Pengalaman Menaiki Melaka River Cruise 2017
Kalau korang belum pernah ke Melaka, atau dah lama tak ke Melaka, ketahuilah yang Melaka memang ada banyak tarikan yang korang kena datang dan cuba pengalaman yang berbeza-beza. Salah satu cara terbaik untuk korang kenal Melaka ialah dengan menaiki Melaka River Cruise!
Melaka River Cruise ni dah beroperasi sejak 2005 lagi tapi percaya atau tak, aku sendiri sebagai orang Melaka tak pernah naik sebelum ni. Haha. Tipikal, kan? Jalan jauh-jauh tapi negeri sendiri tak habis teroka. Isy.. Isy..
Satu kontroversi yang selalu menghantui orang nak naik bot river cruise ni ialah katanya bau air di Sungai Melaka ni tak berapa 'mesra pelancong' macam tu. Kalau dalam bahasa direct, Sungai Melaka ni busuk. Betul ke?
Okey, mungkin tak adil kalau aku nak bandingkan tapi sebagai rakyat Melaka, sekalipun tak pernah naik bot river cruise masa awal-awal dibuka dulu, memang aku akui yang Sungai Melaka agak busuk lagi-lagi bila air surut. Sebab aku pun pernah jalan-jalan sekitar Sungai Melaka jugak. Sampaikan dulu selalu dengar orang syorkan - 'sila naik waktu air pasang' - sebab nak elakkan bau yang sesetengah orang sifatkan meloyakan tekak.
Tapi itu dulu! Sebab tu entri ni aku letak '2017' kat hujung. Dalam erti kata lain, aku nak kisahkan keadaan terbaru tentang river cruise ni.
Masa sebelum aku dan rakan-rakan naik bot, aku sempat tanya dulu dekat dua tiga orang antara diorang. Yang pasti diorang bukan orang Melaka, dan ada yang pertama kali naik. Ada bau busuk ke? Dan semuanya kata tak ada pun. Dan aku pun tak bau apa-apa yang tak menyenangkan. Aku tanya diorang setakat nak mintaklah pandangan, kot-kot hidung aku tak berfungsi dengan baik kan. Dan memang terbukti pun, tak berbau dah.
Dan kalau korang perasan, warna air sungai ni pun dah berubah. Kalau dulu hitam legam, memang serupa parit yang menggelikan. Tapi sekarang dah menghijau sikit. Bersih.
Dengan selebriti dan rakan media. |
Hampir semua yang join trip kali ni. We really had fun! |
Aku sendiri ada buat kajian dengan baca blog pengunjung asing yang naik river cruise ni. Surprisingly, sejak 2015 tak sepatah pun ada perkataan macam 'busuk' atau 'geli'. Nampak tak? Agak menyedihkan jugaklah bila rata-rata orang kita sendiri macam tak menyokong sedangkan orang luar teruja dengan adanya Melaka River Cruise ni.
Itu belum korang baca review macam dekat TripAdvisor ni.
Sepanjang menaiki river cruise kira-kira 45 minit dari Taman Rempah Ratus tu, kami semua leka dengan pemandangan-pemandangan yang cukup mempesonakan. Jarak perjalanannya kira-kira 9km. Isu bau memang tak timbul dah dan masing-masing leka dengan kamera, baik tangkap gambar panorama mahupun selfie.
Tak sekadar memberikan pemandangan menarik, korang harus jugak dengar penerangan tour guide yang mengemudi bot korang. Sebab dia akan terangkan antara lokasi-lokasi menarik sekali dengan kisah di sebaliknya, termasuk sejarah. Jadi, taklah kosong sangat pengisian menaiki bot ni.
Kerana kebanyakannya ialah belakang rumah kedai, sekarang dah dihias dengan mural-mural gergasi tau. Sebab tu ramai yang cadangkan pergi waktu malam sebab muralnya akan lebih 'hidup' bawah cahaya lampu di sepanjang Sungai Melaka.
Mural di sini banyak berkisarkan kebudayaan, sejarah dan seni. |
Naik river cruise ni macam masuk relung masa - boleh nampak bangunan-bangunan sejarah dan moden yang harmoni. |
Aku pergi waktu tu matahari nak terbenam. Tapi pemandangannya pun tak kurang awesome! Lagi-lagi bila dah dekat ke jeti Muara Sungai Melaka tu sebab lebih jelas nampak matahari terbenam. Subhanallah, terpegun kejap.
