Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Menu Western Terbaik di Hard Rock Cafe, Melaka

10:20:00 PTG Hasif Hamsyari 30 Comments Category : , ,


Jenama Hard Rock Cafe memang cukup gah di serata dunia. Sampaikan restoran ni sendiri boleh menjadi satu tarikan pelancongan yang cukup tersendiri kalau berkunjung ke mana-mana negara. Apa yang istimewanya Hard Rock Cafe ni? Mestilah masakan Western yang terbaik dan diiktiraf dunia!

Jangan tak tau, Hard Rock Cafe pun terdapat di Melaka! Sebagai satu lokasi setumpu yang menjadi tarikan pelancongan, kewujudan Hard Rock Cafe memang cukup ikonik dan senang dicari. Berdekatan dengan Bangunan Merah Stadhuys, Christ Church, betul-betul di simpang yang menemukan Sungai Melaka, Jonker Walk dan bangunan kedai pakaian H&M yang tersergam.

Hard Rock Cafe sarat dengan konsep Barat baik melalui koleksi vintaj yang menghiasi sekitar restoran mahupun melalui pemilihan perabot dan reka letak. Warna gelap mendominasi ruang dan memiliki bar. Ruang makan dalam dan al fresco jugak tersedia. Bagi yang mahu mendapatkan cenderamata eksklusif terutama t-shirt Hard Rock Cafe yang ikonik, ada kedai cenderamata turut disediakan.
Antara ruang makan yang terdapat di dalam Hard Rock Cafe.
Ruang bar yang santai dan sangat cool.
Bloggers on duty. Haha
Dalam program #SettlementStory daripada The Settlement Hotel, baru-baru ni, saya berkesempatan mencuba sendiri antara menu yang laku keras dekat sini!

1. Jumbo Salad (RM88.00)
Satu hidangan selera yang cukup membuka selera!
Kalau ikutkan, ada beberapa lagi hidangan pembuka (starter) yang dicadangkan tapi yang paling ultimate, mestilah Jumbo Salad ni! Sepinggan besar menu ni sesuai dikongsi 2-5 orang tau. Antara yang dihidangkan ialah kepak ayam, onion rings, Tupelo Chicken Tenders, bayam artichoke yang dipadankan roti Parmesan dan kentang. Sebagai pencecah, disediakan jugak honey mustard, sos barbeku hickory, dan blue cheese. 

Tengok je gambar ni pun boleh terliur dibuatnya. Apatah lagi kalau masuk ke rongga rasa!
Kalau ke Hard Rock Cafe Melaka, ni mungkin appetizer terbaik untuk membuka selera korang.

2. COBB SALAD (RM55)
Cobb Salad.
Sesuai sebagai hidangan pembuka, menu Cobb Salad datang dengan campuran sayur-sayuran yang disusun kemas dengan dada ayam yang diracik, avocado, tomato, bawang merah, daging ayam Belanda, cheddar dan keju Jack. Ha, telur ayam yang dah direbus pun ada. Bagi penggemar hidangan yang simple tapi menyihatkan, memang tak rugi cuba menu ni!

3. SMOKEHOUSE CHOP SALAD (RM55)
Smokehouse Chop Salad.
Dengan ayam, hirisan daging ayam Belanda serta kacang peacan dengan rempah, keju cheddar, pico de gallo (istilah dalam masakan Mexico, gabungan tomato, daun ketumbar, cili Serranos dan bawang yang dipotong halus) dengan smokey citrus vinaigrette, pastinya ini antara hidangan yang cukup menyihatkan korang kena cuba sendiri. Apatah lagi, hirisan buah avocado yang menjadi topping menu ni semestinya melengkapkan sepinggan Smokehouse Chop Salad ni.

4. LEGENDARY BURGER (RM62)
Legendary Burger.
Burger empuk yang dipadankan dengan daging ayam Belanda yang disalai, keju cheddar dan gegelang bawang yang digoreng keemasan, salad yang rangup dan tomato. Memang terangkat dengan menu ni!


