The ACACIA Retreat: 'Syurga' Tersembunyi di Bentong
Sebaik korang buka mata, menjengah ke balkoni luas dari bilik, yang menyapa ialah pemandangan berkabus bukit dan gunung dengan kolam di bawah anda berenang-renang pelbagai ikan. Kemudian korang hirup udara sambil pejamkan mata, rongga terasa segar tiba-tiba. Cukup dengan bunyi angin bertiup dengan sesekali burung berkicau, keselesaan sambil bersantai menjadi pada tahap paling maksima.
Haha. Dengar macam stanza daripada novel ke apa kan? Tapi serius tak tipu, staycation saya baru-baru ni memang cukup tak boleh saya lupakan. Bentong memang kegemaran saya tapi apabila singgah ke The ACACIA Retreat, saya makin jatuh cinta dengan Bentong.
The ACACIA Retreat betul-betul mendefinisikan penginapan yang ideal untuk melepaskan diri dari segala masalah dan kesibukan bandar. Dengan jaringan Wi-Fi yang sengaja ditiadakan, inilah masanya untuk korang memiliki masa untuk diri sendiri mahupun bersama orang yang tersayang. Kembali ke alam semulajadi yang cukup mendamaikan dengan layanan mesra pelanggan daripada staf-staf di sini, pasti penginapan korang akan jadi lebih privasi, bermakna dan eksklusif!
Kaunter reception. |
Antara dekorasi yang membawa ke bahagian penginapan. |
Konsep 'hijau' benar-benar melatari sekitar kawasan di sini. |
Melontar pandang ke mana-mana arah pun mesti sejuk dan damai je rasanya. |
Tempat ini memang agak terpencil. Terletak betul-betul di tepi lebuh raya sebelum simpang ke Kampung Sungai Dua, Karak. Jadi memang lokasinya cukup terjaga dan tak tercemar. Apatah lagi, sekitar The ACACIA Retreat ni, ada banyak kebun yang ditanam pokok buah-buahan. Pengunjung ke sini boleh nikmati buah ni percuma weyh!
JENIS BILIK
Ada banyak jenis bilik yang ditawarkan kat sini. Bergantung pada keselesaan yang bagaimana korang mahukan, sama ada untuk korang sendiri, keluarga atau kawan-kawan. Kebanyakan bilik ni saling menghadap antara satu sama lain, yang bercantum melalui satu pagoda di tengah-tengah kolam. Cukup unik dan menarik!
Tapi yang pasti, boleh rambang mata sebenarnya nak buat pilihan sebab pada saya, semuanya cukup cantik dan ada kelebihan tersendiri.
Setiap bilik ni jugak dilengkapi dengan kupon sarapan pagi.
THE MANSION
Keselesaan yang tiada tolok banding di bilik The Mansion ni. |
Di The Mansion ni jugak ada balkoni yang luas. Sebaik korang buka pintu balkoni, memang saujana pemandangan yang akan menanti korang. Tinggal di sini serasa macam susah nak keluar!
Bilik tidur utama yang bercantum ke balkoni dengan pemandangan kolam. |
Pilihan warna alam betul-betul membuatkan bilik ni cukup menyegarkan. |
Bilik tidur kedua yang luas. |
Tandas yang tak kurang selessa. |
Pantri kecil dengan turut dilengkapi peti sejuk. |
Ruang tamu yang luas dan simple. |
Balkoni yang menghadap ke kolam. |
Berkeluasan kira-kira 1100 kaki persegi, The Mansion sesuai untuk keluarga. Tak ada istilah bazirkan masa walau korang hanya lepak chill dekat sini menikmati alam semulajadi atau bersantai untuk bonding time dengan orang tersayang.
Harga untuk satu malam
Ahad - Khamis: RM478
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM588
BACHELOR PAD
Sederet bilik jenis Bachelor Pad. |
Bilik bachelor pad yang tak kurang luas dan cantik. |
Tandas untuk bilik jenis Bachelor Pad dilengkapi dengan bath tub! |
Balkoni untuk bilik Bachelor Pad. |
Ahad - Khamis: RM278
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM348
RED BRICKADE
Bilik Red Brickade memang didirikan dengan seni batu bata yang menjadi dindingnya. Cool, kan? |
Di kiri ada pemandangan taman dan di depan pulak menghadap kolam. Memang cun! |
Tandas untuk Red Brickade yang tak kurang awesome! |
Boleh memuatkan 2 sampai 3 orang, satu bilik Red Brickade walau bagaimanapun ada katil bersaiz king. Dengan pemandangan kolam, bilik yang masing-masing ada tema tersendiri ni masih cukup selesa dan konvensional.