Selain tu, di kebanyakan bangunan kiri dan kanan Sungai Melaka ni dah jadi kafe, bar dan restoran. Logik fikir, takkanlah pengusaha-pengusaha ni sanggup nak buka kedai tepi sungai yang berbau, kan? Pelanggan pun cukup ramai, baik dari dalam mahupun luar negara.
Aku pernah singgah ke salah satu kafe hipster halal betul-betul di tepi laluan Sungai Melaka ni. Namanya The Street Kitchen. Nak baca review dan lihat gambarnya, KLIK SINI.
Momen cantik yang tak boleh lepas untuk selfie! |
Kalau dari arah ini, di kiri dikatakan bahagian restoran halal dan kanan pula non-halal. |
Hampir di sepanjang perjalanan ada sahaja yang menjadi tumpuan lensa kamera. Macam tak cukup masa je rasanya. Haha |
Keadaan di jeti dekat Jalan Laksama waktu matahari terbenam. Sangat sentimental beb! |
Dari sini je dah boleh nampak dah yang ada perkembangan positif yang cukup ketara. Sungai Melaka memang dah menjadi satu tarikan yang selayaknya sejak awal dibuka lagi. Walaupun memakan masa, setidak-tidaknya nampaklah usaha kerajaan negeri dah berhasil.
Dan untuk korang yang mungkin pernah singgah waktu sungai ni busuk, masanya dah sampai untuk datang sekali lagi dan alami sendiri untuk tahun 2017. Haha.
Untuk maklumat lanjut, ini butirnya.
Alamat:
Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia
(bersebelahan Muzium Maritim)
atau
Taman Rempah, Jalan Tun Mutahir, Melaka, Malaysia
GPS Koordinat:
No. Telefon:
06-2814322
Kadar Harga 2017:
Warganegara: RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak)
Bukan warganegara: RM15 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak)
Entri ini terlaskana dengan kerjasama daripada The Settlement Hotel dan Gaya Travel Magazine untuk program #SettlementStory. Terima kasih!
43 komen
Syoknya, pemandangan sekeliling dia pun cantik kan. Ada mural semua memang tak lepas kamera dari tangan jawabnya.
BalasPadambetul tu! sesuai sangat untuk photo traveller.
PadamCruise tu ada berapa buah ya? Queue panjang tak masa nak naik tu?
BalasPadamAlamak tak sure la pulak berapa buah tapi waktu beratur tu taklah panjang pun. Sebab bukan hari minggu kot.
PadamTeringat 2-3 tahun lepas masa zaman study naik cruise ni. Masa tu sungai dia kotor lagi, bau dia ya ampun. Haha
BalasPadamHaha. Rasanya kalau air surut selalu bau dia kuat.
PadamPernah naik river cruise masa awal2 buka dulu. Memang ya dulu ada bau sungai yang menusuk kat hidung. Sekarang tak pernah naik lagi. Kalau masalah bau dah solve ok lah tu.
BalasPadamHmm.. Kalau masa kami naik memang tak bau dah. Tapi mungkin ada waktu-waktunya masih berbau, cuma taklah macam dulu.
PadamPernah juga naik melaka river cruise ni tapi pergi lepas maghrib. CAntiknya malam-malam sebab ada lampu bagai. Tapi tu dah lama dulu la
BalasPadamSekarang pun masih ada! Masih banyak mural di sepanjang sungai yang cukup cantik!
PadamSeronok nya, tapi akak takut nak naik boat camtu..cam fobia gitu, mabuk laut pon ya, so akak tumpang nengok pic yang awak share aja ni lah.. pon terhibu.. thank you for sharing
BalasPadamJom tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini
Ahahaha. Sekali sekala cubalah. Tak bahaya pun, insyaAllah.. :D
PadamPemandangan di sepanjang sungai ni memang cantik..sungai pun bersih x berbau..cuma akak tak sempat singgah di perkampungan melaka yang ada kat area sungai melaka ni...anak2 seronok la naik cruise
BalasPadamOh, Kampung Morten! Memang cun sangat perkampungan tu. Cukup keMelayuan!