5. FISH AND CHIPS (RM55)
Fish and chips.
Daging ikan siakap yang digoreng cukup empuk dengan adunan tepung yang istimewa. Menu ni didatangkan dengan kentang goreng dan citrus coleslaw yang pastinya menyempurnakan sebuah hidangan Western pilihan ramai.

6. FAMOUS FAJITAS (GRILLED CHICKEN RM60 / GRILLED BEEF RM80) 
Ada dua pilihan sama ada ayam panggang atau daging panggang untuk menu ini.
Hidangan ni kena makan dengan roti tortilla istimewa dengan padanan ayam atau daging panggang. Hidangan ni turut dilengkapkan dengan pico de gallo, keju Monterey Jack dan cheddar, guacamole (avocado yang dilecek dengan potongan bawang, tomato, cili dan perasa) dan krim masam.

7. GRILLED SALMON (RM65)
Hidangan ikan salmon yang cukup menggoda!
Isi ikan salmon 8oz yang dipanggang ni memang salah satu kegemaran saya. Dengan padanan sos barbeku yang manis dan tidak terlalu pedas, hidangan ni jadi lebih sempurna dengan maitre de butter, sejenis mentega yang cukup sedap dimakan dengan menu stik. Sepinggan menu ini turut dipenuhi dengan sayur-sayuran dan bawang putih panggang bersama kentang lenyek.

8. BARBECUE CHICKEN (RM48)
Barbecue Chicken.


Ayam bersaiz separuh yang direndam dengan air garam yang kemudian dicurah dengan sos barbeku hickory yang pastinya cukup menggoda! Ayamnya betul-betul dipanggang sempurna sebab dagingnya lembut dan selesa je dikunyah.


9. NASI GORENG (RM32)
Menu nasi goreng turut didatangkan dengan sate dan telur mata.
Hard Rock Cafe pun tak melepaskan menu masakan lokal kepada pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing. Nasi goreng ini dipadankan dengan udang dan sayuran-sayuran yang diatasnya diletakkan telur mata. Melengkapkan hidangan ni pulak ialah sate ayam dan kerepek udang. Pada saya, menu ni tak terlalu pedas dan sedap!

10. SEAFOOD CHAR KWAY TEOW (RM32)
Seafood Char Kway Teow.
Char kway teow pun antara hidangan yang selalu menjadi kegemaran masyarakat lokal termasuk saya. Hidangan ni turut dilengkapi dengan tauge, fish cake, telur, udang, sotong dan sos soya yang pedas-pedas tapi manis.

11. ASAM PEDAS
Menu asam pedas yang tak kurang sedap!
Saya ada terbaca beberapa review sebelum ni dan rata-rata memang kata asam pedas kat sini memang sedap! Bukan setakat warga lokal, bahkan pelancong pun kata yang sama. Dah sampai sini dan rasa sendiri hidangan ni, memang tak syak lagi. Memang asam pedasnya power! Menu ni didatangkan dengan nasi putih dengan telur dadar yang mesti membuka selera tradisi yang cukup bernilai ni.


12. TANDOORI SPICED CHICKEN BURGER (RM60)
Tandoori Spiced Chicken Burger.
Patty tikka dengan ayam yang digaul rata dengan rempah India yang asli dan herba yang segar, diletakkan juga keju, mayonis mint, salad yang rangup dan tomato. Macam biasa, ada potongan timun dan kentang goreng jugak. Yang pasti, rasanya cukup sedap dan unik.


Itulah antara menu yang saya dan rakan media cuba. Harganya agak mahal memandangkan jenamanya yang diiktiraf dunia tapi yang pasti bahan yang digunakan cukup berkualiti. Sesekali kalau mahu mencuba, tiada salahnya pun.

Kalau korang berminat nak singgah menu-menu yang menggiurkan ni, bolehlah singgah! Ini maklumatnya.