Harga untuk satu malam
Ahad - Khamis: RM268
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM338
Bilik jenis Double with Balcony. Luas gila! |
Balkoni luas dari Tingkat Tiga Simpleton ni boleh buat korang tergamam dengan pamandangan yang cukup mengagumkan! |
Balkoni tepi yang tak kurang mahal pemandangan dia. |
Tengok gambar ni betul-betul bawak memori di kampung. |
Ambik feel kampung. Haha. |
Ini pun antara favourite saya. Ada beberapa jenis bilik dekat sini. Salah satunya ialah Double with Balcony yang boleh memuatkan 2 ke 3 orang. Memang pemandangannya superb beb sebab dari tingkat tiga. Lagi saujana pemandangannya dari sini.
Selain tu, dekat sini jugak ada Triple with Balcony, sesuailah untuk keluarga. Boleh muatkan antara 3 hingga 4 orang.
Dan satu lagi ialah Standard Double yang boleh memuatkan 2 ke 3 orang. Apa yang pasti, ketiga-tiga jenis bilik ni pun memang cukup luas dan selesa. Dengan dekorasi yang kontemporari, memang tak rugi menginap kat sini.
Bilik Triple with Balcony yang cukup sofistikated dan luas! |
Standard Double yang masih tidak mengenepikan keselesaan maksima. |
Standard Double dengan katil bersaiz king. |
Antara tandas yang ada di salah satu bilik di Simpleton. |
Lagi salah satu tandas di Simpleton. |
Cuba bayangkan pulak kalau ada gathering atau hari keluarga, memang Simpleton ni cukup nak tampung semua sebab cukup luas dan selesa! Mesti meriah!
Harga untuk satu malam
Double with Balcony
Ahad - Khamis: RM248
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM298
Triple with Balcony
Ahad - Khamis:RM308
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM388
Standard Double
Ahad - Khamis: RM218
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM288
WOOD SHELTER
Wood Shelter mengekalkan konsep rumah yang kekampungan tetapi diberi sentuhan keselesaan yang maksima. |
Bilik jenis Quad yang nampak selesa walaupun dengan dua katil bersaiz king. |
Bilik jenis Triple. |
Bilik jenis Double. |
Ruang santai di balkoni. |
Yang ni lagi satu yang saya suka. Berlainan dengan bilik-bilik sebelum ni, Wood Shelter terasing dan lebih privasi sikit. Ada kolamnya sendiri lagi yang masya-Allah, bila saya tengok dari balkoni, boleh nampak kot banyaknya ikan yang timbul dan berenang-renang! Sumpah tak tipu!
Wood Shelter ni betul-betul memberi gambaran kehidupan kampung yang serba lengkap dan selesa. Sebab itu tak ada water heater kat sini. Ada beberapa jenis bilik jugak kat sini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian korang dengan orang tersayang.
Harga untuk satu malam
Double
Ahad - Khamis: RM248
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM298
Triple
Ahad - Khamis: RM348
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM458
Quad
Ahad - Khamis: RM468
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM588
Bas lama yang diubah suai menjadi sebuah penginapan yang tak kurang selesa. |
Tandas berkongsi. |
Harga untuk satu malam
Ahad - Khamis: RM298
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM428
THE SMURF
Bilik The Smurf yang comel dan unik! |
Unit The Smurf disusun betul-betul menyerupai taman The Smurf. Cukup unik! |
Selain The Smurf, ada jugak yang gelarkannya The Hobbit House. Waktu saya datang, penginapan ini belum dibuka lagi, sedang di fasa terakhir sebelum dibuka. Tapi ini pastinya akan menjadi satu tarikan untuk korang yang mahukan kelainan.
Walaupun namanya The Smurf, tapi agak luas jugak. Boleh memuatkan dalam 2 ke 3 orang untuk satu bilik.
Harga untuk satu malam
Ahad - Khamis: RM278
Jumaat - Sabtu / Cuti Umum: RM338
AKTIVITI
Untuk staycation yang betul-betul menarik, mestilah kena ada aktiviti yang menarik jugak! Di The ACACIA Retreat, saya secara peribadi memang cukup berpuas hati sebab banyak gila aktiviti diorang tawarkan! Sebut je indoor atau outdoor, semua diorang ada!
MANDI DI KOLAM RENANG
Ruang kolam renang yang cukup luas. |
Setiap kali ke hotel atau resort, memang kolam sentiasa menjadi tumpuan saya. Dekat sini pun ada jugak! Kolamnya agak luas, dengan ada juga disediakan kolam untuk kanak-kanak. Sebab saya dengan member-member memang ketagih mandi kolam, dari petang sampai ke malam kami berendam dan berenang!
Simple to say, kolam renang dia memang cukup enjoy beb, lagi-lagi dengan adanya member, kan?
