Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Elite Wax by DASHING: Gaya Pesona Jejaka

3:39:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category : ,

Aku rasa, korang pun tau aku jenis yang bagaimana. Aku jenis simple, sukakan penggayaan yang tak sarat dan selesa. Dan itu termasuklah penggayaan rambut. Tapi, dalam, sesimple manapun, aku tahu untuk memastikan rambut nampak kemas, bergaya dan selesa.

Sebab tu aku pilih Elite Wax by DASHING ni. Bergantung pada kesesuaian dan pilihan korang dalam memilih penggayaan rambut yang bagaimana, Elite Wax tawarkan semuanya. Dengan pilihan yang pelbagai, mestinya menjelaskan betapa Elite Wax memang memahami keperluan lelaki masa kini dalam menjaga penampilan.

Dengan formula yang diperbaharui, rambut korang bukan setakat mudah digayakan, bahkan mudah untuk dicuci!

Apa yang lagi best, untuk seseorang yang selalu mengembara dan sibuk, DASHING Elite Wax ada keluarkan paket On the Go yang sangat handy dan bersaiz kompak, boleh masuk poket lagi! Sangat mudah dibawa dan jimat ruang.
Sekotak Elite Wax yang menghimpunkan semua wax dengan gaya yang aku suka.
Antara produk Elite Wax yang pelbagai.
Tak perlu risau lagi fikirkan kesesuaian gaya rambut dengan jenis wax!
WAVY LOOSE

Okey. Ini memang pilihan peribadi aku. Selain baunya harum, Wavy Loose ni adalah pilihan terbaik jugak untuk korang yang sukakan gaya simple tapi kekal bergaya dan terjaga. Lagi-lagi waktu travel, komitmen masa selalunya buat aku terkejar-kejar. Tapi, Wavy Loose memberikan aku peluang untuk tak mengabaikan penggayaan rambut sebab ia memang mudah dan tak memakan masa.

Hasilnya, gaya aku kebanyakannya tampak lebih santai, rileks dan bersahaja. Huhuhu.

SHINY WET

Kuasa kelembapan membuatkan rambut tampak lebih lembap, semestinya menyerlah aura segar, bertekstur dengan hasil yang konfem menakjubkan.

SPIKY WEB

Bauannya pun boleh tahan menarik dengan bekas berwarna merah jambu yang memang cukup mengancam. Ini khas untuk korang yang sukakan gaya pacak sebab sentuhan Spiky Web boleh menjadikan rambut korang melawan graviti! Dalam erti lain, rambut korang akan kekal terpacak.

RUGGED MATE

Untuk menampakkan sisi lebih 'serius' atau 'berbahaya', sentuhan Rugged Mate boleh menampilkan korang tampak lebih berani. Yang ini, kesan kilatnya kurang sedikit, padanlah nak tonjolkan sisi 'keseriusan' tu kan.

Nah, bergantunglah mana satu pilihan korang untuk digayakan. Tapi yang pasti, dengan Dashing ELITE Wax ni, korang tak lagi terhad dengan hanya satu gaya. Iyalah, semua jenis penggayaan boleh dipilih kot!

Pek 68g cuma RM17.10 setiap satu dan saiz poket On the Go yang comel ni pulak cuma RM5.90 je. Dapatkan sekarang di semua pasar raya besar, farmasi utama dan kedai runcit utama berdekatan korang sekarang!

RELATED POSTS

2 komen

  1. Okay boleh cuba wax ni kalau nak buat pacak-pacak rambut sikit hehe thanks.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.