Alamat:
HARD ROCK CAFE MELAKA,
No. 28, Lorong Hang Jebat (Jonker),
75200 Melaka

Waktu Perkhidmatan:
11.30 pagi hingga 2 pagi

No. Telefon:
06-292 5188

Laman Web:

Sosial Media:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada The Settlement Hotel, Hard Rock Cafe Melaka dan Majalah Gaya Travel untuk program #SettlementStory. Terima kasih!

RELATED POSTS

30 komen

  1. Aaah. Bestnya! Sedih tak dapat join trip ke Melaka. Anyway, kalau pergi sini confirm kena dine in Hard Rock Cafe. Sedap, especially asam pedas diorang. Location pun best. Betul betul dekat Jonker Walk!

    Hope you had so much fun joining the trip ya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. No worries, for sure akan banyak trip lagi ke Melaka or nanti boleh je lepak sama-sama! Yup, asam pedas dia win!

      Padam
  2. Macam best je cobb salad tu, maklumlah tengah diet, tengok itu je yang lepas, hehe, minggu ni je dah 2 kali pi Melaka, next week pergi lagi Melaka, In Shaa Allah kalau ada kesempatan nak trylah.. ada tak makanan yang best2 lagi dekat Melaka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Cobb salad pun sedap! Banyak je lagi makanan yang best-best kat Melaka, tapi tak semua saya dah teroka. ;)

      Padam
  3. dulu takut wo nak masuk HRC sebab takut mahal sangat harga dia, sekarang macam, ok masuk je. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali mencuba apa salahnya, kan? Lagipun, kualiti makanan pun terbaik, jenama global lagi. hihi

      Padam
  4. Smokehouse chop salad! Hirisan ayam belanda, topping avocado, terliur akak di buatnya

    BalasPadam
  5. Selalu dengar nama hard rock cafe tapi seumur hidup ini belum pernah pun jejakkan kaki ke sana..

    BalasPadam
  6. Tak sampai lagi kita Hardrock cafe Melaka kita kat KL jer awak. Tapi semua menu sama ker mana2 Hardrock.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala.. Dekat je Melaka pun. Tak silap menunya lebih kurang saja.

      Padam
  7. Selalu mkn yg salmon tu ja..tpi ymmt hrc penang ni ja lah...
    Huuu sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi. nanti cubalah menu lain juga. boleh tahan sedap tau! ;)

      Padam
  8. bila dalam keadaan lapar
    tengok dah terliur2 dah..
    masa ni ler nak mencari
    makanan yg ada dlm gambar ni..
    kak no x sampai HRC Melaka..
    mayb next time boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. biasalah tu, kak no. Kadang-kadang saya pun sama je. hihi

      Padam
  9. Nangis bucu katil tgk makanan yang sedao-sedap ni... Hari tu pegi xmasuk cafe dia...beli souvenir je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa.. nanti kalau sekali lagi pergi, cubalah makanannya pula. ;)

      Padam
  10. Terliur tengok appetizer dia! Nampak sedap. Tandoori burger pon mengancam jugak tuh..semua sedap la senang cite..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... nanti bolehlah datang dan cuba sendiri pulak!

      Padam
  11. Semua makanan diatas nampak sedap !
    Bila nak pergi ni? haha

    BalasPadam
  12. woww..banyak jugak menu menu best kat dalam tu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya review ini pun tak semua ni. banyak yang lain boleh cuba juga. hihi

      Padam
  13. Semuanya nampak sedap. Kecur ailio. Harga pon sedap jugak ☺

    BalasPadam
  14. Belum pernah cuba menu di sini walaupun sering lalu lalang situ tapi suka duk Hotel Settlement yg cantik dan bersih ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi. boleh tahan dekat jugaklah dari hotel tu ke sini. nanti ada rezeki singgahlah. ;)

      Padam
  15. Yummy. tetiba terasa lapar lepas baca entry ni. Nak makan hard rock!

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.