Memang syok gila mandi kolam. Haha |
Geng trip kali: dari kiri, Tajul, Ujang, saya dan Arif. |
Sampai ke malam kot kitorang kat kolam. |
Ada air terjun jugak kat sini, bertambah perfek lah untuk mandi-manda! |
ATV RIDE, BERBASIKAL DAN JEEP
Antara aktiviti cukup mengujakan kalau ke sini. Mesti cuba! |
Okey, ini part yang agak menyedihkan saya. Manakan tak, saya dan member tak dapat cuba outdoor kat sini sebab cuaca tak berapa mengizinkan. Hujan! Ini yang buat saya bertekad untuk datang lagi dan lepas ni, kena cuba jugak aktviti ni walau apapun!
LAIN-LAIN AKTIVITI
Mesin dart. |
Kalau indoor, ada permainan moden mahupun tradisional. Ada dart, congkak, guli, tarik tali dan banyak lagi. Kalau outdoor, ada memancing (saya difahamkan ada 3 kolam kot), jungle trekking dan banyak lagi lah. Trek untuk berjoging pun disediakan.
Memandangkan The ACACIA Retreat masih dalam fasa pembangunan, akan ada lebih banyak aktiviti dekat sini. Antaranya wall climbing dan berkuda!
Aduh, lagi satu sebablah kena datang lagi ke sini nanti!
Wall climbing pasti menambah tarikan pengunjung datang ke sini. |
MAKAN? NO PROBLEM!
![]() |
Sebaik kami sampai, kami disambut dengan hidangan hi-tea yang besar portion dia untuk hi-tea! |
Ada sosej, fish ball, kentang goreng dan popia goreng dan semestinya sayur-sayur sikit. Ha, ini baru hi-tea! |
Sebab lokasinya yang agak secluded, opsyen terbaik ialah makan dekat sini je. Puas hati! Dengan chef yang cukup peramah dan sedia untuk korang, memang soal makan tak menjadi masalah pun! Servis serius tiptop dan makanan pun awesome.
Lagi syok, ruangnya cukup luas dan selesa. Dengan warna kayu yang mendamaikan, restoran ni pun menyediakan meja yang cukup banyak.
Saya dengan member-member memang kenyang betul dekat sini. Dari masakan kampung dan Thailand, bahan-bahan yang digunakan jugak segar-segar belaka. Dan sayur-sayuran pun ada yang digunakan daripada kebun kat sini sendiri.
Waktu untuk makan malam! |
Antara lauk kami malam tu ialah nasi putih, tilapia sizzling asam pedas, labu telur masin, sayur empat bangsa dan ikan stim halia. |
Inilah rupa restoran kat sini. Cukup luas! |
Lagi ruang makan kat restoran ni. |
Kan dah kata banyak ruang makan kat sini! |
Ruang makan di bahagian atas lebih terbuka dengan pemandangan sekitar yang cukup mempesona. |
Memang tak keterlampauan kalau saya katakan, The ACACIA Retreat memang 'syurga' yang tersembunyi di Bentong. Ramai yang masih belum tahu kewujudannya, apatah lagi kecantikannya yang memang saya sendiri terpegun! Dengan banyak aktiviti ditawarkan, makanan yang langsung tak mengecewakan, memang resort ini setaraf lima bintang.
Kalau korang berminat untuk ke sini, bolehlah segera hubungi diorang dengan maklumat di bawah. Untuk ingatan mesra, lokasi ni selalunya penuh waktu hujung minggu jadi digalakkan booking awal-awal supaya taklah menangis nanti. Haha.
Alamat:
THE ACACIA RETREAT
Lot 3579 & 3580, KM70 Lebuhraya Karak,
28600 Bentong,
Pahang.
No. Telefon:
016 - 610 1144
010 - 826 3579
Laman Web:
Media Sosial:
Tonton video pula!
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada The ACACIA Retreat. Terima kasih!
Terima kasih jugak: Tajul, Ujang dan Arif.
45 komen
Pusat retreat tu nampak mewah dan akwasan pun macam best. Tenang jer..
BalasPadamYup. Cukup sesuai untuk beriadah dengan yang tersayang melepaskan tekanan kerja. :)
PadamCantiknya!! Bilik The Smurf tu macam comel :')
BalasPadamBtw, saya blogwalking dan follow blog ni ya. Blog yang menarik dengan info travel.
kann! saya tak sempat masuk sebab belum dibuka. memang kena repeat lagilah tempat ni nanti!
Padamwah, nampak selesa... amboi di mana ada hasif di situ ada tajul, haha
BalasPadambukan setakat selesa, bahkan menenangkan. Memang padan kalau nak rilekskan otak kejap. haha. haruslah ada tajul!
