Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

My #SettlementStory

10:00:00 PTG Hasif Hamsyari 7 Comments Category : , , , ,

Mungkin antara korang dah tahu, baru-baru ni aku menyertai media trip ke Melaka untuk program #SettlementStory oleh The Settlement Hotel Melaka. Walaupun aku sendiri orang Melaka, banyak rupanya yang aku belum teroka dan tahu. Dengan pengalaman-pengalaman baru ni, semestinya trip pun antara yang tak akan aku lupa.

Ini catatan aku sepanjang tiga hari program ni berlangsung (1 hingga 3 Februari 2017).

HARI PERTAMA: Gong Xi! Gong Xi! Golden Rooster Greetings at The Settlement Hotel

Sepuluh minit sebelum pukul dua, kami bertolak dari KL Sentral ke Melaka. Perjalanan lebih kurang dua jam membawa kami terus ke hotel penginapan kami, The Settlement Hotel di Ujong Pasir, Melaka.

Lepas disambut dengan makanan tradisional Baba Nyonya macam Laksa Nyonya, cupcakes dan kuih-muih yang cukup sedap selain buah limau, kami dibawa oleh Mr. Billy meninjau sekitar kawasan hotel ni. Mr. Billy betul-betul buat kami kagum dengan keunikan budaya pada setiap perincian di hotel ini, dari lantainya, perabotnya dan macam-macam lagi. Semuanya ada cerita tersendiri!

Kecantikan hotel ni pulak tak payah cakaplah. Semuanya tersusun kemas dan senang je menjadi tumpuan lensa kamera.
Ruang lobi yang cukup luas dan cantik!
Katil diraja yang berusia 350 tahun pun ada dekat sini.
Makanan yang menyambut sebaik kami tiba. Sedap betul ni!
Rupa bilik saya dan seorang lagi kawan. Kemas dan selesa!
Cenderahati yang menyambut kami. Terima kasih, The Settlement Hotel!
Lepas tu, kami masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Letih terasa hilang bila dapat rebahkan badan atas katil yang empuk dalam bilik yang memang cukup selesa ni. Apa yang lagi best, yang menyambut kami sebaik pintu bilik dibuka ialah welcoming gifts yang banyak, dari perhiasan Tahun Baru Cina, dua gelas dengan motif bunga, kad ucapan sampailah ke pakaian tradisional Cina, samfoo!


Selepas Maghrib, kami turun dan bersiap untuk acara menggaul yeesang, salah satu tradisi yang cukup popular setiap kali tiba Tahun Baru Cina. Ini, sejujurnya, memang pengalaman menggaul dan makan yeesang pertama aku seumur hidup. Tapi yang menjadikannya lebih bersejarah, yeesang ini ialah yeesang terpanjang yang dihidangkan di atas sekeping meja papan kayu tropika di Malaysia!
Yeesang pertama aku seumur hidup!
Semua teruja tak sabar tunggu acara bermula.
Malam tu memang cukup happening. Selain kami, ramai lagi pengunjung hotel sama-sama menyertai acara ni. Kami berkaraoke, menari dan bermain games sampai malam!

Tak cukup di bahagian taman dan lobi hotel, kami sambung malam tu untuk sesi LAYPARK @ The Rooftop Garden. It was simply a memorable night. Enough said.

HARI KEDUA: Historical Melaka UNESCO World Heritage City
Antara makanan sarapan pagi selain nasi lemak dan rendang!
Selepas bersarapan dengan pilihan hidangan yang cukup banyak, kami bergerak berdekatan Dataran Pahlawan untuk merasai pengalaman menaiki beca.

Beca ialah salah satu cara untuk korang explore Melaka dengan cara lebih tradisional, santai dan mudah. Walaupun ia tradisional, beca hari ni dah diberi nafas baru dengan hiasan yang lebih ekstaravaganza gitu, dan sesetengah beca dipasang lagu yang kuat.

Kami turun sekejap untuk photo opportunity di tepi Sungai Melaka di mana di sinilah pernah menjadi pelabuhan penting dunia.
Di Bandar Melaka, kemodenan dan nilai sejarah harmoni di merata arah.
Segan nak mengaku, tapi 20 tahun aku sebagai orang Melaka pun tak pernah naik beca. Jadi pengalaman ni sememangnya sukar aku lupakan!

