampoo. Ini khas untuk korang yang ada masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro Protein yang fungsinya mengurangkan kerapuhan rambut. Dalam erti kata lain, rambut korang akan jadi lebih sihat dan kuat!

Aku dah jumpa produk yang aku yakini. Terima kasih, Dashing ELITE!

Untuk korang, bolehlah bergegas ke kedai berdekatan dan dapatkan produk ni!

Fotografer: Abd Salam Isa
Lokasi: Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka

RELATED POSTS

0 komen

Comment