PadamAna dah naik banyak kali river cruise ni dan tak pernah bosan. Depan swiss garden pun ada platform nak naik cruise ni. Nk senang kena g weekdays. Memang lengang dan selesa. Harga pun murah sikit.
BalasPadamYup, betul tu. Weekdays lebih selesa lah. :)
PadamMelaka river cruise memang best. Dah penah naik singgah melaka haritu. Sebab kita dapat explore sebahagian tempat menarik kat melaka.
BalasPadamBetul. Dengan hanya menaiki cruise je. Waktu malam memang lagi cun!
PadamBestnya dapat naik melaka river cruise.. dapat menikmati keindahan sungai dan dapat tengok matahari terbenam.. fuh.. pengalaman yang tak semua orang akan dapat
BalasPadamHehe.. Boleh je.. Kena plan betul-betul lah. Harga pun berbaloi. Kalau bercuti ke Melaka memang kena cuba!
PadamWalaupun pernah duduk Melaka 3 tahun, tak pernah naik cruise ni 😂 oh lama juga ye 45 minit. Berbaloi
BalasPadamHahahaa... Itulah... Saya pun dah lama baru akhirnya merasa. Ya, memang berbaloi!
PadamHasif! Akak ingat tiket naik cruise ni mahal. Rupanya murah je! Pastu teringin nak naik dah lama. Tula akak dengar gak pasal yg kotor2 tu,ruoanya tak. Haaaa,nanti akak ke Melaka aku naik dan rasai sendiri.
BalasPadamHehehe. Haruslah kak! Rugi kalau ke Melaka tapi tak naik tarikan yang satu ni!
Padamdah lama juga tak ke Melaka. lepas ni bolehlah plan dengan family untuk bercuti di sana. banyak tempat menarik tuuu
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Hihi silakan! Banyak benda boleh explore di Melaka ni tau!
Padambest gak dapat jalan melaka nie? kalau ada peluang lagi cuba borak dengan pakcik taip surat tepi jual kelapa dan tembikai tu? dia banyak travel. lama dah tak naik boat ni. dulu ada sekali.
BalasPadamRiver cruise memang best. My children always ask for the river cruise whenever we visit Malacca.
BalasPadamCantiknya view. Pernah naik sekali melaka river cruise ni. Naik waktu malam. Cantik kugak permandangan malam sebab banyak lampu2.
BalasPadamYes! Dia waktu sunset dan malam tu memang awesome!
PadamPernah naik River Cruise ni dan memang air tu busuk. Hehehe. Tapi bila nampak rumah baba nyoya yang cantik tu best juga. Baguslah kalau dah bersih dan tak berbau. Nanti boleh pegi lagi but seriously masa time pegi tu rasa kurang best. Siap nampak biawak lagi. Hahaha
BalasPadamItulah... Sebenarnya kerajaan dah belanjakan banyak untuk cuba bersihkan sungai tapi harapnya ada lagi usaha supaya lebih selesa dan mesra tamu dari segi baunya. Hihi.
PadamBestnya dapat naik river cruise tgk Bandar Melaka, sis orang Melaka pun tak naik lagi heee..
BalasPadamHahaha kena naik sis kalau tak rugi tak boleh explain dengan orang luar. XD
PadamRiver Cruise dapat naik River Cruise ni, kak orang Melaka pun tak pernah lagi naik heee...
BalasPadambestlah experience naik melaka river cruise. saya kemarin ke sini tapi tak sempat cuba, mungkin next time
BalasPadamYeszaa... Tak lengkap ke Melaka kalau tak cuba river cruise ni tau!
PadamSelalu p melaka tp asik p mall je..skrg anak dah besar..boleh la cuba kan.. xdelah mahal sgt..
BalasPadamYa, kira berbaloi tau! Cubalah. ;)
PadamNaik boat ni ada terpercik air masuk dalam boat tak ? Baca orang review je ni haha
BalasPadamAlamak tak ingatlah pula tapi kemungkinan tu ada. Haha.
PadamDari entry yg pernah sya baca, sepanjang laluan Melaka River Cruise ni banyak tempat yg boleh dilawati. Adakah ia boleh berhenti dan menurunkan penumpang mengikut kehendak penumpang..??
BalasPadamWow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni bang...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe
BalasPadamTinggalkan komen di sini.