PadamWah tak sabar nie, dh booking utk hujung April nie utk gathering kawan kawan. Boleh buat BBQ sendiri tak kat sana?
BalasPadamBoleh diskus dengan diorang terus. Customized. Staf diorang pun okey. No hal lah. Enjoy your stay! ;)
PadamWah..memang menarik la hasif...
BalasPadamTeringin juga nak pi ke tempat2 mcm ni...tapi tu la...
Boleh tahan jauh bentong tu...
Aktiviti2 yg disediakan kat acacia ni pun menarik utk skeluarga kan...so xda la istilah boring
ya... memang takkan boring! hihi
PadamNi kat Bentong Pahang ker alamak menariknya.. Tak ada nyamuk ker sebab tengok bilik depan kolam air keruh lak tu heheheheh.. tapi cantik lah tempat ni.
BalasPadamSetakat yang saya inap, tak ada pula.. Lagipun, semua biliknya ada pendingin hawa. :D
PadamWah tak sangka Bentong ada retreat secantik ini and bnyk pilihan bilik lak...
BalasPadamItulah sebab saya suka Bentong! Banyak retreats yang cantik dan cool!
PadamBestnyaa. Short vacay pon best jugak nanti ni. hehe
BalasPadamBetul tu! Ajak kawan-kawan memang awesome!
Padambestnya. pemandangan cantik, tempat pun cantik. bila nak dapat pergi bentong ni haha
BalasPadamHaha.. planlah waktu bercuti! Memang tak rugi.. ;)
PadamFuhhh cantik gila kot permandangan dia..
BalasPadamKann... Memang cukup nyaman!
Padamtempat yang memang sangat mendamaikan untuk release tension.. harga dia pon not bad jugakk.. aduhh bestnye kalau dapat ke tempat mcm ni.. ok lah nak selak kelender.. rasanya dah kena pergi bercuti ni..hehehe..
BalasPadamthanks for the info! btw, nice pics!
Ya, sesuai sangat nak hilangkan stres. hihi.
PadamWahhhh... Menarik sangat tempat nih. Di kelilingi dengan kehijauan. Mesti sejuk. Harga pon ok.
BalasPadamYa, sejuk dan nyaman! Harga dia pun memang berbaloi. ;)
PadamBestnya....dan ianya menjadi wishlist akak lepas bersalin nanti. Kami sekeluarga sukakan ketenangan dan kedamaian. Tq sharing....seronok tgk gambar-gambar yg cantik.
BalasPadamHihi.. Thank you kak! Betul tu. Tempat ni bukan setakat sesuai untuk famili kecil, kalau nak bawa keluarga besar untuk hari keluarga pun mesti syok! :D
PadamPergh! gempak gila tempat dia. Nampak heaven gila bila dapat menulis dekat kawasan yang macam tu.
BalasPadamBetul.. Rasa tenteram sangat. Kalau duduk lebih lama mesti lagi best.
PadamBilik The Smurfs tu comel sangat. Pemandangan pun cantik. Ada juga bilik dalam bas tu, rare sungguhla. Nanti nak pegi dengan family jalan-jalan.
BalasPadamHaah. Bilik The Smurfs tu antara yang terbaru kat sini. hihi
PadamCantiknya tempat, x sangka kat Bentong ada tmpat cantik camgini.
BalasPadamKalau tension2 leh lari kat sini ni, sure hilang stress
Hehe.. Itulah sebab saya sukakan Bentong! Memang boleh release tension!
PadamCantik..ingt dkt luar negara..
BalasPadamMana ada! Malaysia pun ada banyak je lagi resort yang macam ni tau! ;)
Padamharga bilik the smurf tu boleh tahan mahal gakkan, tapi akak suka suasana back to nature ni, aman dan tenang! lari dari kesibukan kota.
BalasPadamHihi. Samalah! 😍
PadamLa kat Bentong ke? Akak ingat kat Bandung Indonesia. Ada tempat buluh-buluh camni juga. Bila la nak pi bercuti ni. Hahaha.
BalasPadamHehe. Dekat je kak. Berbaloi cuti kat sini apalagi dengan satu keluarga!
PadamAgak menarik juga di sini. Dekat dengan alam tue... Yang penting, ada kolam renang.
BalasPadamKann! Kolam renang bukan je luas, tapi cantik!
PadamTak tau pulak ada retreat yang begitu near to forest in Bentong. Will check out more details, thanks.
BalasPadamThere are actually a lot of cool resorts in Bentong tau. You should come and check them out! :)
PadamI like all your photos. Teach me how to do it next round ya. Tq :)
BalasPadamHihi.. Thank you so much!
Padamnice place and the view is superb.. but i dont think i like the color of water (lake)..brown color. i prefer green @ blue which we know is clean...
BalasPadamTinggalkan komen di sini.