Kami pusing sampailah di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Di dataran yang agak luas ini memang kawasan setumpu yang dikelilingi bangunan-bangunan yang cukup bersejarah. Sebelum laungan kemerdekaan bergema di Dataran Merdeka, di sinilah Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama mengumumkan tarikhnya. Nostalgik!
Inilah dia Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, bersebelahan dengan A' Famosa dan berdepan dengan Dataran Pahlawan.
Kemudian kami ke Bangunan A' Famosa meneroka antara monumen sejarah yang cukup ikonik kat Melaka ni. Kami terus mendaki Bukit St Paul ke Gereja St Paul. Pemandu pelancong kami banyak menjelaskan sejarah di sebalik bukit dan gereja ni, bagaimana ia ditakluki generasi penjajah dan antara misteri serta persoalan yang masih menjadi tanda tanya.
Gereja St Paul yang juga menjadi tinggalan sejarah yang cukup ikonik.
Banyak sejarah yang tersimpan di sini.
Antara catatan Melaka pada artifak asli di sini.
Menuruni Bukit St Paul, kami singgah ke Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera di Bangunan Stadhuys melihat artifak-artifak yang menceritakan peradaban Melaka yang cukup unik. Lepas tu, kami jalan-jalan di sekitar Jonker Walk, membongkar antara keistimewaan salah satu lagi tarikan utama kat Melaka ni.
Di sinilah korang akan dapat lebih informasi tentang sejarah, thnografi dan sastera di Melaka.
Antara sudut yang menarik di sini.
Menikmati pemandangan di salah satu jalan dinamakan Jalan Harmoni sebab kat sebatang jalan ni, ada kuil Hindu, masjid dan tokong!
Balik ke hotel, kami menikmati makan tengah hari dan berehat.

Lebih kurang lima petang, semua bergerak ke Perkampungan Portugis. Kali ini, dengan berbasikal, salah satu perkhidmatan yang disediakan dekat The Settlement Hotel. Wah, tak pernah lagi aku berbasikal di Bandar Melaka! Lain macam tau rasa dia. Dengan angin yang sepoi-sepoi, tepi pantai pulak. Memang rasa bebas.

Tapi yang penting, tetap kami teroka cerita di sebalik Perkampungan Portugis yang menjadi antara komuniti cukup bernilai di sebalik sejarah negeri Melaka.
Di sinilah letaknya Perkampungan Portugis!
Bersiar-siar dengan basikal sekali-sekala syok jugak!
Di satu jambatan di atas laut. Sayang air surut.
Semua balik ke hotel semula dan pulangkan basikal, kemudian naik van untuk ke Taman Rempah. Kalau ke Taman Rempah, tak lain tak bukan, masanya untuk Melaka River Cruise! Dan ini salah satu lagi pengalaman pertama aku walaupun Melaka River Cruise ni dah dibukak sejak 2005!

Satu kekaguman yang nyata, di sepanjang 45 minit perjalanan, korang akan dapat lihat keunikan Melaka dengan lebih jelas. Bangunan-bangunan yang moden mahupun bersejarah dan berciri tradisional di kiri dan kanan mesti akan buat korang terasa macam masuk terowong masa.

Kami pun pergi waktu matahari nak terbenam dan serius cakap, pemandangannya memang awesome!
Pemandangan matahari terbenam yang cukup awesome!
Satu lagi pemandangan mempesonakan dari atas Melaka River Cruise.
Masing-masing teruja menaiki Melaka River Cruise.
Sungai Melaka selalu dikaitkan dengan bau sungainya yang busuk. Untuk tahun 2017, masih sama ke keadaannya?


Selepas turun dari bot tu, kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe Melaka. Hard Rock Cafe memang dah menjadi satu tarikan walau di mana-mana negara pun. Inipun kali pertama aku sampai sini. Mencuba sendiri antara menu yang laku keras kat sini cukup memuaskan hati dan perut aku. Servisnya bagus dan makanan pun sedap!

Aih, memang malam tu lepas sampai bilik, lenalah masing-masing!

Haruslah bergambar di Hard Rock Cafe dulu!
Jumbo Salad antara hidangan yang kami cuba. Tengoklah meriahnya pinggan ni dengan macam-macam jenis appetizer!

HARI KETIGA: Happy Homecoming

Selepas menikmati sarapan pagi, saya dan beberapa selebriti media sosial dan rakan blogger ambil masa untuk berenang di kolam. Hari ini pun tak ada aktiviti. Sementara menunggu waktu check-out, ini jelah yang kami lakukan. Bermalas-malasan.

Secara keseluruhan, banyak benda baharu saya cuba. Kalau tak disebabkan program ni, memang entah bila dapat peluang ni. Woohoo!
Barisan blogger dan selebriti trip kali ni bergambar dengan pihak The Settlement Hotel.
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada The Settlement Hotel dan Majalah Gaya Travel. Terima kasih!

RELATED POSTS

7 komen

  1. settlement hotel memang best. pernah stay sini 2 malam. berbaloi baloi kan sebab dekat je dengan attraction

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Seronok! Kalau rasa malas jalan kaki, boleh naik basikal. Kalau malas naik basikal, shuttle van pun ada. yang penting memang cukup selesa dan berbaloi!

      Padam
  2. Bestnya.. teringin sangat nak melancong macam ni beramai-ramai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok kalau pergi dengan geng yang sama minat. Nanti cubalah! :)

      Padam
  3. Hai.. Hasif. Saya Blogger dari Padang. Bulan Mei saya nak ke Melaka untuk berubat di MMC. Bolehlah antar saya ke Kampung Portugis nanti ya

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.